Sabtu, 25 November 2017, 6 Rabiulawal 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:32 | Subuh 5:42 | Syuruk 7:01 | Zohor 1:03 | Asar 4:25 | Maghrib 7:00 | Isyak 8:13

Pencapaian


Semenjak ditubuhkan, Bank Islam telah mengalami pelbagai peristiwa:

Tahun Pencapaian BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
2017
  • Bank Runcit Islam Paling Cemerlang di KLIFF Islamic Finance Awards 2017
  • Bank Islam Terbaik Berteraskan ESG oleh The Assets Asian Awards 2017
  • Urusan Perniagaan Berasaskan Teknologi Kewangan (Fintech) Islam Terbaik oleh The Assets Asian Awards 2017
  • Best Customer Experience (DirectDebit) dalam Malaysian e-Payments Excellence Awards 2017 oleh MyClear
  • Anugerah Terpuji dalam Produk Baharu, Perkhidmatan, atau Pelancaran Inovasi Terbaik di Retail Banker International Asia Trailblazer Awards 2017 oleh Retail Banker International
2016
  • Critics’ Choice Best Islamic Retail Banking Innovation Award 2016 (Cambridge IF Analytica – UK) oleh Islamic Retail Banking Awards
  • Bank Islam Malaysia Berhad diiktiraf semula oleh RAM Rating dengan penarafan institusi kewangan AA3 / Stabil / P1
  • Mendapat tempat ke-14 dalam 100 Majikan Siswazah Paling Utama Malaysia – 2016, dan meletakkan kami sebagai 20 perekrut siswazah paling utama di dalam negara
  • Anugerah Personaliti Baharu dalam Kewangan Islam (Kepimpinan) 2016 oleh Global Islamic Finance Awards 2016
  • Anugerah Perbankan Borong Terbaik 2016 oleh Global Islamic Finance Awards 2016
  • Bank Islam memenangi kategori Inisiatif CSR Terbaik bagi Projek Dana Wakaf AL-MAAD (P) Yayasan Islam Perlis daripada Cards & Electronic Payments International (CEPI) Asia Awards 2016
  • “Bank Islam Terbaik Malaysia” daripada The International Banker Asia & Australasia Banking Awards 2016
  • “Inovasi Terbaik dalam Perbankan Runcit Malaysia” daripada The International Banker Asia & Australasia Banking Awards 2016
  • Dato’ Sri Zukri Samat memenangi anugerah “Banking CEO of the Year Asia” daripada The International Banker Asia & Australasia Banking Awards 2016
  • Anugerah Jenama Majikan Terbaik Asia 2016 oleh Employer Branding Institute
  • Technology & Innovation Outstanding Partnership Award – Perkhidmatan Pembayaran oleh Wells Fargo
  • Anugerah Platinum Jenama Dipercayai 2016 (Perkhidmatan Kewangan Islam) oleh Reader’s Digest
  • Best Bank Capital Sukuk oleh The Asset Asian Awards 2016
  • Best Islamic Green Financing oleh The Asset Asian Awards 2016
2015
  • Bank Islam dianugerahkan “Bank Komersil Terbaik – Malaysia” 2015 sempena Anugerah Islamic Business & Finance yang ke-10 oleh CPI Financial, Dubai
  • Pertumbuhan Jumlah Pembayaran Tertinggi – Kad Debit Pengguna oleh Visa Malaysia Bank Awards 2015
  • Jumlah Pembayaran Terbesar – Kad Debit Islamik oleh Visa Malaysia Bank Awards 2015
  • Pertumbuhan Jumlah Pembayaran Tertinggi – Kad Debit Bank Islam Team Harimau oleh Visa Malaysia Bank Awards 2015
  • Bank Islam telah dianugerahkan “Bank Islam Terbaik” Asia oleh The European Global Banking & Finance Awards 2015
  • Bank Islam telah mendapat anugerah Bank Islam Runcit Paling Kukuh di Malaysia daripada Islamic Retail Banking Awards 2015 (Cambridge IF Analytica – UK)
  • Bank Islam Malaysia Berhad terpilih sebagai salah satu daripada tiga Majikan Siswazah Paling Popular dalam Sektor Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan tahun 2014
  • Mendapat tempat ke-13 dalam 100 Majikan Siswazah Paling Utama Malaysia – 2015, dan meletakkan kami sebagai 20 perekrut siswazah paling utama di dalam negara
  • Bank Islam Malaysia Berhad diiktiraf semula oleh RAM Rating dengan penarafan institusi kewangan AA3 / Stabil / P1
  • Bank Islam telah dianugerahkan “Bank Islam Terbaik Malaysia” oleh The International Banker Asia & Australasia Banking Awards 2015
  • Bank Islam telah memenangi anugerah bagi kategori “Inovasi dalam Perbankan Runcit Malaysia” daripada The International Banker Asia & Australasia Banking Awards 2015
  • Bank Islam berada di kedudukan no. 9 untuk kategori Bon Malaysia dan berada di kedudukan no. 8 untuk kategori Sukuk Islam Ringgit Malaysia berdasarkan Jadual Liga Pasaran Modal Bloomberg bagi separuh pertama 2015
  • Bank Islam menerima anugerah Terpuji bagi Kategori Tawaran Kad Debit Terbaik untuk Kad UniDebit oleh Kad & Pembayaran Elektronik Antarabangsa (CEPI) Asia Summit & Awards 2015

2014
  • Ketua Pegawai Eksekutif Perbankan Terbaik Tahun 2014 di Asia dianugerahkan kepada Dato’ Sri Zukri Samat oleh International Banker Awards 2014
  • Penyedia Perkhidmatan Pelanggan Terbaik di Asia oleh International Banker Awards 2014
  • Bank Islam Terbaik di Malaysia oleh International Banker Awards 2014
  • Anugerah Kes Kewangan Islam Terbaik 2014 oleh Global Islamic Finance Awards (“GIFA”)
  • Pengiktirafan Pemerolehan Saudagar Terbaik (“B2C Honour”) oleh Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn Bhd (“MyClear”)
  • ‘Promising Young Banker Award 2014’ dianugerahkan kepada Ustaz Mohd Nazri Chik oleh The Asian Banker
  • Penyempurnaan Kemudahan Pembiayaan-i Perniagaan Bersindiket sebanyak RM365.0 juta yang diberikan kepada Projek Lintasan Shah Alam Sdn Bhd
  • Mendapat kelulusan dari Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti bagi Program Sukuk Murabahah Subordinat Bank Islam Malaysia Berhad bernilai RM1 bilion
  • Bank Islam dilantik sebagai penasihat utama, penaja, penaja jamin tunggal dan ejen penempatan bagi Kronologi Asia Berhad untuk melakukan tawaran awam awal (“IPO”) bersempena penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad
  • Menandatangani MOU bersama Kolej Universiti Insaniah bagi inisiatif “wakaf tunai” untuk mendirikan masjid di kampus induk universiti
  • Masterclass Pertama dalam Perbankan Islam untuk Pelajar Malaysia di Timur Tengah
  • Bank Islam Malaysia Berhad terpilih sebagai salah satu daripada tiga Majikan Siswazah Paling Popular dalam Sektor Perbankan dan Perkhidmatan Kewangan
  • Mendapat tempat ke-16 dalam 100 Majikan Siswazah Paling Utama Malaysia – 2014, dan meletakkan kami sebagai 20 perekrut siswazah paling utama di dalam negara
  • Pertumbuhan Jumlah Pembayaran Tertinggi – Kad Debit Pengguna oleh Visa Malaysia Bank Awards 2014
  • Jumlah Pembayaran Terbesar – Kad Debit Islamik oleh Visa Malaysia Bank Awards 2014
  • Pertumbuhan Jumlah Pembayaran Tertinggi – Kad Debit Bank Islam Team Harimau oleh Visa Malaysia Bank Awards 2014
  • Anugerah Perbankan Runcit Islam Terbaik oleh Anugerah Kewangan Islam KLIFF 2014
  • Peningkatan taraf jangka panjang Bank Islam dari ‘A1/Stable’ kepada ‘AA3/ Stable’ oleh RAM Ratings
2013
  • Dilantik sebagai bank utama untuk Kerajaan Malaysia bersempena pelaksanaan ‘Sistem Perakaunan Luar Negeri’, yang menyediakan kemudahan Pemindahan Telegrafik untuk pembayaran ke luar negara di serata dunia
  • Menambah-baik fungsi TAP-i yang telah memenangi anugerah dengan penambahan ciri Pemindahan Dana Perbankan Internet mudah-alih, yang membenarkan pengguna membuat pembayaran atau pemindahan wang dalam real-time
  • Dato’ Sri Zukri Samad menjadi penerima anugerah ‘Pengurus Bank Islam Terbaik 2013’ di upacara ‘Global Islamic Finance Awards (“GIFA”) 2013’ sebagai pengiktirafan atas pencapaiannya di Bank Islam
  • Memperkenalkan kemudahan pembayaran elektronik ‘mPOS’ untuk para peniaga Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan, pelaksanaan pertama kemudahantersebut di negara
  • Diiktiraf sebagai bank ke-5 terkukuh di Malaysia oleh The Asian Banker, penerbitan kewangan global yang terkemuka
  • Diiktiraf ‘Bank Islam Paling Inovatif di Malaysia’ di Anugerah International Finance Magazine 2013
  • Dianugerahkan ‘Bank Islam Terbaik (Malaysia)’ oleh penerbitan The Banker
  • Anugerah Trailblazer 2013 oleh Banking & Payments Asia (“BPA”) menyaksikan Dato’ Sri Zukri Samad menerima anugerah ‘Pelopor/Perintis Terbaik 2013’ sebagai pengiktirafan atas pencapaiannya dalam mengendali Bank ke arah keuntungan, manakala Bank Islam menerima anugerah ‘Pujian Khas dalam Perbankan Mudah Alih (Kemasukan Kewangan)’ untuk produk inovatif TAP-i
  • Pemenang anugerah ‘Platinum’ bagi Perkhidmatan Kewangan Islam untuk lima tahun berturut-turut dalam upacara tahunan ‘Anugerah Jenama Paling Berwibawa 2013 Reader’s Digest’
  • Dianugerahkan ‘Urus Janji IFN Terbaik (Ekuiti) 2013’ oleh Islamic Finance News atas pengambilalihan Bank Islam oleh BIMB Holdings Berhad daripada Dubai Financial Group
  • Penerima dua anugerah ‘Special Recognition Award for Payments Innovation’
    sebagai mengiktiraf inovasi Bank dalam penggunaan sistem pembayaran berasaskan web Cyberpay oleh Wells Fargo, dan ‘Anugerah STP’ Commerzbank, kali ke-empat berturut-turut Bank memenganig anugerah tersebut sejak 2009
  • Memperluaskan penawaran kad Bank Islam dengan pelancaran Kad Kredit-i VISA Platinum
  • Memperkenalkan Kad Debit-i VISA Bank Islam Team Harimau dengan kerjasama Persatuan Bolasepak Malaysia (“FAM”)
  • Memperkenalkan Akaun Labbaik-i, akaun simpanan 2-dalam-1 dengan perlindungan Takaful khusus untuk pelanggan yang berjimat untuk menunaikan ibadah Haji
  • Memperkenalkan Pembiayaan Hartanah-i (Tawarruq), produk pembiayaan hartanah yang menggunakan konsep Syariah Tawarruq.
2012
  • Menerima anugerah “Urus Janji Projek Kewangan Terbaik Asia Tenggara” daripada Alpha Southeast Asia dalam “Anugerah Tahunan Urus Janji dan Penyelesaian 2012” sebagai Pengurus Utama Bersama program Kertas Komersil Islam/ Nota Islam Berjangka Sederhana DanaInfra Nasional
  • Menerima anugerah “Bank Islam Terbaik di Malaysia” daripada Islamic Finance News dalam “Pengundian Bank-bank Terbaik 2012”
  • Menerima “Anugerah Zakat Kebangsaan 2012 – Kategori Syarikat Awam Berhad” daripada Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR)
  • Melancarkan satu dana pasaran wang iaitu BIMB Dana Al-Fakhim
  • Menerima anugerah ‘Emas’ untuk ‘Laporan Tahunan Bahasa Malaysia Terbaik’ daripada National Annual Corporate Report Awards (NACRA) untuk penerbitan Laporan Tahunan 2011 Bank Islam
  • Melancarkan “Kad Debit Universiti-i (“UniDebit”)” iaitu kad debit serbaguna khusus untuk para pelajar dan kakitangan Universiti Malaysia Kelantan (“UMK”)
  • Menerima taraf BBB bagi Kedudukan Kewangan yang Kukuh serta taraf BBB+ bagi Mata Wang Asing jangka panjang oleh Capital Intelligence (“CI”), agensi penarafan antarabangsa
  • Menandatangani Ikrar Integriti Korporat Malaysia (“CIP”). Ini menjadikan Bank Islam institusi kewangan Islam yang pertama menyatakan komitmen terhadap Prinsip Pencegahan Rasuah bagi sebuah badan
    korporat
  • Melancarkan produk pelaburan Dwi-Mata Wang Islam (“DCI-i”), produk deposit tetap yang dikaitkan dengan perlaksanaan sepasang mata wang asing yang berdasarkan konsep Wakalah-lil-Istithmar (kontrak agensi untuk pelaburan)
  • Dianugerahkan Award Platinum Reader’s Digest sebagai Jenama Paling Berwibawa bagi Perkhidmatan Kewangan Islam 2012
  • Dianugerahkan The BrandLaureate Awards 2011-2012 bagi jenama korporat terbaik – Jenama terbaik dalam Perbankan – Perbankan Islam oleh The Asia Pacific Brands Foundation (APBF)
  • Melancarkan perkhidmatan perbankan tujuh hari pertamanya di Pusat Membeli-belah AEON Seberang Prai
  • Dianugerahkan Malaysia Service to Care Awards 2012 bagi kategori perbankan Islam oleh MarkPlus, Inc.
  • Mencapai satu juta dengan pengeluaran 1.21 juta Kad Visa Debit-i Bank Islam
2011
  • Majalah kewangan, The Asian Banker telah mengiktiraf Bank Islam sebagai Bank nombor 4 yang kukuh di Malaysia dan nombor 53 Bank paling kukuh di Asia Pasifik. Secara global, Bank Islam diberi taraf nombor 24 di kalangan Institusi Kewangan Islam Terbesar dan nombor 34 di kalangan Bank-bank Islam Global yang Terkukuh.
  • Pengatur Utama Bersama, Pengurus Utama Bersama dan Penasihat Syariah Bersama bagi Program Sekuriti Islam berjumlah RM5.0 bilion bagi TNB Janamanjung Sdn Bhd, yang telah mendapat anugerah Project Finance International’s Asia Pacific Bond Deal of the Year 2011 dan Ijarah Deal of the Year 2011 oleh Islamic Finance News
  • Dianugerah sebagai Bank Islam Terbaik di Malaysia oleh Islamic Finance News Awards 2011
  • Pengarah Urusan Bank Islam, Dato’ Sri Zukri Samat telah dianugerahkan The BrandLaureate Brand Icons Leadership Awards 2011
  • DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin telah melancarkan Menara Bank Islam yang berdiri megah di atas tanah wakaf di Jalan Perak
  • Melancarkan Al-Awfar Junior, khas untuk pelanggan yang berumur 18 tahun ke bawah
  • Pengarah Urusan Bank Islam, Dato’ Sri Zukri Samat telah dianugerahkan Global Leadership Awards 2011
  • Dianugerahkan “Anugerah Inovasi Islam Peringkat Kebangsaan 2011 bagi Inovasi Kewangan Islam” oleh MOSTI
  • Dianugerahkan Malaysia Service to Care Awards 2011 bagi kategori perbankan Islam oleh MarkPlus, Inc.
  • Dianugerahkan Award Platinum Reader’s Digest sebagai Jenama Paling Berwibawa bagi Perkhidmatan Kewangan Islam 2011
  • Dianugerahkan The BrandLaureate Awards 2010-2011 bagi jenama korporat terbaik – Jenama terbaik dalam Perbankan – Perbankan Islam oleh The Asia Pacific Brands Foundation (APBF)
  • Memperkenalkan Dana BIMB i Dividen berjumlah RM250 juta
  • Mengumumkan selesainya latihan memohon beli saham yang memberikan Bank Islam 20% kepentingan yang strategik dalam Amana Bank Limited (“Amana Bank”) di Sri Lanka. Amana Bank telah siap untuk menjadi bank Islam komersil pertama Sri Lanka
  • Mencatat keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) sebanyak RM503.4 juta dalam tempoh 18 bulan berakhir 31 Disember 2010.
    Prestasi itu merupakan peningkatan 44% berbanding RM233.1 juta pada akhir Jun 2009
  • Melancarkan “Kad Debit-i Visa Bank Islam”
  • Melakar sejarah dunia korporat Malaysia dengan menjadi bank Islam pertama untuk memberi nasihat tentang latihan senarai.
    APFT Berhad, penyedia pendidikan dan perkhidmatan latihan penerbangan
    terkemuka di Malaysia, telah melantik Bank Islam sebagai Penasihat Utama,
    Pengurus Taja Jamin dan Ejen Penempatan untuk melakukan tawaran umum awal
    (IPO) dalam penyenaraiannya di Pasar Utama Bursa Malaysia Securities Berhad
2010
  • Melancarkan cawangan yang ke-100 di Bukit Damansara
  • Melancarkan Waheed-i, produk pertama seumpamanya di Malaysia untuk pelanggan korporat. Produk deposit terma tetap dalam matawang Ringgit Malaysia ini berasaskan kontrak Syariah Wakalah (Agensi). Produk ini mematuhi piawaian Syariah tempatan dan antarabangsa.
  • Dianugerahkan The BrandLaureate Awards 2009-2010 bagi jenama korporat terbaik – Jenama terbaik dalam Perbankan – Perbankan Islam oleh The Asia Pacific Brands Foundation (APBF)
  • Memperkenalkan perkhidmatan pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak
  • Dianugerahkan Award Platinum Reader’s Digest sebagai Jenama Paling Berwibawa bagi Perkhidmatan Kewangan Islam 2010
  • Memasuki perjanjian strategik bersama Tune Talk, pengendali perkhidmatan telefon bimbit terbaru Malaysia bagi mempertingkatkan jumlah pelanggan Kad Bank Islam
  • Menandatangani perjanjian bersama Barclays Capital Markets Malaysia Sdn Bhd bagi usaha sama dalam Kustomisasi Produk Pelaburan Islam dan Penyelesaian Perlindungan
  • Bank Islam dan Universiti Institut Teknologi MARA (UiTM) telah memperkenalkan kad Platinum MasterCard jenama bersama yang dikenali sebagai “Kad Platinum MasterCard Bank Islam – Alumni UiTM” dengan matlamat membiayai sekurang-kurangnya 5,000 orang pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran di UiTM bagi setiap semester.
  • Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) sekali lagi menjadi bank yang pertama di Malaysia menawarkan perkhidmatan perbankan mudah alih sepenuhnya. Melalui Transact at Palm atau TAP Mobile Banking-i, pemegang akaun kini boleh menjalankan transaksi perbankan mereka tidak kira dimana dan pada bila-bila masa sahaja, tanpa akses internet.
2009
  • Pengembangan cawangan ke seluruh negara Dianugerahkan “Aset Campuran Terbaik bagi Dana Islam Terimbang dalam Ringgit Malaysia” (Best Mixed Asset MYR Balanced Islamic Fund) bagi tempoh berakhir Disember 2008 sempena The Edge-Lipper Malaysia Fund Awards 2009 untuk ASBI Dana Al-Munsif yang diuruskan oleh BIMB Investment Management Berhad, anak syarikat Bank Islam
  • Kerjasama Strategik antara subsidiari Bank Islam, iaitu Bank Islam Trust Company (Labuan) Ltd dengan Kumpulan Bank Muamalat Indonesia untuk bekerjasama dalam mempromosi produk amanah Islam di Indonesia, iaitu negara paling ramai umat Islam di dunia
  • Melancarkan Al-Awfar, iaitu kombinasi akaun simpanan-i dan pelaburan-i yang pertama seumpamanya yang menawarkan hadiah wang tunai
  • Dianugerahkan Award Platinum Reader’s Digest sebagai Jenama Paling Berwibawa bagi Perkhidmatan Kewangan Islam
  • Pengurus bagi Program Nota Islam Bertempoh Sederhana Badan Pelaburan Terengganu bernilai RM5 bilion yang dijamin oleh Kerajaan Malaysia; terbitan mercu tanda 30-tahun, iaitu merupakan bon yang diterbitkan di Malaysia dengan tempoh matang paling lama untuk pasaran Sukuk dan bon konvensional
  • Melancarkan “Kempen Rumah Sinar Eletrik” di mana Bank akan membantu pemilik rumah membayar bil elektrik mereka untuk tempoh lima tahun berturut-turut di bawah kerjasama yang dibuat dengan Tenaga Nasional Berhad
  • Satu-satunya bank Islam dan bank bukan pelaburan yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti dalam senarai Penasihat Utamanya bagi cadangan korporat spesifik di Malaysia
  • Bank komersil pertama sebagai Penasihat transaksi berkait ekuiti bagi YSP Southeast Asia Holdings Berhad berkenaan Terbitan Hak
  • Menjalankan transaksi swap aset pertama untuk Bank Islam; di mana mekanisme perlindungan nilai terhadap portfolio bon digunakan buat pertama kalinya
  • Melakukan urus niaga opsyen ekuiti Islam pertama bagi Bank Islam
  • Melancarkan perniagaan baharu iaitu urus niaga Pertukaran Mata Wang Asing secara Pukal
  • Memperkenalkan perkhidmatan pelanggan baharu, iaitu maklumat terkini berita pasaran harian melalui SMS
  • Bank pertama yang menjalan usaha sama dengan LTH dalam pelancaran Khidmat Uniteller yang membolehkan urus niaga LTH dan pendaftaran Haji dilakukan di semua cawangan Bank Islam di seluruh negara
  • Melancarkan Ziyad NID-i, satu produk pelaburan berstruktur bagi mengambil kesempatan sempena pasaran ekuiti Asia yang sedang baik pulih. Ziyad NID-i ialah produk pelaburan berjangka masa 5 tahun dalam bentuk Instrumen Boleh Niaga Islam
2008
  • Meraikan ulang tahun ke-25
  • Mencatat keuntungan tertinggi sebanyak RM308.27 juta dalam tempoh 25 tahun
  • Melancarkan produk baru yang dipanggil “Aku Janji Komoditi-i”, sebuah produk berasaskan opsyen Islam yang boleh digunakan untuk tujuan pengurusan aset dan liabiliti serta pelaburan
  • Melancarkan dana berstruktur dengan jaminan perlindungan modal Islam pertama, An Najah NID-i, produk berstruktur pertama berlandaskan Syariah dengan penjagaan kesihatan sebagai tema pelaburan
  • Mengembangkan perkhidmatan mata wang asing runcit dengan pembukaan cawangan biro tukaran wang asing (“BDC”) pertamanya di Low Cost Carrier Terminal (LCCT), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur
2007
  • Memasuki perjanjian swap bersilang-mata wang Islam pertamanya
  • Melancarkan identiti korporat baru Bank Islam, dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Dr. Abdullah Md Zin
  • Memulakan usaha Pemodelan Semula Cawangan
  • Pengumuman keuntungan sebelum zakat dan cukai (PBZT) sebanyak RM225.49 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2007 (FY2007), pencapaian tertinggi dalam tempoh 24 tahun
  • Menandatangani urus janji kerjasama strategik dengan European Islamic Investment Bank plc (EIIB), sebagai gerbang untuk Bank Islam meneroka pasaran Eropah
2006
  • Diundi sebagai Penyedia Kewangan Islam Terbaik di Malaysia oleh Finance News’ Best Islamic Bank Poll 2005
  • Bank pertama di Asia Tenggara yang memperkenalkan MasterCard Platinum Islam
  • Dianugerahi Award Platinum bagi Inisiatif e-dagang Terbaik di Asia-Pasifik oleh MasterCard Worldwide Memperkenalkan Perjanjian Kadar Hadapan Wiqa’, alat pelindung nilai kewangan berdasarkan Syariah bagi memudahkan pengurusan risiko dalaman
  • Dubai Islamic Investment Group (DIG) dan Lembaga Tabung Haji (LTH) membeli masing-masing 40 peratus dan 9 peratus ekuiti di Bank Islam
2006
  • Dianugerahi Pensijilan ISO BS7799 oleh SIRIM bagi perkhidmatan berkaitan IT yang mencakupi perancangan, pembangunan perisian, operasi dan perkhidmatan sokongan pengguna dan perkhidmatan pusat data
2004
  • Bank pertama di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan perbankan SMS (bankislam.sms) dengan menggunakan semua pengendali telefon mudah alih
2003
  • Melancarkan perbankan internetnya
  • Bank pertama yang menawarkan kemudahan pembayaran zakat melalui ATM dan kad kredit
2002
  • Bank pertama di rantau Asia-Pasifik yang memperkenalkan kad kredit patuh EMV dengan sistem berasaskan cip berikutan pelancaran MasterCard Bank Islam
  • Pengurus bersama bagi Malaysia Global Sukuk Inc, Sukuk Berdaulat Islam pertama di dunia
2001
  • Anugerah Prestasi Cemerlang oleh Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia (AIBIM)
  • Penyusun utama bagi First Global Sukuk Inc, Sukuk korporat Islam pertama di dunia
  • Diberikan penarafan “A” oleh Malaysia Rating Corporation (MARC)
2000
  • Dianugerahi Pensijilan ISO 9001:2000 oleh SIRIM bagi operasi Pembiayaan Perdagangan dan Bilnya
1997
  • Melancarkan laman webnya: www.bankislam.com.my
  • Membangunkan Penyelesaian Perbankan Islam Menyeluruh di bawah Program Penaikan Taraf MISnya
  • Pembentukan BIMB Holdings Berhad bagi menggantikan Bank Islam sebagai syarikat induk Kumpulan dan bagi memulakan status penyenaraian Kumpulan
1992
  • Institusi kewangan Islam pertama yang tersenarai di Bursa Malaysia Securities Berhad
  • Bank pertama di Malaysia yang memperkenalkan kad ATM berasaskan cip (Kad Pintar)
1990
  • Penyusun utama bagi Shell MDS Sdn. Bhd., penerbitan bon korporat Islam berdenominasi ringgit pertama di Malaysia
1983
  • Dilancarkan secara rasmi pada 1 Julai 1983 oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Bank Islam diperbadankan dengan modal dibenarkan sebanyak RM500 juta dan modal berbayar sebanyak RM79.9 juta
  • Bank Islam pertama di Malaysia yang menyediakan keperluan kewangan khusus untuk orang Islam
  • Pada dasarnya, Bank Islam merupakan peneraju bagi industri perkhidmatan kewangan Islam di Malaysia

 

Print Friendly
Bank Islam