Bank Islam Trust Company (Labuan) Ltd merupakan anggota Kumpulan Syarikat Bank Islam.
BIMB Holdings Berhad, syarikat induk utama dalam Kumpulan Bank Islam tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia.
Perkhidmatan Kami
- Kami berkhidmat kepada pelanggan yang mempunyai pelbagai latar belakang dan keperluan. Kami mengkhusus dalam pembentukan dan pengurusan syarikat luar pesisir, badan amanah dan pentadbiran dana.
- Kami boleh menstruktur pengaturan luar pesisir yang menepati keperluan pelanggan. Kami percaya pada pembinaan hubungan jangka panjang dengan pelanggan kami melalui perkhidmatan yang ditawarkan.
- Kami menawarkan penyelesaian kepada pelanggan yang memerlukan perkhidmatan-perkhidmatan yang berikut:
- Pembentukan dan Pengurusan Syarikat
- Peruntukan Pejabat Berdaftar
- Setiausaha Syarikat
- Pengarah Residen
- Pemegang Saham Nomini
- Pendomisilan Semula syarikat
- Ejen bagi syarikat luar pesisir asing
- Perkhidmatan perakaunan
- Peruntukan Khidmat Pemegang Amanah, Penyimpan (Penjaga) dan Pentadbiran bagi dana Pelaburan
- Perkhidmatan perbankan Islam dan khidmat nasihat
- Penubuhan dana dan aktiviti berkaitan dana
- Peruntukan khidmat pemegang amanah dan wakaf
Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini.