Peta Laman |
 
  Perbankan Peribadi
  Perbankan Perniagaan
  Info Korporat
English   |   Bahasa Malaysia  
 
  Berikutnya  




Bank Islam Lancar Kad Debit-i Visa

 

Menawarkan kemudahan pembayaran tanpa tunai dan menggalakkan perbelanjaan tanpa hutang

KUALA LUMPUR, Isnin, [21 Februari 2010] : Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) hari ini melancarkan "Kad Debit-i Visa Bank Islam", kad pelbagai guna, yang menggabungkan ciri-ciri Mesin Juruwang Automatik (ATM) dan kad Visa. Setiap individu yang berusia 15 tahun ke atas yang mempunyai akaun semasa dan/atau akaun simpanan (CASA) dengan Bank Islam dan berkeupayaan penuh untuk menguruskan akaun mereka, layak memohon kad tersebut.

Pengurus Besar, Perbankan Pengguna Bank Islam, Encik Khairul Kamarudin berkata: "Melalui Kad Debit-i ini, pelanggan Bank Islam dapat menikmati kemudahan transaksi tanpa tunai atau sebarang kesulitan di mana sahaja Kad Debit-i ini diterima. Jumlah saudagar yang terlibat dianggarkan melebihi 24 juta di seluruh dunia. Ahli Kad juga bakal menikmati rebat tunai sebanyak 0.5% bagi belian runcit yang dilakukan dengan menggunakan Kad Debit-i Visa Bank Islam. Rakyat Malaysia kini boleh mengakses deposit mereka dengan lebih baik di mana generasi muda dapat menikmati manfaat kad pembayaran yang berfungsi seperti kad kredit dan kad ATM. Kad Debit-i ini membolehkan Ahli Kad mengeluarkan wang tunai di semua mesin ATM MEPS di Malaysia. Bagi pengeluaran wang tunai di luar negara, Ahli Kad boleh melakukannya di mesin ATM yang memaparkan logo VISA Plus".

"Pelancaran Kad Debit-i ini yang mana pembayaran ditolak secara automatik daripada CASA Ahli Kad, akan menambahbaik portfolio khidmat pembayaran yang kami tawarkan kepada para pelanggan kami," tambahnya.

Kad Debit-i Visa Bank Islam ini membolehkan Ahli Kad melaksanakan transaksi seperti pembayaran bil, makan di restoran, sumbangan amal, berbelanja secara online, pembelian petrol, transaksi Tabung Haji atau tempahan tiket dengan menggunakan dana mereka sendiri dan bukan secara kredit.

"Kad Debit-i ini menawarkan pelbagai faedah kerana tidak mengenakan syarat pada pendapatan individu dan tiada sebarang caj pembayaran lewat," tambah Encik Khairul Kamarudin.

Selepas setiap transaksi, jumlah yang dipotong secara automatik daripada akaun Ahli Kad akan tertera dalam penyata akaun mereka dengan segera tanpa caj keuntungan untuk membolehkan pengurusan akaun yang lebih efektif oleh Ahli Kad.

Menurut Encik Khairul Kamarudin, dengan memperkenalkan Kad Debit-i, Bank Islam sememangnya menyokong inisiatif Kerajaan untuk mempromosikan transaksi tanpa tunai melalui penggunaan Kad Debit-i sebagai jaminan keselamatan dan kemudahan Ahli Kad. "Kami yakin akan ada peningkatan yang ketara dalam jumlah transaksi tanpa tunai oleh Ahli Kad kami dengan pelancaran Kad Debit-i Visa Bank Islam ini".

Dengan pelancaran Kad Debit-i, Bank Islam menyasarkan untuk menjadi pengeluar kad debit berlandaskan Syariah nombor satu di negara ini.


 


 
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7 dan ke atas.
© Bank Islam Malaysia Berhad (98127- X). All rights reserved.