Rabu, 24 Julai 2019, 21 Zulkaedah 1440H Waktu Solat:
KL Imsak 5:41 | Subuh 5:51 | Syuruk 7:11 | Zohor 1:23 | Asar 4:45 | Maghrib 7:30 | Isyak 8:44

Ustaz Dr. Muhammad Syafii Antonio


Dr Muhammad Syafii
Pengerusi, Tazkia University College of Islamic Economics, Indonesia
Doktor Falsafah (Mikrokewangan), University of Melbourne, Australia
Sarjana Ekonomi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Sarjana Muda Syariah, University of Jordan, Jordan

Ustaz Dr. Muhammad Syafii Antonio dilantik sebagai ahli Majlis Pengawasan Syariah pada 2011. Kini, beliau menjadi Pengerusi Sekolah Tinggi Ekonomi Islam Tazkia (“STEI Tazkia”), Pengerusi Asia Capital Asset Management dan Pengasas ASYKI Islamic Family Insurance di Indonesia. Beliau juga berkhidmat sebagai ahli Dewan Syariah Nasional Indonesia dan Jawatankuasa Pembangunan Lembaga Perkhidmatan Kewangan.

Selama beberapa tahun beliau telah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Suruhanjaya dan Penasihat Syariah di beberapa institusi kewangan Islam termasuk di Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Dar al-Takaful Dubai, Bank Negara Malaysia, Exim Bank Indonesia, Syarikat Insurans Takaful Indonesia dan lain-lain lagi. Pada Jun 2010, beliau dilantik sebagai ahli Majlis Ekonomi Kebangsaan Indonesia oleh Presiden Indonesia. Pada 2003, Dr. Muhammad Syafii menerima Anugerah Syariah daripada Bank Indonesia atas sumbangannya kepada pembangunan perbankan dan kewangan Islam di Indonesia. Selain itu, beliau juga merupakan penerima Anugerah Anticorruption & Good Governance oleh Kementerian Aparatur Negara (2007), Anugerah Arab Asia Finance Recognition oleh Arab Asia Finance Forum (2008) dan memenangi Anugerah Alumni Australia (dalam kategori Kepimpinan Perniagaan) daripada Kerajaan Australia (2009). Beliau telah menerbitkan 31 buah buku tentang perbankan Islam, ekonomi, zakat dan kepimpinan.

Dr. Muhammad Syafii tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang saham utama Bank Islam. Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan dengan Bank Islam dan tidak pernah didakwa atas apa-apa kesalahan.

Print Friendly