Selasa, 24 Oktober 2017, 3 Safar 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:00 | Asar 4:19 | Maghrib 6:59 | Isyak 8:10

Dari Meja Ketua Ekonomi


2017
Oktober
Inflasi September mempercepatkan kepada 4.3%
Bajet 2018 Preview – kerajaan boleh membelanjakan lebih …
Aktiviti pengeluaran dipercepatkan lagi
September
Kadar Dana Persekutuan AS akan lebih tinggi tahun depan
Inflation rate accelerated to 3.7% in August
OPR kekal tidak berubah pada 3.00%
Eksport melantun semula 30.9% pada bulan Julai
Ogos
Kadar inflasi pada 3.2% pada bulan Julai
Pertumbuhan KDNK terkejut dengan kenaikan pada 2Q2017
Pertumbuhan IPI menjadi sederhana kepada 4.0% pada bulan Jun
Pertumbuhan eksport perlahan pada bulan Jun
Julai
Kadar inflasi semakin sederhana pada bulan Jun
OPR kekal pada 3.00%, BNM mendapat keyakinan
Keluaran perkilangan dipercepat lagi
Pertumbuhan eksport melonjak 32.5% pada bulan Mei
Jun
Tinjauan Ekonomi untuk 2H2017 – Secara Hati-Hati Optimis
Kadar inflasi menjadi sederhana kepada 3.9% pada bulan Mei
US Fed menaikkan kadar sebanyak 25 mata asas
IPP masih baik walaupun pertumbuhan yang lebih perlahan
Pertumbuhan eksport dikekalkan pada dua angka
Mei
KDNK melonjak 5.6% pada 1Q2017
Kadar inflasi menjadi sederhana kepada 4.4% pada bulan April
Aktiviti pengeluaran berterusan pada 1Q2017
Eksport bulan Mac melebihi anggaran
April
Kadar inflasi di tertinggi sejak Disember 2008
Pertumbuhan eksport melonjak 26.5% pada bulan Februari
Mac
Kadar inflasi meningkat 4.5% pada bulan Februari
Laporan Tahunan BNM 2016
Ekonomi Amerika Syarikat – Seolah kadar telah menurun
OPR kekal tidak berubah pada 3.00%
Februari
Kenaikan kadar inflasi
4Q2016 KDNK datang pada 4.5%
Pertumbuhan IPP kuat dalam 4Q2016
Pertumbuhan eksport ditutup lebih tinggi dalam Disember
Januari
IHP kekal pada 1.8% pada bulan Disember
Pertumbuhan IPP dipercepatkan pada bulan November
Eksport meningkat semula kepada 7.8% pada bulan November
2016
Disember
Tinjauan Ekonomi 2017 – Masih Berwaspada
November
CPI sederhana kepada 1.4% pada bulan Oktober
OPR kekal pada 3.00%
KDNK 3Q2016 – Lebih Tinggi Daripada Dijangka
Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat 2016
Oktober
Bajet 2017 – keyakinan dalam suasana yang tidak menentuty
IPP meningkat sebanyak 4.9% pada bulan Ogos
Bajet 2017 Preview: memerlukan pertimbangan yang teliti
Eksport Malaysia berkembang 1.5% pada bulan Ogos
September
US Fed mengekalkan kadar tidak berubah antara 0.25% dan 0.50%
Index (IPP) Pengeluaran Perindustrian lembut kepada 4.1% pada bulan Julai
Eksport jatuh 5.3 % pada bulan Julai
BNM mengekalkan OPR tidak berubah pada 3.00%
Ogos
IHP meningkat sebanyak 1.1% pada bulan Julai
IPP meningkat lebih daripada yang dijangkakan pada bulan Jun
Eksport meningkat lebih tinggi daripada yang dijangkakan pada bulan Jun
Julai
Agregat monetari dan statistik perbankan pada bulan Jun
Kadar Inflasi menjadi sederhana kepada 1.6% pada bulan Jun
Tinjauan Ekonomi Separuh Kedua 2016 – Bersedia untuk impak
Secara rasminya, OPR kini pada 3.00%
Jun
Britain Keluar (Brexit) – Lebih banyak sungutan dijangka
Hartanah Perumahan: Pelancaran menurun dalam suku pertama 2016
Kadar inflasi 2.0% pada bulan Mei
Momentum pertumbuhan pengeluaran perlahan
MYR/USD – arah mana sekarang?
Mei
IHP merekodkan keuntungan lebih perlahan pada bulan April
KDNK berkembang di luar jangkaan yang lebih tinggi sebanyak 4.2% pada 1Q2016
IPP bersederhana ke 2.8% pada bulan Mac
Eksport meningkat 0.2% pada bulan Mac
April
IPP mendapat 3.9% pada bulan Februari
Eksport meningkat lebih daripada yang dijangkakan pada bulan Februari
MYR – apa yang berubah?
Mac
Indeks Harga Pengguna meningkat kepada 4.2% pada Februari 2016
Laporan Tahunan BNM 2015
Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) – Mengganggu kelajuan kenaikan Kadar Dana Persekutuan (FFR)
IPP meningkat 3.2% pada bulan Januari
Eksport menurun 2.8% pada bulan Januari
Februari
Kadar inflasi meningkat kepada 3.5% pada bulan Januari
Pertumbuhan KDNK 4Q2015 meningkat secara mengejut
IPP berkembang 2.7% pada bulan Disember
Pertumbuhan eksport terbabas kepada 1.4% pada bulan Disember
Januari
Menentukur Semula Bajet 2016 – Mencapai keseimbangan yang betul
FOMC AS – pesimisme semakin meningkat
OPR kekal tetapi dipotong sebanyak 50 mata asas
Inflasi meningkat 2.7% pada bulan Disember
2015
Disember
Tinjauan Ekonomi 2016 – Harus Berwaspada
Kadar Dana Persekutuan AS dinaikkan sebanyak 25 mata asas
Pengeluaran perindustrian perlahan sedikit pada bulan Oktober
Pertumbuhan eksport meningkat kepada 16.7% pada bulan Oktober
November
Indeks Harga Pengguna stabil pada 2.5% dalam bulan Oktober
KDNK suku ketiga 2015 pada 4.7%
Minyak & Gas – Keputusan Petronas 3QFY15
IPP meningkat kepada 5.1% pada bulan September
Eksport meningkat 8.8% pada bulan September
OPR kekal pada 3.25% pada 2015
Oktober
Mesyuarat FOMC AS – Mesyuarat bulan Disember dapat menjangkakan kenaikan kadar
Belanjawan 2016 – Harus sentiasa berwaspada
Prebiu – Belanjawan 2016
IPP bersederhana ke 3.0% pada bulan Ogos
Eksport pada bulan Ogos meningkat lebih daripada yang dijangkakan
Keadaan kewangan & pertumbuhan pinjaman pada bulan Ogos
September
Indeks Harga Pengguna bersederhana sedikit kepada 3.1% pada bulan Ogos
Aset rizab antarabangsa BNM meningkat kepada USD95.3 bilion pada 15 September
Kadar Dana Persekutuan US disimpan pada 0.25%
OPR kekal pada 3.25%
IPP mendapat 6.1% pada bulan Julai
Pertumbuhan eksport kekal positif pada bulan Julai
Ogos
Ketidaktentuan pasaran … dari persepsi kita
2Q2015 KDNK berkembang pada 4.9%
IPP menjadi sederhana kepada 4.3% pada bulan Jun
Eksport kembali pulih pada bulan Jun
Julai
IPP meningkat sedikit kepada 4.5% pada bulan Mei
Logik disebalik Ringgit
OPR kekal pada 3.25%
Tinjauan ekonomi bagi setengah tahun kedua 2015
Eksport di bulan Mei – lebih baik daripada yang dijangkakan
Jun
Penarafan Fitch –daripada Tinjauan Negatif ke Tinjauan Stabil
Indeks Harga Pengguna meningkat 2.1% pada bulan Mei
AS FOMC – keraguan boleh menimbulkan risiko
Keuntungan sederhana dalam IPI semasa April
Eksport Malaysia turun 8.8% pada bulan April
Mei
Pelan Malaysia ke-11 (2016-2020)
KDNK 1Q2015 masih stabil…buat masa sekarang
IPI meningkat pada bulan Mac
April
Kadar inflasi meningkat kepada 0.9% pada bulan Mac
Pasaran Harta tanah Kediaman Malaysia – Perlahan tapi Stabil
IPI naik 5.2% pada bulan Februari
Eksport merosot sekali lagi pada bulan Februari
Statistik Kewangan dan Perbankan – Feb 2015
Mac
Pandangan atas MYR yang Lemah
Inflasi pada 0.1% pada bulan Februari
Laporan Tahunan BNM 2014 & Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2014
Lebihan Dagangan Kekal pada RM9 Bilion
OPR tidak Berubah pada 3.25%
Februari
Kadar Inflasi Menurun kepada 1.0% pada bulan Januari
Eksport terus meningkat kepada 2.7% pada bulan Disember
Januari
Semakan semula Belanjawan 2015 – Lebih Berdasarkan Kenyataan
Perbelanjaan Pengguna Jangan Dilupakan
Minyak dan Ekonomi – Mengukur Perhubungan
Eksport meningkat semula kepada 2.1% pada bulan November

 

2014
Disember
Kenaikan Kadar Dana Rizab Persekutuan boleh bermula pada 2Q 2015
Tinjauan Ekonomi 2015 – Langkah Defensif
Pertumbuhan eksport merosot lebih daripada yang dijangkakan
November
Penumbuhan KDNK 3Q2014 seperti dijangkakan
Eksport meningkat 2.0% pada bulan September. Singkat dari jangkaan
OPR kekal pada 3.25%. BNM menjadi semakin optimis
Oktober
Belanjawan 2015 (Harian Metro)
US dollar mendapat kekukuhan semula (The Star)
Pra Belanjawan 2015 (Harian Metro)
Belanjawan 2015 – Ke Arah Belanjawan yang Seimbang
Eksport Meningkat 1.7% pada bulan Ogos
Pra Bajet 2015 – Masa untuk Menjadi Realistik
September
Apa yang dijangkakan daripada Bajet 2015 – Versi English (The Star)
‘BNM turns dovish on growth concerns’ – versi English (The Edge)
Perbelanjaan Kerajaan yang akan datang di bawah penelitian – versi English (The Edge)
IPI Mendatar dalam bulan Julai
Pertumbuhan eksport terendah pada bulan Julai
Ogos
2Q2014 GDP pada t 6.4%- versi English (Harian Metro)
KDNK 2Q2014 pada 6.4% (versi English)
Pertumbuhan IPP lebih kukuh daripada yang dijangka pada bulan Jun (versi English)
Eksport berkembang sederhana pada 7.9% pada bulan Jun (versi English)
Julai
Indeks Harga Pengguna meningkat 3.3% pada bulan Jun (versi English)
Kadar Dasar Semalaman (OPR) meningkat sebanyak 25 mata asas (versi English)
Jun
IHP susut sederhana 3.2% tahun-ke-tahun pada bulan Mei (versi English)
Perdagangan Luar – Permulaan Yang Baik (versi English)
Mei
KDNK 1Q2014 Malaysia – lebih tinggi daripada yang dijangkakan (versi English)
April
Sektor hartanah – masih neutral (versi English)
Februari
4Q2013 KDNK – Lebih Baik Daripada Yang Dijangkakan (versi English)
Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) bulan Disember – gambaran berbeza (versi English)
Ada apa dengan pengguna? (versi English)
Januari
Kadar Dasar Semalaman dikekalkan pada 3 (versi English)

Meskipun berhadapan dengan aliran modal yang tidak menentu serta tinjauan ekonomi global yang pelbagai, namun ekonomi Malaysia masih terus menunjukkan prestasi yang baik sepanjang tahun 2014. Negara mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (“KDNK”) sebanyak 6.0% pada tahun 2014, berbanding pertumbuhan sebanyak 4.7% pada tahun sebelumnya. Pencapaian ini dipacu oleh pertumbuhan eksport bersih yang meningkat sebanyak 19.7%. Permintaan luaran yang menggalakkan daripada negara-negara maju seperti Amerika Syarikat (“AS”), Kesatuan Eropah (“EU”) dan Jepun telah banyak menyumbang kepada pertumbuhan eksport yang tinggi. Perkara ini menandakan bahawa Malaysia sememangnya mendapat manfaat daripada pemulihan ekonomi utama dunia. Walau bagaimanapun, pertumbuhan dalam negeri adalah sederhana berikutan konsolidasi fiskal yang berterusan menyebabkan perbelanjaan sektor awam mencatatkan pertumbuhan yang lebih sederhana. Selain itu, sentimen perniagaan yang lemah akibat ketidaktentuan pasaran kewangan dan pasaran pertukaran asing juga telah menyebabkan pertumbuhan pelaburan swasta menyusut kepada 11.0%. Namun begitu, perbelanjaan pengguna masih lagi kukuh dengan penggunaan swasta mencatatkan pertumbuhan yang stabil sebanyak 7.1%. Perkara ini berikutan suasana pasaran buruh yang sihat serta pertumbuhan pendapatan isi rumah yang berterusan.

Dari sudut penawaran pula, keseluruhan aktiviti ekonomi menunjukkan pertumbuhan yang lebih kukuh berbanding tahun sebelumnya. Sektor perkhidmatan menyumbang 55% daripada KDNK Malaysia dan menunjukkan peningkatan sebanyak 6.3% yang didorong oleh aktiviti perdagangan borong dan runcit, pengangkutan dan penyimpanan, serta kewangan. Semua subsektor perkhidmatan ini mencatatkan pertumbuhan yang lebih tinggi pada tahun tersebut. Sementara itu, sektor perkilangan juga terus kukuh terutamanya industri yang berorientasikan eksport seperti pengeluaran barangan elektrik dan elektronik. Selain itu, sektor pembinaan telah mendapat kesan limpahan yang positif hasil daripada pelaksanaan projek infrastruktur dan pembinaan bangunan kediaman dan bukan kediaman. Pertumbuhan dalam sektor ini kekal pada kadar dua digit iaitu 11.6%. Begitu juga, dengan pengeluaran produk minyak mentah dan hasil kondensasi yang lebih tinggi yang menyebabkan lonjakan di dalam pengeluaran industri perlombongan. Pertumbuhan dalam sektor ini meningkat kepada 3.1% berbanding dengan 0.7% pada tempoh sebelumnya. Pengeluaran hasil pertanian pula meningkat sebanyak 2.6% dibantu oleh tanaman industri dan makanan.

Persekitaran pertumbuhan yang mampan ini membolehkan kerajaan memperkenalkan beberapa langkah bagi mengatasi ketidakseimbangan makroekonomi. Antara langkah yang diperkenalkan adalah pengenalan sistem apungan terkawal bagi menentukan harga minyak petrol tempatan. Sebelum itu, kenaikan tarif elektrik juga telah dilaksanakan pada bulan Januari tahun lepas dan kenaikan harga gas untuk pengguna komersil telah diumumkan pada pertengahan 2014. Hasilnya adalah amat jelas. Defisit fiskal kerajaan terus menyusut kepada 3.5% daripada KDNK pada 2014, daripada 3.9% sebelumnya. Selain itu, pertumbuhan ekonomi yang kukuh telah membolehkan bank pusat untuk meningkatkan kadar dasar. Sehingga kini, pihak Bank Negara Malaysia (“BNM”) telah menaikkan Kadar Dasar Semalaman (“OPR”) sebanyak 25 mata asas kepada 3.25% pada bulan Julai tahun lepas. Di samping itu, imbangan lebihan akaun semasa Malaysia meningkat kepada RM49.5 bilion atau 4.8% daripada Pendapatan Negara Kasar (“PNK”) pada 2014 daripada RM39.9 bilion atau 4.2% daripada PNK yang dicatatkan pada tahun sebelumnya. Ini menandakan kadar simpanan negara sentiasa melebihi perbelanjaan pelaburan negara.

Walau bagaimanapun, mata wang ringgit Malaysia telah mengalami penurunan yang drastik meskipun negara mempunyai dasar ekonomi yang kukuh. Kemungkinan normalisasi dasar kewangan AS pada tahun 2015 telah banyak diambil kira oleh para pelabur global. Hal ini berlaku berikutan pemulihan ekonomi yang berterusan terutamanya di dalam pasaran buruh AS. Selain itu, kebimbangan tentang harga minyak yang lebih rendah bagi negara-negara pengeksport minyak telah dikeruhkan lagi dengan keputusan ahli-ahli Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (“OPEC”) untuk mengekalkan kuota pengeluaran mereka pada 30 juta tong sehari pada bulan November. Isu ini telah menguatkan lagi pandangan bahawa lebihan penawaran di dalam pasaran minyak dijangka akan berterusan memandangkan pihak OPEC dilihat mengambil langkah untuk mempertahankan penguasaan mereka di dalam pasaran minyak global. Tanggapan sedemikian telah menyebabkan aliran keluar modal menjadi lebih ketara di negaranegara Asia berikutan prospek pulangan pelaburan yang lebih tinggi di negara maju. Dalam hal ini, Malaysia juga jelas tidak terkecuali.

Nilai mata wang Malaysia merosot sebanyak 6.3% berbanding dolar AS sepanjang 2014 memandangkan beberapa dana asing telah mengalir keluar daripada pasaran kewangan Malaysia. Institusi asing secara umumnya menjadi penjual bersih sepanjang 2014 pada jumlah RM6.6 bilion berbanding pembeli bersih berjumlah RM3.0 bilion pada tahun sebelumnya. Akibatnya, indeks FBM KLCI jatuh sebanyak 5.7% setakat akhir Disember tahun lepas dan ditutup pada paras 1,761.25. Begitu juga, dana asing yang telah mengurangkan pegangan hutang berdenominasi ringgit. Bahagian hak milik asing dalam Sekuriti Kerajaan Malaysia (“MGS”) turun kepada 44.1% pada akhir 2014 daripada setinggi 48.4% pada bulan Julai tahun lepas. Oleh yang demikian, kadar pulangan bon menjadi lebih tinggi dengan kadar pulangan bon MGS untuk 3 tahun dan 10 tahun masing-masing meningkat sebanyak 31 dan 2 mata asas pada akhir tahun lepas sehingga mencecah 3.64% dan 4.15%.

Walaupun berhadapan dengan situasi yang tidak menentu, industri kewangan Islam terus menunjukkan daya tahan yang tinggi. Jumlah aset perbankan Islam mengekalkan pertumbuhan dua digit sebanyak 12.4% kepada RM487.1 bilion pada 2014. Nisbah sumbangan aset sistem perbankan Islam kepada sistem perbankan secara keseluruhannya juga meningkat kepada 22.2%. Ini menunjukkan peningkatan di dalam penyertaan sistem perbankan Islam yang semakin signifkan dan relevan sebagai pengantara kewangan di dalam ekonomi Malaysia. Pernyataan ini dizahirkan melalui pertumbuhan aset kewangan sebanyak 18.4% kepada RM336.1 bilion, melebihi pertumbuhan sebanyak 9.3% bagi keseluruhan industri perbankan. Jumlah deposit yang diletakkan di dalam perbankan Islam juga meningkat sebanyak 14.8% kepada RM401.0 billion pada akhir tahun 2014 di manasebahagian besarnya disokong oleh akaun semasa dan simpanan (“CASA”) yang mencatat pertumbuhan sebanyak 10.1%. Pasaran modal Islam juga berkembang sepanjang 2014 dengan terbitan baharu Sukuk meningkat kepada RM8.8 bilion, iaitu penambahan sebanyak 11.3% daripada tahun sebelumnya. Terbitan tersebut dikuasai terutamanya oleh institusi kewangan bagi memenuhi keperluan Basel III. Sehubungan ini, persekitaran operasi seharusnya membolehkan pulangan pendapatan yang bertambah bagi Bank Islam kerana pasaran pekerjaan yang stabil amat sesuai dengan komposisi portfolio pembiayaan kami. Selain itu, jangkaan peningkatan aktiviti pelaburan swasta secara berterusan juga bererti wujudnya peluang bagi Bank untuk meluaskan penguasaannya di dalam sektor komersil dan korporat.

Pada masa hadapan, landskap ekonomi negara dijangka akan kekal mencabar kerana prospek bagi permintaan global yang masih lagi tidak menentu. Dari satu sudut, pemulihan ekonomi AS yang berterusan akan mengakibatkan penurunan di dalam kadar pengangguran mereka berikutan peningkatan di dalam jumlah pekerjaan yang diwujudkan. Di samping itu, jangkaan harga minyak yang lebih rendah akan menyebabkan perbelanjaan isi rumah AS terus meningkat dan sekaligus menyokong pertumbuhan ekonomi global. Walau bagaimanapun, situasi ekonomi negara maju yang lain masih lagi lemah. Negara-negara ini berhadapan dengan risiko tekanan deflasi yang memberi kesan langsung terhadap tingkat harga umum. Rantau Eropah telah mengalami masalah penurunan harga umum apabila Indeks Harga Pengguna Terselaras (Harmonise Index of Consumer Prices – HICP) menurun selama tiga bulan berturut-turut di antara bulan Disember 2014 hingga Februari 2015. Tambahan pula, kejatuhan harga hartanah di China di samping kenaikan pembiayaan tak berbayar juga berpotensi untuk mengurangkan pertumbuhan ekonomi mereka dalam jangka masa terdekat memandangkan pihak kerajaan cuba mengimbangkan semula enjin pertumbuhan negara mereka. Akibatnya, beberapa langkah pelonggaran dasar monetari telah diperkenalkan oleh bank-bank pusat utama di seluruh dunia; terutamanya di Eropah, umpamanya telah mengenalkan kadar faedah negatif serta langkah pelonggaran kuantitatif (“QE”) yang telah pun diumumkan pada akhir 2014 sebagai usaha untuk merangsang pertumbuhan ekonomi di samping mengelakkan ancaman deflasi. Sementara itu, China, India, Indonesia dan Singapura juga telah pun beralih kepada pendirian monetari yang lebih akomodatif kerana harga minyak yang lebih rendah telah membuka ruang kepada mereka untuk menurunkan kadar dasar di dalam usaha untuk menyokong pertumbuhan ekonomi.

Pada 20 Januari 2015, pihak kerajaan Malaysia telah pun menyemak semula peruntukan Bajet 2015 yang mana defisit fiskal sebagai peratusan daripada KDNK bagi 2015 dianggarkan akan mencapai 3.2% berbanding anggaran sebelumnya iaitu 3.0%. Penyemakan semula ini dibuat memandangkan harga minyak dunia dijangka kekal rendah. Pengumuman tersebut dianggap tepat pada masanya dan realistik oleh kerana kerajaan komited untuk mengurangkan jurang bajet, walaupun lebih beransur-ansur, dan pada masa yang sama menjamin pertumbuhan ekonomi yang mampan. Oleh itu, ekonomi Malaysia dijangka akan mengalami pertumbuhan antara 4.5% hingga 5.5% pada 2015 dengan disokong oleh aktiviti dalam negeri dan sektor luaran yang berdaya saing.

Print Friendly
Bank Islam