Peta Laman |
 
  Perbankan Peribadi
  Perbankan Perniagaan
  Info Korporat
English   |   Bahasa Malaysia  
 
  Berikutnya  




Cawangan Bank Islam Jalan Raja Laut Berpindah Ke Premis Baharu Dan Lebih Besar

 

KUALA LUMPUR, Isnin, [18 Julai, 2011]: Selaras dengan matlamat untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dan memberi tumpuan kepada keselesaan dan kemudahan pelanggan, Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) pada hari Isnin, 18 Julai 2011 akan menempatkan semula cawangan Jalan Raja Laut dari premis asalnya di Menara Tradewinds ke premis yang baharu dan lebih besar di Menara Bank Islam.

Pengarah Urusan Bank Islam, Y. Bhg. Dato’ Sri Zukri Samat berkata bahawa penempatan semula cawangan itu ke premis yang lebih besar adalah bukti kepada kemajuan Bank Islam serta komitmen untuk meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggannya di sekitar Kuala Lumpur.

Lokasi baharu cawangan tersebut adalah di No.22, Jalan Perak, 50450, Kuala Lumpur.

"Pengembangan rangkaian dan peningkatan kehadiran kami adalah untuk memudahkan para pelanggan yang sedia ada dan yang baharu mendapatkan produk dan perkhidmatan yang berasaskan Syariah yang kami sediakan. Ia akhirnya akan menyumbang ke arah matlamat Kerajaan untuk mempromosikan Malaysia sebagai pusat kewangan Islam," katanya.

Cawangan baharu yang terletak di Menara Bank Islam, Jalan Perak akan terus menawarkan rangkaian penuh produk dan perkhidmatan berasaskan Syariah termasuk perbankan runcit, perbankan korporat, perbankan komersil, pembiayaan perdagangan, bon dan jaminan serta kiriman wang. Selain itu, cawangan baharu itu akan menampilkan ciri-ciri kemudahan yang moden dan ‘state-of-the-art’, direka untuk memberi akses cepat dan mudah kepada pelanggan bank.

Lokasinya yang terletak di daerah "Segitiga Emas” Kuala Lumpur, menjadikannya salah satu daripada cawangan Bank Islam yang paling strategik untuk memenuhi keperluan perniagaan yang kian meningkat dan sofistikated di tengah-tengah pusat perniagaan dan komersil.

Pelanggan yang pernah melakukan urus niaga mereka di cawangan Jalan Raja Laut boleh memilih untuk berurus niaga di dua buah cawangan berdekatan yang lain yang terletak di sekitar Jalan Raja Laut iaitu cawangan Medan Mara dan cawangan Bandar Wawasan.

Cawangan baharu Menara Bank Islam ini akan diketuai oleh Puan Roslina Bujang. Waktu untuk berurus niaga akan bermula dari jam 9:30 pagi hingga 4:30 petang, Isnin hingga Jumaat. Para pelanggan boleh mengakses Terminal Layan Diri 24-jam, yang terletak di kawasan lobi selepas waktu perbankan. Cawangan ditutup pada hari cuti umum.


 
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7 dan ke atas.
© Bank Islam Malaysia Berhad (98127- X). All rights reserved.