Jumaat, 15 Disember 2017, 26 Rabiulawal 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:39 | Subuh 5:49 | Syuruk 7:09 | Zohor 1:11 | Asar 4:34 | Maghrib 7:07 | Isyak 8:22

Bank Islam Lancar Perkhidmatan Perbankan Tujuh Hari Pertamanya


Cawangan Bandar Baru Perda tawar perbankan hujung minggu dan malam

SEBERANG PRAI, Jumaat, [18 Mei 2012]: – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) hari ini melancarkan perkhidmatan perbankan tujuh hari pertamanya untuk memenuhi kekangan gaya hidup dan masa pengguna Malaysia yang sentiasa berubah.  Perasmian cawangan tersebut oleh Pengarah Urusan Bank Islam, Y.Bhg. Dato’ Sri Zukri Samat menandakan perpindahan cawangan berkenaan ke premis baharu di Pusat Membeli-belah AEON Seberang Prai.Cawangan yang baru berpindah ke premis baharu ini merupakan cawangan pertama Bank Islam di dalam sebuah pusat membeli-belah, menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan yang lengkap.

Dalam ucapannya, Dato’ Sri Zukri Samat berkata: “Pembukaan cawangan ini menandakan satu lagi pencapaian penting bagi Bank Islam. Kami percaya bahawa dengan perpindahan cawangan ini, ia akan terus membolehkan kami untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan kami dengan lebih baik. Cawangan ini akan menjadi cawangan perkhidmatan penuh yang menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang akan memenuhi keperluan perbankan orang ramai, komuniti perniagaan di pusat membeli-belah ini dan kawasan sekitar kejiranan.”

Terletak di tingkat bawah pusat membeli-belah AEON Seberang Prai, cawangan ini berkeluasan kira-kira 2,650 kaki persegi. Pemilik perniagaan serta pembeli akan dapat melaksanakan pelbagai urus niaga di cawangan ini seperti membuka akaun, membuat permohonan pembiayaan, melabur dalam produk berstruktur dan pengurusan kekayaan serta urus niaga berkaitan Tabung Haji.

Cawangan Bandar Baru Perda akan diketuai oleh Encik Noor Azman Ismail dan dibantu oleh sepasukan 18 eksekutif terlatih. Kawasan perbankan-Internet juga disediakan khas untuk pelanggan bagi memudahkan urusan perbankan mereka. Pelanggan juga boleh memilih untuk menggunakan terminal layan diri untuk melaksanakan pengeluaran tunai dari mesin ATM, deposit tunai dan deposit cek.

Dato’ Sri Zukri Samat berkata: “Satu lagi ciri khas cawangan yang baru berpindah itu ialah, ia akan dibuka mengikut waktu perniagaan pusat membeli-belah. Selain dibuka 7-hari seminggu, cawangan ini juga akan memanjangkan waktu operasinya iaitu dari pukul 10 pagi hingga 8 malam (Isnin hingga Jumaat) dan dari pukul 11 pagi hingga 8 malam (Sabtu & Ahad). ”

“Dengan melanjutkan waktu operasi, kami ingin memberikan pelanggan-pelanggan kami serta masyarakat fleksibiliti untuk menjalankan urusan perbankan selepas waktu bekerja atau pada hujung minggu,” tambahnya lagi.

Bersempena dengan majlis perasmian cawangan itu, Bank Islam turut mengadakan Karnival Jualan selama enam hari di ruang legar pusat membeli-belah itu bermula dari 15 Mei hingga 20 Mei 2012 untuk mempamer serta memperkenalkan rangkaian produk dan perkhidmatan Perbankan Pengguna Bank Islam.

Bank Islam juga telah mengadakan majlis penyampaian hadiah utama untuk pemenang Akaun Simpanan Al-Awfar dan Al-Awfar Junior – i sempena dengan majlis perasmian itu. Encik Mohd Irwan Bin Mohd Apandi dari Butterworth merupakan pemenang hadiah utama Al-Awfar. Beliau membawa pulang hadiah sebanyak RM100,000. Manakala bagi kategori Al-Awfar – junior pula, hadiah utama jatuh kepada adik Muhamad Hafizuddin Bin Noor Shalmi dari Kepala Batas, yang membawa pulang Samsung Tab 7.7, Televisyen Toshiba LCD 40 – inci dan Kamera Olympus SZ- 30m;  keseluruhannya bernilai RM5,000.

Di samping itu, Bank Islam telah memperkenalkan ‘Kempen WOW’, bermula pada 2 Mei 2012 untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setianya. Kempen ini membolehkan pelanggan Bank Islam serta ahli keluarga mereka untuk menikmati kadar keuntungan istimewa apabila memohon untuk produk pembiayaan Bank Islam seperti Pembiayaan Perumahan, Pembiayaan Peribadi dan Kad Bank Islam.

Print Friendly
Bank Islam