Khamis, 19 Oktober 2017, 28 Muharam 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:01 | Asar 4:18 | Maghrib 7:01 | Isyak 8:10

Zukri Samat Terima Anugerah ‘Islamic Banker Of The Year’ Dari GIFA


DUBAI, Rabu, [27 November 2013] – Pengarah Urusan Bank Islam Malaysia Berhad (“Bank Islam”) Y.Bhg. Dato’ Sri Zukri Samat, telah diumumkan sebagai penerima anugerah ‘Islamic Banker of the Year’ oleh Global Islamic Finance Awards (“GIFA”).

Zukri menerima anugerah berprestij itu di majlis anugerah GIFA 2013 yang telah diadakan sempena World Islamic Retail Banking Conference (WIRBC) ke-5 di Shangri -La Hotel di Dubai, United Arab Emirates kelmarin.

GIFA adalah majlis penganugerahan yang pertama seumpamanya dalam perbankan dan kewangan Islam. Anugerah ini mengiktiraf dan meraikan kejayaan dan sumbangan individu dan institusi dalam industri perkhidmatan kewangan Islam.

Mengulas mengenai pencapaian beliau dalam GIFA, Zukri berkata, “Saya amat berbesar hati menjadi penerima anugerah yang berprestij ini. Walau bagaimanapun, saya ingin menegaskan bahawa anugerah ini bukan untuk saya sahaja tetapi untuk ‘team work’ yang telah disumbangkan oleh semua kakitangan Bank Islam yang telah bekerja keras untuk membawa Bank ke kedudukannya pada hari ini. Saya juga amat berterima kasih atas sokongan padu yang diberikan oleh Bank Negara Malaysia dan para pemegang saham, Lembaga Tabung Haji, Dubai Financial Group dan BIMB Holdings Berhad. Anugerah ini menandakan satu lagi pencapaian penting bagi Bank dan akan mendorong kami untuk terus maju ke arah kecemerlangan melalui inovasi.”

Di samping menonjolkan amalan terbaik dalam perbankan dan kewangan Islam, objektif utama anugerah GIFA, yang kini dalam tahun keempatnya, adalah untuk menggalakkan tanggungjawab sosial, kesahihan Syariah dan komitmen dalam perbankan dan kewangan Islam.

Dirasmikan pada bulan Disember, 2011 di Muscat, Oman, salah seorang daripada penerima pertama anugerah GIFA adalah bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Badawi yang memenangi “Kepimpinan Global dalam Anugerah Kewangan Islam”. Upacara GIFA kedua telah diadakan di Kuala Lumpur pada November 2012 di mana Raja Muda Perak DYTM Raja Dr Nazrin Shah yang juga Duta Kewangan Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia telah diberi penghormatan dengan anugerah yang sama.

Antara pemenang lain GIFA tahun ini termasuk bekas Perdana Menteri Pakistan Shaukat Aziz.

Anugerah dari GIFA ini merupakan satu lagi anugerah yang  diterima oleh Bank Islam pada tahun 2013 diantara beberapa jumlah anugerah yang lain.

Pada bulan Jun, Bank Islam juga telah dianugerahkan sebagai ‘Islamic Bank of the Year (Malaysia)’ oleh Banker. Keuntungan lumayan yang diperolehi pada tahun 2012, disokong oleh kualiti aset yang kukuh, pasukan pengurusan yang berpengalaman dan produk serta perkhidmatan inovatifnya telah membolehkan Bank memenangi anugerah itu.

Antara pencapaian serta anugerah yang telah diterima Bank pada tahun ini termasuk:

  • ·         Ranked as ‘4th Top Financial Institution in Malaysia’ – The Banker (November, 2013)
  • ·         ‘Islamic Banking of the Year 2013’, The Banker (November, 2013)
  • ·         ‘5th Strongest Bank in Malaysia’ – The Asian Banker (September, 2013)
  • ·         ‘Best Islamic Bank in Malaysia’ – Focus Malaysia (September, 2013)
  • ·         ‘Special Recognition Award for Payments Innovation’ – Wells Fargo (July, 2013)
  • ·         ‘The Platinum Trusted Brand Award 2013’ (Islamic Financial Services) – Reader’s Digest (July, 2013)
  • ·         Trailblazer of the Year 2013’ – Dato’ Sri Zukri Samat, Trailblazer Awards, Banking & Payments Asia (March, 2013)
  • ·         ‘Special Commendation in Mobile Banking’ (for TAP-i) – Trailblazer Awards, Banking & Payments Asia (March, 2013)
  • ·         ‘Best Islamic Bank in Malaysia’ – Islamic Finance News (March, 2013)
  • ·         ‘Malaysia’s Largest Payment Volume’ – VISA Malaysia Bank Awards (March, 2013)

 

Mengenai GIFA

Global Islamic Finance Awards (GIFA) adalah yang pertama seumpamanya dalam perbankan dan kewangan Islam. Penganugerahan GIFA adalah berdasarkan metodologi yang dibangunkan dan dikendalikan oleh Edbiz Consulting – anugerah ini mengiktiraf dan meraikan kejayaan dan sumbangan individu dan institusi dalam Industri perkhidmatan kewangan Islam.

Objektif GIFA adalah untuk mengetengahkan amalan terbaik dalam bidang perbankan dan kewangan Islam serta meraikan kejayaan institusi dan individu dengan objektif utama menggalakkan tanggungjawab sosial, kesahihan syariah dan komitmen kepada perbankan Islam dan kewangan.

Keputusan mengenai pemenang untuk GIFA yang telah diselaraskan oleh Edbiz Consulting adalah berdasarkan metodologi proprietari objektif. Setiap tahun, pencalonan GIFA diumumkan pada suku kedua atau ketiga dan kekal terbuka sehingga akhir suku ketiga tahun ini, atau kemudian jika tiada pemenang yang jelas.

Upacara pembukaan telah diadakan pada 17 Disember 2011 di Oman Islamic Economic Forum (OIEF). Majlis anugerah ini telah dihadiri oleh mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Badawi. GIFA 2012 telah diadakan pada 19 November, 2012, di Kuala Lumpur dan dihadiri oleh Raja Dr Nazrin Shah, Raja Muda Negeri Perak, Malaysia. GIFA 2013 telah dianjurkan pada 26 November sempena World Islamic Retail Banking Conference (WIRBC) ke-5 di Dubai.

Anugerah berprestij ini menyediakan peluang yang luas untuk semua individu bersaing dengan cemerlang dalam bidang masing-masing dan mempromosi diri mereka melalui media seta saluran komunikasi lain.

Print Friendly
Bank Islam