Home

Peta Laman |
 
  Perbankan Peribadi
  Perbankan Perniagaan
  Info Korporat
English   |   Bahasa Malaysia  
 




 



Akaun Semasa-i

 


Bank Islam menawarkan kemudahan Akaun Semasa untuk simpanan selamat bagi wang anda. Kemudahan ini berlandaskan kontrak Wadiah. Ia membolehkan anda merancang dengan bijak perbelanjaan bulanan anda dan membolehkan anda mengurus keperluan kewangan anda tanpa melibatkan wang tunai.


Ciri-ciri

Simpanan Minimum Ketika Membuka Akaun Simpanan permulaan minimum sebanyak RM500.00 bagi akaun individu dan RM1,000.00 bagi akaun bukan individu.
Syarat Umur Terbuka kepada semua individu yang berumur 18 tahun dan ke atas.
Jenis Akaun
  • Akaun Individu
  • Akaun Bersama
  • Akaun Perkongsian
  • Akaun Kerajaan
  • Akaun Persatuan
  • Akaun Syarikat Swasta
  • Akaun Syarikat
Kontrak Wadiah



Manfaat

  • Sagu hati berbentuk wang (hibah) diberikan setiap bulan tertakluk pada budi bicara Bank
  • Sarung buku cek percuma
  • Kemudahan Bankcard (bagi individu/ Akaun Bersama & Akaun Syarikat Swasta Sahaja)
  • Kemudahan pengkreditan gaji & pindahan automatik
  • Kemudahan ‘Arahan Tetap’ bagi pembayaran bil dan lain-lain.
  • Zakat atas simpanan yang dibayar oleh Bank
  • Cetakan penyata secara percuma di Mesin Cetak Penyata
  • Kemudahan-kemudahan lain:
    • Perbankan Mudah Alih-i TAP
    • Perbankan Internet
    • Perbankan di meja

       

Kemudahan Perbankan Elektronik

ATM
  • Pengeluaran wang tunai
  • Pindahan dana
  • Permohonan penyata
  • Pembayaran bil utiliti
  • Pembayaran Zakat
  • Memasukkan wang ke Tabung Haji
  • Sumbangan ke Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia
  • Pendaftaran Perbankan Internet (bankislam.biz)
  • Pendaftaran Perbankan SMS, bankislam.SMS
  • Penukaran PIN
  • Pertanyaan dan pengisian wang ke MEPS Cash
Perbankan Mudah Alih-i TAP

Perbankan Mudah Alih-i TAP menggunakan satu cip inovatif berteknologi yang memaparkan menu perbankan didalam telefon mudah alih dengan paparan skrin yang mesra pengguna tanpa perlu bergelut untuk mengingati kata laluan dan arahan mahupun memuat turun aplikasi. Jenis perkhidmatan yang disediakan ialah pertanyaan baki, pindahan wang, tambah nilai pravayar, pembayaran bil dan banyak lagi.

e-Debit

e-Debit (pindahan dana secara elektronik semasa pembelian) merupakan satu perkhidmatan di mana pelanggan membuat pembelian menggunakan Bankcard dan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) Amaun pembelian akan dipotong terus daripada Akaun Simpanan atau Akaun Semasa mereka.

MEPS Cash

MEPS Cash merupakan satu aplikasi e-Purse dalam Bankcard anda. Ia menyimpan amaun nilai wang tertentu yang dimuatkan daripada akaun ATM yang boleh digunakan untuk pembelian kecil. MEPS Cash merupakan satu kaedah yang mudah untuk pembelian harian biasa.


* Tertakluk pada terma & syarat  (klik di sini)

Layak dilindungi oleh PIDM

 

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7 dan ke atas. © Bank Islam Malaysia Berhad (98127- X). Hakcipta Terpelihara.