Peta Laman |
 
  Perbankan Peribadi
  Perbankan Perniagaan
  Info Korporat
English   |   Bahasa Malaysia  
 
  Berikutnya  




Bank Islam Kini di UiTM Shah Alam

 

Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) membuka cawangan terbarunya di kampus induk Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam yang disasarkan kepada pelajar dan pensyarah di universiti berkenaan.

Pengarah Urusannya, Dato' Zukri Samat berkata, cawangan itu terletak di Bangunan Prima Siswa iaitu kawasan tumpuan warga kampus dan orang awam.


Katanya, keputusan membuka cawangan di universiti itu berdasarkan permintaan daripada pelanggan.


“Ia diharap membantu syarikat menyebarkan konsep perbankan Islam kepada masyarakat di negara ini khususnya kepada golongan muda untuk menggunakan sistem ini dalam urusan kewangan,” katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.


Katanya, Bank Islam akan membuka sebuah lagi cawangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail di Johor Bahru pada 23 Mei ini.

 


 


 
Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7 dan ke atas.
© Bank Islam Malaysia Berhad (98127- X). All rights reserved.