Khamis, 23 Mei 2019, 18 Ramadhan 1440H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 7:01 | Zohor 1:13 | Asar 4:36 | Maghrib 7:21 | Isyak 8:35

Profesor Dato’ Dr. Ahmad Hidayat Buang


dr ahmad hidayat
Profesor, Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
Doktor Falsafah, School of Oriental and African Studies, University of London
Sarjana Undang-Undang, School of Oriental and African Studies, University of London
Sarjana Muda Syariah, Universiti Malaya
Profesor Dato’ Dr. Ahmad Hidayat Buang dilantik sebagai ahli Majlis Pengawasan Syariah pada 2011. Beliau kini adalah Profesor di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya. Beliau pernah menjadi pengarah akademi tersebut dari Oktober 2006 hingga Januari 2011. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Pembangunan pada 2006 dan Ketua Jabatan Syariah dan Undang-undang (1997 – 1999) di akademi tersebut.
Pada masa ini, Dato’ Dr. Ahmad Hidayat juga menjadi Pengerusi Jawatankuasa Syariah di Takaful Ikhlas Bhd. Sebelum itu, beliau pernah berkhidmat sebagai penasihat Syariah dipelbagai institusi dan organisasi kewangan termasuk CIMB Bank Berhad (2005 – 2006), OCBC Bank (2004 – 2005), Commerce Tijari Bank (2004 – 2005), Amanah Raya Unit Trust Management Sdn Bhd (2006 – 2007), ASM MARA Unit Trust Management Berhad (2004 – 2006), I-Free Capital Pte Ltd (Singapore) (2003-2005), Bumiputra Commerce Trustee Sdn Bhd (2002 – 2006) dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (2002). Selain itu, beliau pernah menganggotai ahli Jawatankuasa Kerja Syariah untuk Perbankan Islam dan Takaful di Bank Negara Malaysia (2003 – 2004) dan ahli Majlis Penasihat Penyelarasan Pendidikan Islam bagi Majlis Raja-Raja Malaysia (2008 – 2011).
Dato’ Dr. Ahmad Hidayat tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang saham utama Bank Islam. Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan dengan Bank Islam dan tidak pernah didakwa atas apa-apa kesalahan.

 

Print Friendly