Tuesday, 24 October 2017, 3 Safar 1439H Solat Time:
KL Imsak 5:31 | Subuh 5:41 | Syuruk 6:56 | Zohor 1:00 | Asar 4:19 | Maghrib 6:59 | Isyak 8:10

Bank Islam Rai 12 Orang Pemenang Kempen ‘Sahutan Ke Tanah Suci’


251010-news

Ahli Kad-i MasterCard Bank Islam Bakal Tunai Haji Di Mekah Tahun Hadapan

Kuala Lumpur, Isnin, [25 Oktober 2010]: – Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) hari ini menyampaikan hadiah bernilai RM300,000 berupa pakej haji dan pakej pelancongan bernilai RM25,000 setiap satu kepada 12 Ahli Kad-i MasterCard Bank Islam selaku pemenang hadiah utama Kempen ’Sahutan Ke Tanah Suci’. Kempen ini telah berlangsung selama 8 bulan bermula 1 Februari sehingga 30 September 2010.

Upacara penyampaian hadiah tersebut telah disempurnakan oleh Encik Khairul Kamarudin, Pengurus Besar, Bahagian Perbankan Pengguna, Bank Islam.

Menurut Encik Khairul Kamarudin, objektif utama Kempen ’Sahutan Ke Tanah Suci’ ini adalah untuk menggalakkan Ahli Kad menggunakan Kad-i Bank Islam dan di samping itu memberi peluang kepada Ahli Kad yang terpilih sebagai pemenang untuk menikmati hadiah istimewa yang ditawarkan.

“Syarat kelayakan untuk Ahli Kad-i MasterCard Bank Islam menyertai kempen ini adalah dengan hanya membuat transaksi pembelian runcit sekurang-kurangnya RM50.00 untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.,” katanya lagi.

Menurutnya, semua transaksi telah dipantau oleh sistem secara automatik dan pemenang dipilih berdasarkan kod transaksi tertinggi dalam log transaksi yang disediakan oleh MasterCard Worldwide sepanjang tempoh kempen.

12 orang pemenang hadiah utama tersebut adalah Encik Abdul Ghani Bin Sidek, Encik Mohd Yusof Bin Razak dan Encik Azmi Bin Hamzah dari Kuala Lumpur,  Encik Nadjamudin Bin Mat Ali dan Puan Noriati Binti Atan dari Johor, Encik Morni Anak Kutong, Encik Wan Sapian Bin Wan Pekeh dan Mr Harold Criso Anak Ajin dari Sarawak, Puan Siti Rahmah Binti Mansor dan Cik Suhanida Binti Abd Gani dari Selangor, Encik Wan Ahmad Ridzuan Bin Wan Husain dari Terengganu, dan Encik Mohamed Saufi Bin Mohamed Safian dari Pahang.

“Pemenang hadiah utama dijangka akan menunaikan haji insya-Allah pada tahun 2011 bersamaan 1432H, walaubagaimanapun ia tertakluk kepada kuota ataupun turutan giliran Ahli Kad dalam senarai daftar Tabung Haji. Hadiah ini juga boleh dipindahkan kepada ahli keluarga terdekat,” kata Encik Khairul Kamarudin.

Salah seorang pemenang hadiah utama pakej haji iaitu Encik Abdul Ghani Bin Sidek apabila ditemui berkata: “Alhamdulillah, saya bersyukur atas pemberian yang begitu bermakna ini. Terima kasih tak terhingga kepada Bank Islam kerana membuat impian saya untuk menunaikan Haji menjadi kenyataan.” Kesemua pemenang yang hadir melahirkan rasa gembira dan teruja dengan hadiah yang dianggap paling manis dan istimewa untuk mereka.

Selain dari hadiah utama, Bank Islam juga turut menyediakan hadiah bulanan berupa Jam Azan Al-Munzir dan hadiah harian berupa Al-Qur’an Rasm Uthmani dan Pena Digital Al-Qur’an untuk dimenangi sepanjang kempen berlangsung.

Print Friendly
Bank Islam