Sunday, 22 October 2017, 1 Safar 1439H Solat Time:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:01 | Asar 4:18 | Maghrib 7:00 | Isyak 8:10

Bank Islam Taja Peserta Ustazah Pilihan Musim Pertama


KUALA LUMPUR, Rabu, 5 Oktober 2011 - Perserta program realiti terbaharu terbitan saluran televisyen Astro Oasis ‘Ustazah Pilihan’ (UP) musim pertama mendapat sokongan padu daripada Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) selaku penaja utama program itu, apabila 11 peserta program tersebut menerima barangan tajaan daripada Bank Islam berupa pakaian; baju kurung, jaket, kemeja-t, tudung dan jubah serta alat tulis dan beg sandang untuk mereka gunakan sepanjang berlangsungnya program tersebut. Jumlah keseluruhan barangan yang ditaja bernilai RM25,000.
Barangan tajaan tersebut telah disampaikan oleh Pengurus Besar, Perbankan Pengguna Bank Islam, Encik Khairul Kamarudin dan Puan Mashitah Hj Osman, Pengarah, Perbankan Pelaburan Korporat kepada 11 peserta program UP dan disaksikan oleh Pengurus Saluran Astro Oasis, Tuan Hj Izelan Basar.
Program UP yang telah pun bersiaran sejak 3 Oktober lalu di saluran 106 akan memaparkan pencarian ikon muslimah merangkumi segala aspek kehidupan seperti pendidik, pembimbing, pemimpin dan pendakwah dikalangan kaum wanita.
Menurut Encik Khairul Kamarudin, program realiti berkonsep Islam, Imam Muda yang bersiaran selama dua musim telah berjaya mencuri tumpuan penonton dan mendapat liputan yang meluas termasuk penonton luar negara dan media antarabangsa yang berminat mengikuti perjalanan program terbabit. Oleh itu, Bank Islam ingin menjadi sebahagian daripada barisan pengemudi; menyebarkan informasi dan memerikan kesedaran mengenai kewangan Islam sambil memperkenalkan produk dan perkhidmatan kami kepada peserta program dan penonton.
Encik Khairul Kamarudin berpandangan program ini memberi banyak kelebihan dari aspek pengetahuan dan pendedahan ilmu baru yang ingin disampaikan kepada peserta bersama penonton.
“Saya percaya sesuatu  ilmu itu harus dituntut dan disebarkan pada orang lain agar ia memberi manfaat kepada semua. Inilah sebahagian tanggungjawab sosial Bank Islam terhadap masyarakat dan agama, iaitu dengan menyokong dan memberikan peluang setara kepada wanita mengembangkan kebolehan mereka dalam aktiviti dakwah dengan memberi pendedahan yang lebih kontemporari bersesuaian keperluan semasa,” katanya lagi.
Bank Islam juga menawarkan pelbagai hadiah untuk direbut oleh penonton UP serta ahli Facebook Bank Islam. Antaranya melalui ‘Program Prihatin’. Penonton / Ahli Facebook Bank Islam berpeluang membantu memartabatkan ekonomi wanita di sekeliling mereka dengan dana sebanyak RM30,000 yang bakal disediakan oleh Bank Islam. Penonton hanya perlu menghantarkan cadangan mereka melalui Facebook Bank Islam. Tiga orang pemenang akan dipilih berdasarkan cadangan yang terbaik. Pemenang bakal membawa pulang hadiah bernilai RM1,000 setiap seorang. Tarikh penghantaran akan diumumkan kemudian melalui website, facebook serta siaran UP.
Satu lagi cara untuk memenangi hadiah lumayan adalah dengan menyertai ‘Peraduan Ustazah Pilihan Bersama Bank Islam’. Penonton hanya perlu menjadi rakan facebook Bank Islam dan menjawab soalan yang disediakan. 10 Samsung Galaxy TAB menanti untuk dimenangi. Hadiah istemewa  juga menanti pelanggan sedia ada Bank Islam.

Print Friendly
Bank Islam