Home

Peta Laman |
 
  Perbankan Peribadi
  Perbankan Perniagaan
  Info Korporat
English   |   Bahasa Malaysia  
 




 



Kempen Al-Awfar Million Ringgit

 


Terma & Syarat

1. Kempen ini bermula dari 19 September 2012 sehingga 30 November 2012.

2. Kempen ini terbuka kepada semua pelanggan Bank Islam yang baru dan sedia kecuali :
a. Kakitangan tetap dan / atau kakitangan kontrak Bank Islam ;
b. Keluarga yang hampir dengan kakitangan tetap dan/atau kakitangan kontrak Bank Islam( suami/isteri/anak-anak) ; atau
c. Wakil dan/atau ejen (termasuk ejen pengiklanan dan promosi) Bank Islam;
d. Akaun Pelaburan-i Al-Awfar dan Akaun Simpanan-i Al-Awfar Junior

Sekiranya terdapat penyertaan yang telah disahkan oleh Bank Islam merangkumi kategori yang telah dinyatakan diatas hak pemenang hadiah adalah terbatal dengan serta merta dan pihak Bank Islam akan menentukan pemenang yang berhak keatas hadiah tersebut.Keputusan Bank Islam adalah muktamad, sebarang bantahan,pertanyaan atau apa jua berkaitan tidak akan dilayan.

3. Kelayakan penyertaan:

Deposit permulaan bagi akaun baru
Penambahan deposit bagi akaun sedia ada
Penambahan deposit selanjutnya
RM1,000
RM1,000
Di dalam gandaan RM1,000
Kelayakan unit undian Deposit Permulaan/Penambahan RM1,000 = 1 unit
Setiap penambahan deposit seterusnya RM 1,000 = 1 unit

4. Amaun deposit permulaan dan penambahan hendaklah dilakukan di dalam Akaun Simpanan-i Al-Awfar bermula dari tarikh 19 September 2012 hingga 30 November 2012 dan simpanan ini hendaklah dikekalkan sehingga 28 Februari 2013 atau tarikh lain yang di tetapkan oleh Bank Islam.

5. Setiap pelanggan yang mempunyai baki kurang daripada jumlah kelayakan dalam tempoh yang dinyatakan adalah tidak layak untuk menyertai kempen Al-Awfar Million Ringgit tetapi layak untuk undian bulanan dan suku tahunan Al-Awfar.

6. Pelanggan sedia ada yang mempunyai baki kurang daripada jumlah kelayakan dan ingin melayakkan diri perlu menambah amaun simpanan kepada jumlah yang telah ditetapkan oleh pihak Bank Islam sebagaimana disebut dalam Terma dan Syarat Kempen .

7. Pelanggan sedia ada yang mempunyai baki lebih daripada jumlah kelayakan dan ingin melayakkan diri perlu menambah amaun simpanan yang baru keatas amaun sedia ada sebagaimana disebut dalam Terma dan Syarat Kempen .

8. Pelanggan yang layak hendaklah mematuhi syarat-syarat kempen sebagaimana ditetapkan oleh Bank Islam. Bank Islam berhak membatalkan mana –mana penyertaan sekiranya syarat penyertaan yang tidak dipatuhi.

9. Sebarang keputusan Bank Islam mengenai semua perkara yang berkaitan dengan Kempen ini adalah muktamad. Tiada surat-menyurat, rayuan, bantahan atau percubaan untuk mempertikaikan keputusan akan dilayan dalam apa jua keadaan.

10. Bank Islam berhak untuk menggunakan nama dan gambar-gambar pelanggan atau pemenang untuk tujuan pengiklanan dan publisiti, tanpa sebarang kos atau pampasan.Bank Islam tidak akan bertanggungjawab ke atas apa jua kos, gantirugi, kehilangan, ugutan dan lain-lain hal disebabkan oleh penyertaan dalam Kempen ini.

11. Dengan mengambil bahagian dalam Kempen ini, pelanggan yang layak dengan ini bersetuju untuk terikat dengan semua Terma dan Syarat Kempen ini serta memberi persetujuan untuk membenarkan Bank Islam mendedahkan butir-butir peribadi mereka kepada wakil-wakil yang dilantik oleh Bank Islam untuk tujuan Kempen ini.

12. Hadiah wang tunai di dalam Kempen ini tidak boleh dipindah milik atau ditukar kepada bentuk lain dan tertakluk kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan. Pemilihan pemenang adalah mengikut budi bicara mutlak pihak Bank Islam dan dianggap muktamad. Sebarang pertanyaan, bantahan dan apa juga berkaitan dengannya tidak akan dilayan.

13. Terma dan Syarat ini akan mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terkandung dalam mana-mana bahan Kempen (termasuk, tanpa batasan poster atau risalah yang dicetak) serta sebarang bahan pengiklanan Kempen ini.

14. Segala Terma dan Syarat ini adalah tambahan dan tanpa prejudis kepada Terma dan Syarat pembukaan Akaun Simpanan-i Al-Awfar yang sedia ada. Sekiranya berlaku pertikaian di antara Terma dan Syarat yang terkandung di sini dengan Terma dan Syarat dalam pembukaan Akaun Simpanan-i Al-Awfar, Terma dan Syarat ini akan digunapakai setakat berkaitan dengan Kempen ini.

15. Melainkan apa yang dinyatakan secara spesifik,kesemua Terma dan Syarat yang merangkumi kesemua akaun yang layak didalam Kempen ini akan terus menjadi sah dan diterima pakai.

16. Dengan mengambil bahagian didalam Kempen ini ,pelanggan bersetuju bahawa Bank Islam tidak bertanggungjawab keatas apa jua kerugian,kos ,ganti rugi walau macam mana berlaku berkaitan atau berikutan dari Kempen ini.

17. Pemenang di dalam Kempen ini akan dimaklumkan melalui surat dan/ atau menerusi panggilan telefon. Selain daripada kaedah pengumuman yang dinyatakan di atas, pemenang di dalam Kempen ini akan dimaklumkan melalui laman web Bank Islam www.bankislam.com.my dan / atau akhbar-akhbar utama terpilih.

18. Bank Islam mempunyai hak mutlak untuk menambah, menggugurkan, membetulkan atau meminda mana-mana atau kesemua Terma dan Syarat Kempen ini pada bila-bila masa. Sekiranya terdapat sebarang perubahan Terma dan Syarat Kempen ini, notis perubahan tersebut akan dipamerkan di premis-premis Bank Islam atau menerusi mana-mana jenis komunikasi lain yang Bank Islam anggap sesuai.

19. Terma dan Syarat serta Kempen ini adalah tertakluk kepada Undang-Undang Malaysia.

 

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7 dan ke atas. © Bank Islam Malaysia Berhad (98127- X). Hakcipta Terpelihara.