Sabtu, 16 Disember 2017, 27 Rabiulawal 1439H Waktu Solat:
KL Imsak 5:40 | Subuh 5:50 | Syuruk 7:10 | Zohor 1:12 | Asar 4:34 | Maghrib 7:08 | Isyak 8:23

BIMB Investment Management Berhad


Encik Najmuddin Mohd Lutfi
Ketua Pegawai Eksekutif

BIMB Investment Management Berhad merupakan anak syarikat milik penuh Bank Islam yang ditubuhkan pada 14 September 1993. Pada masa ini, BIMB Invest mempunyai lima jenis Dana amanah saham yang berlainan risiko profil sebagai pilihan para pelabur.

Dana–dana tersebut adalah BIMB i Growth (Dana Pertumbuhan Agresif), ASBI Dana Al-Falah (Dana Pertumbuhan), ASBI Dana Al-Munsif (Dana Pendapatan dan Pertumbuhan ), ASBI Dana Al-Fakhim (Dana Pendapatan) dan akhir sekali Dana BIMB i Money Market (Dana Pasaran Wang) yang dikhaskan untuk pelabur korporat.

Skim Pelaburan Amanah Saham ini adalah berlandaskan prinsip Shariah di mana wang pelaburan modal para pelabur individu serta korporat yang berkongsi matlamat dan objektif pelaburan yang sama akan dikumpulkan bersama di dalam sebuah dana. Pengurus akan melaburkan dana yang dikumpulkan tadi di dalam satu portfolio pelaburan yang terdiri daripada pembahagian aset pelaburan seperti yang berikut;-

  1. pelaburan di pasaran saham yang didagangkan di Bursa Malaysia,

  2. pelaburan di dalam bon Islam/sukuk yang didagangkan di pasaran bon domestik dan

  3. lain-lain bentuk pelaburan yang dibenarkan mengikut garis-panduan yang ditetapkan oleh Panel Shariah BIMB Invest, Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti dan Surat Ikatan Dana.

Akad yang diguna-pakai di dalam pelaburan Skim Amanah Saham berlandaskan Shariah kami ini adalah WAKALAH LIL ISTITHMAR (Agensi untuk Pelaburan). Pelabur (Pemegang Utama) melantik BIMB Invest (Pengurus) sebagai Wakil/Ejen untuk menguruskan aktiviti pelaburannya. Sebagai pengurus pelaburan, BIMB Invest yang diberi tugas untuk melakukan aktiviti pelaburan yang berasaskan Shariah yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Di dalam menjalankan tanggungjawab ini, Pengurus akan menerima yuran Pengurusan berdasarkan konsep Al-UJRAH.

Para pelabur berkongsi hak milik aset-aset pelaburan yang membolehkanmereka menikmati pulangan yang diperolehi, termasuk pengagihan pendapatan dan keuntungan modal (sekiranya ada), dari semasa ke semasa.

Walaubagaimanapun, sebagai Pengurus Pelaburan, BIMB Invest tidak boleh menjamin sebarang keuntungan kepada pelaburan yang dibuat oleh para pelabur. Sila baca Prospektus Utama kami berkenaan Dana-Dana BIMB Invest untuk mengetahui dengan lebih lanjut maklumat-maklumat penting yang perlu anda tahu sebagai bakal pelabur sebelum mengambil tindakan selanjutnya. Selamat berjaya!

Hubungi kami:

Aras 19, Menara Bank Islam
No. 22, Jalan Perak
50450 Kuala Lumpur
Tel : 03-2161 252403-2161 2524/ 2924
Talian Bebas : 1800-88-1196
Faks : 03-2161 2464
E-mel : marketing.bimbinvest@bankislam.com.my

Agency Office Taman Bukit
Tingkat 2, No 33 Jalan Indah 15/2
Taman Bukit Indah
79100 Nusajaya
Johor
Tel : 07-239 5608
Faks : 07-239 5909

 

Akta Perlindungan Data Peribadi, 2010

Print Friendly
Bank Islam