Selasa, 23 Julai 2019, 20 Zulkaedah 1440H Waktu Solat:
KL Imsak 5:41 | Subuh 5:51 | Syuruk 7:11 | Zohor 1:22 | Asar 4:46 | Maghrib 7:30 | Isyak 8:44

Penolong Profesor Dr. Uzaimah Ibrahim


Asst Prof Dr Uzaimah
Penolong Profesor, Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Doktor Falsafah, University of Wales, United Kingdom
Sarjana Undang-Undang Perbandingan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Sarjana Muda Undang-undang (Syariah), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Sarjana Muda Undang-undang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Dr. Uzaimah Ibrahim dilantik sebagai ahli Majlis Pengawasan Syariah pada 2009. Beliau kini menjadi Penolong Profesor di Jabatan Undang-Undang Islam, Kuliyyah Undangundang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (“UIAM”). Beliau juga berkhidmat sebagai Penasihat Syariah di Hong Leong Tokio Marine Takaful Berhad sejak 2006. Sebelum itu, beliau pernah menjadi penasihat Syariah Hong Leong Islamic Bank Berhad dan Hong Leong Bank Berhad. Pada 2005, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah di Institut Perbankan dan Kewangan Islam UIAM, sebuah pusat antarabangsa bagi pendidikan dan penyelidikan kewangan Islam. Dr. Uzaimah memperoleh kelayakan sebagai peguam Syariah pada 1995. Beliau telah menjalankan pelbagai penyelidikan tentang undang-undang perdagangan Islam, perundangan Islam, undangundang perbankan, terbitan, pensekuritian Islam, takaful dan tanggungjawab social korporat. Beliau juga telah membuat banyak pembentangan di seminar dan bengkel dan menyumbangkan satu bab dalam Halsbury’s Laws of Malaysia yang diterbitkan oleh Jurnal Undang-undang Malaysia.

Dr. Uzaimah tidak mempunyai hubungan kekeluargaan dengan mana-mana pengarah dan/atau pemegang saham utama Bank Islam. Beliau tidak mempunyai konflik kepentingan dengan Bank Islam dan tidak pernah didakwa atas apa-apa kesalahan.

Print Friendly