Ahad, 21 April 2019, 15 Sya'ban 1440H Waktu Solat:

Mengenai Kami


Pada tahun 1983, kami telah melangkah menjadi bank Islam pertama di Malaysia. Sejak itu, kami telah berkembang sebagai sebuah institusi perbankan Islam sepenuhnya dengan lebih daripada empat juta pelanggan di seluruh negara. Di samping itu, kami telah diiktiraf sebagai sumber rujukan dan panduan perbankan Islam, dengan tanggungjawab untuk mengembangkan industri dan membawa kemajuan berterusan kepada sistem kewangan Islam.

Sejak penubuhannya, Bank Islam telah menawarkan penyelesaian patuh Syariah yang sinonim the prinsipnya. Melalui inovasi yang berterusan, kami menawarkan pelbagai penyelesaian yang memenuhi keperluan kewangan pelanggan. Operasi berstruktur dan kakitangan kami yang berkebolehan berdedikasi untuk memberikan pengalaman perbankan yang luar biasa kepada para pelanggan dan memberi sokongan kepada mereka pada saat-saat yang paling penting. Kami menyediakan rangkaian saluran perbankan Islam yang meluas dengan 147 cawangan dan lebih daripada 1,100 terminal layan diri di seluruh negara.

Usaha untuk memperluaskan kehadiran kami di pasaran dipergiat dengan usaha untuk membina bahagian perbankan digital. Kami membangunkan strategi dan platform berkaitan dengan Teknologi Kewangan (“Fintech”) yang akan membolehkan kami berhubung dengan para pelanggan dengan lebih baik, meneruskan pengalaman baharu dalam perbankan dan kecemerlangan perkhidmatan. Inovasi digital kami yang berterusan membantu mempromosikan idea pertumbuhan inklusif untuk mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi dalam perniagaan kami dan bagi komuniti di mana kami beroperasi, seterusnya menyokong usaha kami untuk membangunkan ekonomi sebenar.

Melalui pematuhan yang ketat terhadap peraturan dan prinsip Syariah, kami diperlihatkan sebagai sebuah institusi perbankan yang beretika dan dipercayai. Komitmen kami dalam mendokong tadbir urus korporat yang mapan telah memastikan kami membuat keputusan yang tepat secara konsisten dalam menjaga manfaat pihak berkepentingan.

Sebagai organisasi patuh Syariah, nilai dan prinsip kami menanamkan rasa tanggungjawab dalam memastikan kesejahteraan masyarakat dan alam semulajadi. Melalui program-program penglibatan komuniti Bank, kami telah memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf kehidupan masyarakat serta memelihara ekosistem semulajadi yang amat berharga.

Bank Islam kini mengambil langkah ke hadapan dalam melaksanakan tanggungjawabnya untuk mengukuhkan peranan dan memperhebatkan impak kewangan Islam. Dengan mengamalkan prinsip Pengantaraan berasaskan Nilai (“VBI”) seperti yang disarankan oleh Bank Negara Malaysia, kami komited untuk menjadi sebuah institusi kewangan bertanggungjawab yang berdedikasi mendukung nilai bersama iaitu integriti, keterangkuman dan kemampanan. Dengan memulakan perjalanan ini, Bank Islam membina masa depan mampan yang mempromosikan ekonomi yang terangkum dan kemajuan sosial untuk pihak berkepentingan dan pada masa yang sama menawarkan perkhidmatan yang lebih baik, lebih pantas dan lebih adil demi manfaat bersama.

Print Friendly