Isnin, 17 Jun 2019, 13 Syawal 1440H Waktu Solat:
KL Imsak 5:32 | Subuh 5:42 | Syuruk 7:04 | Zohor 1:17 | Asar 4:43 | Maghrib 7:26 | Isyak 8:42

Ustaz Dr. Ahmad Shahbari @ Sobri Salamon


Ustaz Dr. Ahmad Shahbari @ Sobri Salamon

Dr Ahmad Shahbari @ Sobri
Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah
Pengerusi Eksekutif, Pusrawi Corporation Sdn Bhd
Doktor Falsafah (Sejarah Moden Timur Tengah), New York University (AS)
Sarjana Ekonomi, Fairlaigh Dickinson University (AS)
Sijil Perbankan Islam, Institut Antarabangsa Perbankan Islam dan Ekonomi, Universiti Al-Azhar, Mesir
Sarjana Muda Syariah, Universiti Al-Azhar, Mesir

UUstaz Dr. Ahmad Shahbari @ Sobri Salamon mula dilantik sebagai ahli Majlis Pengawasan Syariah sejak 1984. Beliau kini merupakan Pengerusi Eksekutif Pusrawi Corporation Sdn Bhd, jawatan yang disandangnya sejak 1996. Dr. Ahmad Shahbari juga merupakan Pengerusi Badan Penasihat Syariah Syarikat Takaful Malaysia Berhad, Pengerusi Jawatankuasa Syariah BIMB Investment Management Sdn Bhd dan ahli Jawatankuasa Syariah ASEAN ReTakaful International (L) Ltd. Beliau dianugerahkan Tokoh Ma’al Hijrah Selangor pada 2001 dan Tokoh Ulama Bestari Negeri Selangor pada 2000. Dr. Ahmad Shahbari ialah Penasihat Syariah Individu yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Sebelum ini Dr. Ahmad Shahbari pernah berkhidmat sebagai penasihat Syariah kepada Abrar Group (1996-1999), Arab Malaysia Merchant Bank (1996 – 1999), Arab Malaysian Finance (1996 – 1999), PT Takaful Indonesia (2000 – 2011) dan ahli Lembaga Pengarah YAPIEM (1985 – 1995). Beliau dilantik sebagai ahli Majlis Agama Islam Negeri Selangor (“MAIS”) (1985 – 2006), Pengarah Eksekutif Pusat Rawatan Islam (Majlis Agama Islam Selangor), jawatan yang dipegangnya dari 1996 hingga 1999 selepas berkhidmat sebagai pensyarah di Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (“UIAM”) selama 10 tahun sejak 1986. Sebelum itu, Dr. Ahmad Shahbari berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (“UKM”) di Jabatan Syariah sejak 1978. Dari 1983 hingga 1984, beliau dipinjamkan ke Kuliyyah Ekonomi UIAM. Semasa di UKM, Dr. Ahmad Shahbari juga pernah berkhidmat sebagai Penyelaras Pengajaran Am dari 1981-1982 dan seterusnya dilantik sebagai Pemangku Ketua Jabatan Syariah pada 1982. Beliau telah menulis dua belas (12) buku dan menterjemahkan lapan (8) jilid buku mengenai Perundangan Islam oleh Dr. Wahbah Al-Zuhaily.

Dr. Ahmad Shahbari tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang saham utama Bank Islam. Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan dengan Bank Islam dan tidak pernah didakwa atas apa-apa kesalahan.

 

Print Friendly