Thursday, 27 July 2017, 3 Zulkaedah 1438H Solat Time:
KL Imsak 5:41 | Subuh 5:51 | Syuruk 7:11 | Zohor 1:23 | Asar 4:45 | Maghrib 7:30 | Isyak 8:44

Maklumat Zakat


Soalan – soalan lazim

Soalan 1

Jika saya membuka/mempunyai akaun deposit/pelaburan di Bank Islam, adakah saya perlu membayar zakat di atas deposit/pelaburan saya itu?

Ya, sebagai Muslim, bermula tahun taksiran zakat 2015, anda perlu membayar zakat sendiri di atas deposit/pelaburan anda di Bank Islam.

Anda boleh membayar di pusat kutipan zakat negeri atau ejen kutipan zakat yang dilantik oleh pusat kutipan zakat negeri. Bank Islam juga merupakan salah satu daripada ejen kutipan zakat. Tertakluk kepada persetujuan di antara Bank Islam dan pusat kutipan zakat negeri masing-masing, anda boleh membayar zakat menerusi kaunter cawangan, perbankan internet serta perkhidmatan TAP-i Bank Islam.

Soalan 2

Bagaimana dengan deposit/pelaburan saya di Bank Islam bagi tahun 2014? Adakah saya perlu membayar zakat deposit/pelaburan?

Bagi tahun taksiran zakat 2014, Bank Islam membayar zakat perniagaan atas penggunaan dana pemegang saham, dana pendeposit dan lain-lain dana serta pendapatan yang diperolehi daripada penggunaannya yang telah menjadi sebahagian daripada modal kepada aktiviti perniagaan Bank. Oleh itu, pihak pelanggan tidak perlu membayar zakat ke atas deposit/pelaburan mereka.

Soalan 3

Kenapa Bank Islam menukar kaedah pembayaran zakat dan meminta pemegang akaun deposit/pelaburan membayar sendiri zakat bermula tahun taksiran zakat 2015?

Bermula tahun taksiran zakat 2015, Bank Islam akan melaksanakan kaedah pengiraan zakat yang disarankan dalam Manual Pengurusan Zakat Perbankan terbitan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Jabatan Perdana Menteri, di mana Bank membayar zakat di atas dana pemegang saham dan dana selain daripada dana pendeposit/pelabur sahaja. Berpandukan Manual JAWHAR, pemegang akaun deposit/pelaburan disarankan membayar sendiri zakat ke atas deposit/pelaburan mereka dan manual ini juga telah dipersetujui oleh semua pusat zakat negeri-negeri.

Soalan 4

Bagaimanakah cara untuk saya mengira nilai zakat simpanan/pelaburan saya?

Anda boleh menghubungi pusat kutipan zakat negeri masing-masing untuk mendapatkan panduan lengkap tentang pengiraan zakat deposit/pelaburan anda seperti berikut:

PUSAT ZAKAT NEGERI

MAKLUMAT PERHUBUNGAN
Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan Telefon: 03-92895757/ 1300 88 5757

Laman web:www.zakat.com.my

Lembaga Zakat Selangor Telefon: 03-55227700/ 1800 88 5353

Laman web:www.e-zakat.com.my

Pusat Zakat Negeri Sembilan Telefon: 06-7651402

Laman web:www.zakatns.com.my

Pusat Kutipan Zakat Pahang Telefon: 09-5131515

Laman web:www.zakatpahang.my

Pusat Zakat Melaka Telefon: 1300 88 0233

Laman web:www.izakat.com

Zakat Pulau Pinang Telefon: 04-5498088

Laman web:www.zakatpenang.com

Jabatan Zakat Negeri Kedah Telefon: 04-7331740

Laman web:www.zakatkedah.com

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Telefon: 09-6303030/ 09-6252525

Laman web:www.maidam.gov.my

Majlis Agama Islam Negeri Johor Telefon: 07-2282929

Laman web:www.maij.gov.my

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Telefon: 05-2084000

Laman web:www.maiamp.gov.my

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis Telefon: 04-9794439

Laman web:www.maips.gov.my

Majlis Agama Islam Kelantan Telefon: 09-7481512/ 1800 88 6060

Laman web:www.e-maik.my

Pusat Zakat Sabah Telefon: 088-240160

Laman web:www.zakat.sabah.gov.my

Tabung Baitulmal Sarawak Telefon: 082-233224

Laman web:www.tbs.org.my

Soalan 5

Bagaimana cara membayar zakat simpanan (deposit/pelaburan)?

Berpandukan cara pengiraan zakat simpanan yang disediakan oleh Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan yang disediakan di laman sesawangnya www.zakat.com.my. Zakat dikenakan 2.5% daripada jumlah baki simpanan terendah dalam tempoh setahun yang bersamaan atau melebihi nisab. (Bagi pengiraan dan pembayaran zakat simpanan di negeri selain Wilayah Persekutuan, sila rujuk pusat pungutan zakat negeri-negeri yang berkaitan)

Contoh:

Tarikh Keluar (RM) Masuk (RM) Baki (RM)
01/01/2015 - 20,000 20,000
23/04/2015 2,000 - 18,000
30/05/2015 - 5,000 23,000
10/07/2015 3,000 - 20,000
12/08/2015 2,500 - 17,500*
11/11/2015 - 2,000 19,750
31/12/2015 - 1,000 20,750

* Baki terendah akaun di atas ialah RM17,500. Ia telah melebihi nisab dan genap setahun. Tahun haul dalam contoh ini dikira dari 01/01/2015-31/12/2015.

Contoh Pengiraan:

Baki Terendah = RM17,500 (melebihi nisab)

Zakat = RM17,500 x 2.5%

= RM437.50

Jika pelanggan memiliki lebih daripada satu akaun simpanan,

Contoh Pengiraan:
Haul 1/1/2015 –31/12/2015
Baki terendah: Akaun 1 RM7,000
Akaun 2 RM2,000
Akaun 3 RM5,000
Jumlah baki terendah(melebihi nisab) RM14,000
Zakat = RM14,000 x2.5%
= RM350

Soalan 6

Apakah syarat-syarat yang mewajibkan saya membayar zakat?

Syarat wajib membayar zakat adalah seperti berikut:

1) Islam – Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam.

2) Merdeka – Hamba abdi tidak diwajibkan membayar zakat kecuali zakat fitrah. Walaubagaimanapun tidak timbul persoalan hamba abdi dalam konteks zaman sekarang tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai syarat wajib berzakat.

3) Milik sempurna – Harta yang dimiliki mestilah harta milik sempurna dalam kekuasaan pemiliknya dan tidak bersangkutan dengan orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripada harta tersebut.

4) Cukup nisab – Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu harta dikeluarkan zakat darinya. Nisab adalah bersamaan dengan nilai semasa 85 gram emas. Nilainya lebih kurang RM10,300 (bergantung kepada harga semasa emas).

5) Cukup haul – Bermaksud genap setahun harta itu disimpan.

Soalan 7

Berpakah haul dan nisab untuk zakat simpanan?

Ini hanyalah untuk panduan asas sahaja. Tuan/Puan dinasihatkan untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak pusat pungutan zakat negeri melalui saluran-saluran yang mereka sediakan.

Nisab – Pihak pungutan Zakat negeri-negeri ada menyediakan maklumat berkaitan nisab semasa di laman sesawang mereka. Sebagai contoh, laman sesawang PPZ Wilayah di bawah:

faqszakat

Jadual Nisab Negeri-Negeri 2014*
Negeri Jumlah (RM)
Wilayah Persekutuan 12,223.00
Selangor 11,465.00
Perak 10,919.02
Pulau Pinang 12,000.00
Kedah 11,088.20
Perlis 10,919.02
Kelantan 10,000.00
Terengganu 12,220.87
Melaka 12,220.00
N. Sembilan 11,300.00
Johor 10,755.73
Pahang 10,919.02
Sabah 13,400.00
Sarawak 13,000.00

*nisab berbeza bagi setiap tahun dan negeri

i) Haul – Bermaksud genap setahun harta itu disimpan. Bagi pengiraan zakat simpanan, haul yang patut diambil ialah dari 01 Januari hingga 31 Disember tahun berkenaan.

Print Friendly
Bank Islam