Peta Laman |
 
  Perbankan Peribadi
  Perbankan Perniagaan
  Info Korporat
English   |   Bahasa Malaysia  
 
  Berikutnya  




Peniaga di Pasar Tempatan Menjadi Perintis kepada Penerimaan Pembayaran Elektronik Mudah Alih

 

Pasar Siti Khadijah di Kelantan pasar tradisional pertama untuk menerima pembayaran elektronik melalui mPOS

KOTA BHARU,  Selasa [25 Jun 2013] –Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) dan ManagePay Systems Berhad akan melancarkan satu inisiatif terminal pembayaran titik jualan mudah alih (mPOS) yang akan diluluskan untuk digunakan dengan kad-kad pembayaran Visa, memberikan syarikat-syarikat perniagaan kecil di Malaysia satu kaedah yang selamat untuk menerima pembayaran elektronik.

Inisiatif ini telah diumumkan di Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu, Kelantan, menjadikan pasar tersebut sebagai pasar basah tradisional yang pertama di Malaysia untuk memulakan program perintis ini. Pelancaran ini juga menandakan pengembangan rangkaian pembayaran elektronik secara geografi melangkaui bandaraya-bandaraya utama di Malaysia.

Stuart Tomlinson, Pengurus Negara bagi Visa Malaysia berkata: “Di Malaysia, syarikat industri kecil dan sederhana adalah sebahagian penting ekonomi, merangkumi 97.3% dari keseluruhan komuniti perniagaan[1]. Program ini bertujuan untuk membolehkan pemilik perniagaan-perniagaan kecil untuk memanfaatkan faedah dari urus niaga elektronik secara mobil untuk memperkembangkan perniagaan mereka. Visa berbangga dapat melancarkan program ini bersama-sama dengan Bank Islam dan ManagePay di  Pasar Siti Khadijah yang ikonik, yang merupakan simbol bagi semangat keusahawanan berdaya maju rakyat Kelantan.”  

Y.Bhg. Dato’ Sri Zukri Samat, Pengarah Urusan Bank Islam berkata: “Bagi kami, satu-satunya jalan utama ke arah mencapai kemajuan ialah melalui inovasi, dan sebagai institusi perbankan Islam moden yang utama, Bank Islam mengalu-alukan pelaksanaan fasiliti pembayaran perintis seumpama sistem mPOS ini. Dengan menggunakan teknologi terkini, Bank Islam berkemampuan menyediakan pelbagai fasiliti inovatif yang dapat memenuhi permintaan pelanggan kami serta turut menyumbang kepada pertumbuhan industri kewangan berlandaskan Shariah.”

Visa, Bank Islam dan ManagePay akan bersama memperkenalkan peranti penerimaan pembayaran (mPOS) untuk mempercepatkan kadar penerimaan pembayaran elektronik  dikalangan peniaga-peniaga kecil. ManagePay akan mengeluarkan peranti mPOS, yang dikenali sebagai MPAY ECPOS, yang merupakan pembaca kad pembayaran bersaiz kecil yang boleh diselitkan kedalam sebuah telefon pintar. Sebaik sahaja ianya dikonfigurasikan, peranti mPOS ini membenarkan peniaga untuk menerima pembayaran elektronik.

Tomlinson menambah: “Program ini akan membantu lebih banyak pemilik perniagaan-perniagaan kecil serta pemegang-pemegang kad untuk memanfaatkan faedah pembayaran elektronik di negeri Kelantan. Kami melihatnya sebagai satu era baru, bukan sahaja untuk pasar ini tetapi untuk Malaysia keseluruhannya.

Pertumbuhan dalam penggunaan produk-produk pembayaran elektronik, seperti kad-kad kredit dan debit, telah menambah US$ 4.2 billion (RM13.45 billion) kepada jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia, menurut satu kajiselidik[1] yang dijalankan untuk Visa oleh Moody’s Analytics, satu penyedia peramalan ekonomi bebas yang terkemuka.

“Dengan pertumbuhan dalam penggunaan kad menyumbang sebanyak 0.49 peratus, atau US$4.2 billion (RM13.45 billion) kepada KDNK Malaysia, faedah pembayaran elektronik tidak boleh dinafikan lagi, seperti mana pentingnya mengekalkan satu pasaran terbuka bagi menggalakkan persaingan dan inovasi dalam industri”.

Tomlinson menambah, “Kami gembira dapat menyediakan aplikasi penyelesaian yang dapat mengatasi kekurangan-kekurangan kaedah pembayaran tradisional, dan meningkatkan penerimaan dan penggunaan pembayaran elektronik, sekaligus menyokong matlamat Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan Malaysia untuk mengurangkan pergantungan kepada wang tunai.”


 
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7 dan ke atas.
© Bank Islam Malaysia Berhad (98127- X). All rights reserved.