Sabtu, 25 November 2017, 6 Rabiulawal 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:32 | Subuh 5:42 | Syuruk 7:01 | Zohor 1:03 | Asar 4:25 | Maghrib 7:00 | Isyak 8:13

Bank Islam Umum Pemenang Kempen ‘Debit = MyVi’


Enam pemenang hadiah utama bawa pulang Perodua MyVi
KUALA LUMPUR, Rabu, [23 November 2011]: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) meraikan enam orang pemenang hadiah utama kempen ‘Debit = MyVi’ dalam satu majlis penyampaian hadiah yang telah diadakan di Menara Bank Islam hari ini.
Hadiah utama berupa kereta Perodua MyVi tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Besar Perbankan Pengguna Bank Islam, Encik Khairul Kamarudin.
Kempen Debit = MyVi ini telah berlangsung selama 6 bulan, iaitu dari 21 Mac 2011 sehingga 20 September 2011, di mana semua Ahli Kad Visa Debit Bank Islam berpeluang memenangi salah satu daripada enam buah kereta Perodua MyVi dan hadiah Rebat Tunai mingguan.
Kempen ini telah menerima sambutan yang amat memberangsangkan dengan lebih daripada 350,000 Ahli Kad telah menyertai program tersebut bagi merebut peluang memenangi hadiah hebat yang ditawarkan oleh Bank Islam.
Selain daripada hadiah-hadiah utama, seramai 78 orang pemenang mingguan telah menerima Hadiah Mingguan berupa 100%  Rebat Tunai.
Encik Khairul menjelaskan, Ahli Kad hanya perlu membuat transaksi pembelian minima RM10 dengan menggunakan Kad  Debit Visa Bank Islam mereka di mana-mana rangkaian peruncitan yang memaparkan logo Visa bagi melayakkan mereka mendapat satu penyertaan. Manakala Ahli Kad yang melanggan perkhidmatan perbankan mudah alih-i TAP secara automatik akan menerima satu kelayakkan tambahan.
“Kempen ini adalah salah satu cara kami menunjukkan penghargaan  atas sokongan setia Ahli Kad kami. Bank Islam sentiasa mencari peluang untuk memberikan mereka lebih nilai menerusi produk dan perkhidmatan ataupun program-program ganjaran yang menarik seperti ini,” kata beliau mengakhiri perbualan.

Senarai pemenang-pemenang kempen ‘Debit = MyVi’ adalah seperti berikut:

1)     Encik Mat Zani Bin Puteh dari  Kuala Terengganu

2)    Cik Nik Alyani Binti Nik Abdul Adel dari Kuala Terengganu

3)    Ms Sivaghami A/P Palaniveloo dari Subang

4)    Puan Dg Hernawati Binti Ag Abd Hamid dari Kota Kinabalu

5)    Encik Mohd Foad Bin Jusoh dari Kuantan

6)    Encik Suharzelim Bin Abu Bakar dari Putrajaya

Print Friendly
Bank Islam