Isnin, 9 Disember 2019, 12 Rabiulakhir 1441H Waktu Solat:

Dr. Yasmin Hanani Mohd Safian



Dr Yasmin Hanani
Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia
Ijazah Doktor Falsafah Pengajian Islam, University of Exeter, United Kingdom
Sarjana Pengajian Islam, University of Birmingham, United Kingdom
Sarjana Muda Syariah Islamiyyah, University Al-Azhar

Dr. Yasmin Hanani telah dilantik sebagai ahli Majlis Pengawasan Syariah pada April 2015. Beliau pada ketika ini ialah Pensyarah Kanan di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia. Beliau juga berkhidmat sebagai Ahli Jawatankuasa Perundingan Syarak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan  (MAIWP), Jawatankuasa Penasihat Pensijilan Halal Malaysia JAKIM, Ahli Lembaga Penasihat, Institut Kewangan Islam dan Pengurusan Kekayaan (IFWMI USIM) dan felo di Institut Kajian dan Pengurusan Halal (IHRAM USIM). Dr. Yasmin Hanani ialah Jurulatih Halal Bertauliah serta seorang Jurulatih Perbankan dan Kewangan Islam.

Sebelum menyertai Bank Islam, beliau ialah ahli Jawatankuasa Syariah Affin Islamic Berhad sejak tahun 2011 hingga 2015. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Siswazah dan ahli senat USIM.

Dr. Yasmin Hanani telah melakukan banyak penyelidikan dan banyak menulis artikel tentang Fiqh al-Muamalat, Usul Fiqh, perbankan Islam dan Takaful. Beliau juga aktif membentangkan kertas kerja dalam persidangan-persidangan dan mengendalikan latihan penyelidikan dalam bidang-bidang berkaitan untuk peserta-peserta Islam dan bukan Islam di dalam dan luar negara.

Dr. Yasmin Hanani tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang saham utama Bank Islam. Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan dengan Bank Islam dan tidak pernah didakwa atas apa-apa kesalahan.

 

Print Friendly, PDF & Email