Home

Peta Laman |
 
  Perbankan Peribadi
  Perbankan Perniagaan
  Info Korporat
English   |   Bahasa Malaysia  
 




 



Terma dan Syarat Al-Awfar Junior

 




1. Membuka Akaun
1.1 Pemegang akaun di bawah umur perlu membuka Akaun Simpanan-i Junior Al-Awfar bersama-sama ibu bapa atau penjaga yang sah. Pemegang akaun bawah umur perlu berumur di bawah 13 tahun.

1.2 Pemegang akaun remaja boleh membuka Akaun Simpanan–i Al-Awfar Junior di bawah nama individu itu sendiri tanpa dihadiri oleh ibu bapa atau penjaga. Pemegang akaun remaja perlu berumur dari 13 tahun sehingga kurang dari 18 tahun.

1.3 Pemegang-pemegang Akaun Simpanan-i Al-Awfar Junior adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan yang berkaitan dengan operasi Akaun Simpanan-i Al-Awfar Junior yang berkuat kuasa dari masa ke semasa.

1.4 Pemegang-pemegang akaun dan ibu bapa dan penjaga yang sah Akaun Simpanan-i Al-Awfar Junior perlu mengemukakan mykad, spesimen tandatangan dan cap jari (pemegang akaun), alamat rumah terkini dan alamat surat menyurat dan lain-lain informasi kepada Bank seperti yang diperlukan oleh Bank.



2. Transaksi Deposit
Amaun minimum deposit permulaan sebanyak RM50 diperlukan untuk membuka akaun. Minimum amaun yang perlu didepositkan adalah RM10 keatas.Pemegang akaun perlu mengekalkan baki minimum sebanyak RM25 dalam akaun pada setiap masa.



3. Transaksi Pengeluaran
3.1 Jenis Pengeluaran Pengeluaran bagi pemegang akaun di bawah umur dan remaja boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Islam melalui kaunter pengeluaran, Mesin Juruwang dan saluran lain. Pengeluaran bagi pemegang akaun di bawah umur mesti dibuat menggunakan buku simpanan dengan kehadiran ibubapa atau penjaga yang sah. Pengeluaran bagi pemegang akaun remaja boleh dibuat menggunakan Kad ATM atau Debit Kad.

3.2 Had Pengeluaran Jika baki simpanan dalam akaun pemegang akaun ialah RM25. Pemegang akaun tidak boleh mengeluarkan wang kurang daripada RM25 melainkan akaun itu perlu ditutup. Pengeluaran maksima bagi pemegang akaun akan ditetapkan pada RM500 sehari bagi pengeluaran melalui mana-mana saluran Bank.



4. Penyata Baki Akaun - Akaun Simpanan

4.1Penyata baki akaun tanpa buku dikeluarkan setiap 3 bulan kepada pelanggan dan dihantar melalui pos. Penyata yang dipohon melalui cawangan dan melalui mesin pencetak penyata adalah tertakluk kepada caj : RM5.00 setiap mukasurat (melalui cawangan) dan RM1.00 bagi setiap permohonan (mesin pencetak penyata)

4.2 Penyata baki akaun simpanan akan dikeluarkan kepada pelanggan berdasarkan :-

i.Transaksi akaun simpanan pelanggan hendaklah bersamaan atau melebihi daripada 30 urus niaga dalam tempoh 3 bulan penyata akaun (tidak termasuk transaksi pembayaran keuntungan oleh Bank )

ii.Akaun simpanan yang mempunyai baki minimum sebanyak RM500 pada akhir tempoh penyata.

iii.Untuk akaun dengan baki purata lebih daripada RM10,000 pada akhir tempoh penyata, penyata baki akaun akan dijana secara automatik tanpa mengira kekerapan urus niaga.

4.3 Bank tidak menghantar penyata akaun sekiranya akaun adalah dorman atau tidak aktif bagi tempoh yang ditetapkan oleh Bank. Bank juga boleh berhenti menghantar penyata akaun sekiranya penyata tersebut tidak dituntut atau tidak dapat dihantar atas sebarang sebab .



5. Pemberian Kuasa
Semua cek, cek jurubank, deraf bank, ‘Negotiable Islamic Debt Certificate’, kiriman wang, kiriman pos, waran dan lain-lain instrumen yang didepositkan tetapi tidak dapat dijelaskan akan dipulangkan dengan tangan atau pos berdaftar ke alamat pemegang akaun yang terakhir dimaklumkan kepada Bank di atas risiko dan perbelanjaan pemegang akaun sendiri. Entri Yang Tidak Dibenarkan Bank tidak akan bertanggungjawab untuk mana-mana transaksi yang tidak sah di dalam akaun pemegang. Pemegang akaun mesti meneliti setiap transaksi di dalam akaun dan memberitahu pihak Bank jika terdapat entri yang tidak sah sebelum meninggalkan premis Bank.



6. Akaun Tidak Aktif dan Wang Tak Dituntut
6.1 Pemegang akaun seharusnya berurus niaga sekurang-kurangnya sekali dalam setahun. Bank akan menganggap akaun sebagai dorman sekiranya akaun tersebut tidak aktif dalam tempoh 1 tahun daripada urus niaga yang terakhir.

6.2 Jika akaun tersebut tidak diurus niaga oleh pemegang akaun selama 7 tahun berterusan, baki dari akaun tersebut akan dianggap sebagai Wang Tak Dituntut dan akan dipindahkan kepada Pendaftar Wang Tak DiTuntut selepas tempoh tersebut mengikut Akta Wang Tak DiTuntut 1965.

6.3 Caj perkhidmatan tahunan sebanyak RM10 akan dikenakan dan diambil daripada Akaun Simpanan selagi ianya kekal dorman. Caj perkhidmatan akan dikenakan sehingga baki akhir dihantar ke Pendaftar Wang Tidak Dituntut.

6.4Sekiranya baki kredit di dalam akaun simpanan kurang daripada RM10, baki kredit tersebut akan ditolak sebagai bayaran caj perkhidmatan tahunan dan akaun simpanan tersebut akan ditutup.


7. Pertukaran akaun dari Akaun Simpanan-i Al-Awfar Junior ke Akaun Simpanan-i Al-Awfar
7.1 Apabila pemegang akaun mencapai umur 18 tahun, pihak Bank akan membuat pertukaran akaun dari Akaun Simpanan–i Al-Awfar Junior kepada Akaun Simpanan-i Al-Awfar.

7.2 Sila rujuk T&C Akaun Simpanan Al-Awfar di dalam web atau kunjungi cawangan Bank Islam terdekat. 6.3 Proses tertukaran akan dibuat pada tarikh lahir pemegang akaun yang genap 18 tahun..



8. Pembekuan dan Penutupan Akaun
8.1 Sekiranya pemegang akaun atau ibu bapa atau penjaga yang sah, diiktiraf meninggal dunia, hilang akal dan apabila mendapat notis, akaun tersebut akan segera dibekukan oleh pihak Bank.

8.2. Bank berhak menutup akaun pelanggan jika sekiranya jumlah Lebihan Penggunaan tidak dibayar lebih dari jangka masa yang ditetapkan oleh pihak Bank dari semasa ke semasa.

8.3 Sekiranya, pihak Bank mengesyakki akaun pelanggan di gunakan untuk atau terlibat dalam aktiviti penipuan, pihak Bank akan memberi notis bertulis kepada pelanggan untuk penerangan atau pengesahan transaksi tersebut. Sekiranya pelanggan gagal member penjelasan memuaskan Bank, pihak Bank berhak untuk menutup atau membekukan atau bebaliknya mengendalikan akaun pelanggan tersebut sebagaimana diperlukan oleh Bank.



9. Keuntungan dan Kerugian
9.1 Keuntungan yang diperolehi oleh Bank akan dikongsi berdasarkan terma-terma yang terkandung di dalam kontrak dan kerugian (sekiranya ada) akan ditanggung oleh pelabur dan pihak Bank tidak akan menanggung sebarang kerugian kecuali disebabkan oleh salah laku dan kecuaian di pihak Bank.

9.2 Sekiranya keuntungan sebenar yang diisytiharkan adalah lebih tinggi daripada yang dijangka, pelanggan hendaklah mengetepikan haknya untuk menuntut perbezaan keuntungan dari Bank (tanazul). Bank berhak ke atas lebihan keuntungan tersebut. Sekiranya keuntungan sebenar yang diisytiharkan lebih rendah daripada yang dijangka, Bank tidak boleh menuntut perbezaan keuntungan tersebut daripada pelanggan.



10. Undian Hadiah
Undian hadiah akan dilaksanakan setiap bulan. Bagaimanapun, Bank di atas budibicaranya boleh menyemak semula kekerapan undian hadiah.



11. Kelayakan Undian Hadiah
11.1 Hanya akaun yang aktif sahaja layak untuk sertai undian hadiah. Sekiranya pemegang akaun meninggal dunia, akaun tersebut masih layak untuk sertai undian hadiah dalam masa 12 bulan dari tarikh kematian.

11.2 Setiap RM10 deposit berhak untuk kelayakan 1 unit undian hadiah



12. Tuntutan Hadiah Wang Tunai oleh Waris daripada Akaun Si Mati
12.1 Tuntutan Hadiah boleh dilakukan oleh pihak waris sekiranya hadiah yang diterima adalah di dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian.

12.2 Hadiah-hadiah yang dimenangi selepas 12 bulan dari tarikh kematian akan dibatalkan dan sekiranya telah dihantar kepada pewaris maka ianya perlu dipulangkan kepada Bank.



13. Saya/ Kami dengan ini mengesahkan dan mengisytiharkan bahawa saya/ kami bukan:-
a. Kakitangan tetap dan/atau kontrak Bank Islam (termasuk subsidiarinya dan syarikat-syarikat berkaitan);

b. Keluarga terdekat kakitangan tetap dan/atau kakitangan kontrak Bank Islam; atau

c. Wakil dan/atau ejen-ejen (termasuk agensi pengiklanan dan promosi) Bank Islam.



14. Pemberitahuan Pemenang
Pemenang hadiah utama akan dimaklumkan melalui surat dan/atau telefon. Selain dari penggunaan kaedah pengumuman di atas, senarai pemenang-pemenang (termasuk pemenang utama) akan dipamerkan di laman web Bank Islam www.bankislam.com.my dan/atau melalui akhbar-akhbar utama yang terpilih.



15. Keputusan Pemenang
Keputusan pemenang adalah muktamad. Sebarang rayuan dan surat menyurat tidak akan dilayan.



16. Pengiklanan dan Promosi
Bank Islam mempunyai hak mengguna nama dan gambar pemenang-pemenang dan informasi lain untuk tujuan pengiklanan dan promosi.



17. Hadiah
Hadiah/Barang akan dihantar kepada pemenang dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh pengumuman pemenang.



18. Pembayaran Zakat
Bank membayar zakat perniagaan di atas jumlah nisab yang dikenakan zakat yang termasuk simpanan pemegang-pemegang akaun yang telah menjadi modal aktiviti-aktiviti perniagaan Bank. Oleh itu, pemegang-pemegang akaun tidak perlu lagi membayar zakat ke atas simpanan mereka.



19. Perubahan terhadap Terma dan Syarat
Bank berhak menambah, memansuh, meminda atau mengubah mana-mana syarat dan peraturan pada bila-bila masa. Perubahan tersebut akan berkuat kuasa apabila ianya dipamerkan di perkarangan Bank atau melalui mana-mana cara penyampaian lain yang difikirkan sesuai oleh Bank.



20. Pertukaran Alamat
Sekiranya terdapat pertukaran alamat rumah atau surat menyurat, ibu bapa atau penjaga yang sah pemegang akaun perlu memberitahu Bank dengan segera. Ini adalah mustahak supaya semua surat menyurat dari Bank dapat disampaikan kepada pemegang akaun dengan segera.

 

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7 dan ke atas. © Bank Islam Malaysia Berhad (98127- X). Hakcipta Terpelihara.