1. Membuka Akaun
1.1 Saya/kami dikehendaki membuat permohonan untuk membuka Akaun Simpanan-i atau/dan
Akaun Pelaburan-i Al-Awfar itu sendiri dan saya/ kami akan terikat dengan Terma
dan Syarat yang Mengawal Operasi Akaun Simpanan dan Pelaburan-i Al-Awfar yang
berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
1.2. Saya/kami
dikehendaki menurunkan contoh tandatangan saya/ kami atau cap ibu jari kanan,
alamat terkini dan butiran peribadi lain kepada Bank.
2. Transaksi Simpanan
2.1 Akaun Simpanan-i Al-Awfar Simpanan permulaan minimum sebanyak RM100
diperlukan untuk membuka akaun. Amaun minimum yang perlu disimpan pada bila-bila
masa ialah RM1. Saya/Kami perlu mengekalkan baki minimum sebanyak RM100 di dalam
akaun pada setiap masa.
2.2. Akaun
Pelaburan-i Al-Awfar Simpanan permulaan minimum sebanyak RM1,000 diperlukan bagi
tempoh 1 bulan. Bagi pelaburan bertempoh 3 bulan dan lebih, simpanan permulaan
minimum ialah RM500. Simpanan minimum sebanyak RM1,000 perlu dikekalkan pada
setiap masa dalam tempoh 1 bulan dan RM500 untuk tempoh 3 bulan dan lebih.
3. Transaksi Pengeluaran
3.1 Akaun Simpanan-i Al-Awfar Pengeluaran perlu dibuat di Mesin Teler Automatik
(ATM). Sebagai alternatif, saya/kami perlu menyerahkan slip pengeluaran yang
telah lengkap dan menandatanganinya untuk membuat sebarang pengeluaran melalui
kaunter. Jika baki di dalam akaun saya/kami berjumlah RM100, saya/kami tidak
boleh mengeluarkan sejumlah wang yang lebih kecil daripada RM100 melainkan akaun
itu hendak ditutup.
3.2. Akaun
Pelaburan-i Al-Awfar Terma pengeluaran dinyatakan di sebelah belakang Sijil
Akaun Pelaburan-i. Pengeluaran pramatang Jika berlaku pengeluaran pramatang
sebelum cukup tempoh 1 bulan, saya/ kami tidak akan layak memperoleh pulangan (jika
ada).
3.3. Bank
tidak akan bertanggungjawab atas sebarang entri ke dalam akaun tanpa kebenaran .
Oleh itu, saya/kami akan memeriksa dengan teliti setiap entri ke dalam akaun dan
memaklumkan kepada Bank jika terdapat sebarang entri tanpa kebenaran sebelum
meninggalkan premis Bank.
4. Penyata Baki Akaun - Akaun Simpanan
4.1 Penyata baki akaun tanpa buku dikeluarkan setiap 3 bulan kepada pelanggan
dan dihantar melalui pos. Penyata yang dipohon melalui cawangan dan melalui
mesin pencetak penyata adalah tertakluk kepada caj : RM5.00 setiap mukasurat (melalui
cawangan) dan RM1.00 bagi setiap permohonan (mesin pencetak penyata)
4.2 Penyata baki akaun simpanan akan dikeluarkan kepada pelanggan berdasarkan :-
i. Transaksi akaun simpanan pelanggan hendaklah bersamaan atau melebihi daripada
30 urus niaga dalam tempoh 3 bulan penyata akaun (tidak termasuk transaksi
pembayaran keuntungan oleh Bank )
ii. Akaun simpanan yang mempunyai baki minimum sebanyak RM500 pada akhir tempoh
penyata.
iii. Untuk akaun dengan baki purata lebih daripada RM10,000 pada akhir tempoh
penyata, penyata baki akaun akan dijana secara automatik tanpa mengira kekerapan
urus niaga.
4.3 Bank tidak menghantar penyata akaun sekiranya akaun adalah dorman atau tidak
aktif bagi tempoh yang ditetapkan oleh Bank. Bank juga boleh berhenti menghantar
penyata akaun sekiranya penyata tersebut tidak dituntut atau tidak dapat
dihantar atas sebarang sebab .
5. Pemberian Kuasa
Semua pendepositan cek, cek jurubank, draf bank, Sijil Hutang Boleh Niaga Islam,
kiriman wang, kiriman pos, waran dan instrumen lain yang tak laku perlu
dikembalikan secara hantar tangan atau menerusi pos berdaftar kepada saya/kami
di alamat terakhir di dalam rekod Bank dengan risiko dan kos di bawah tanggungan
saya/kami
6. Akaun Dorman dan Wang Tak Dituntut
6.1 Akaun Simpanan-i Al-Awfar Saya/ Kami dikehendaki melakukan transaksi
sekurang-kurangnya sekali setahun. Bank akan menganggap akaun saya/kami sebagai
dorman jika akaun itu tidak aktif dalam tempoh satu tahun dari tarikh transaksi
terakhir. Jika akaun itu tidak aktif selama 7 tahun, baki daripada akaun
tersebut boleh dianggap sebagai Wang Tak Dituntut dan patut dipindahkan ke
Pendaftar Wang Tak Dituntut selepas tempoh berkenaan. Ini termaktub di bawah
Akta Wang Tak Dituntut 1965.
6.2 Akaun
Pelaburan-i Al-Awfar Akaun Pelaburan yang tidak digunakan selama 7 tahun akan
dipindahkan ke Pendaftar Wang Tak Dituntut di bawah Akta Wang Tak Dituntut (UMA)
1965.
6.3 Caj
perkhidmatan tahunan sebanyak RM10 akan dikenakan dan diambil daripada Akaun
Simpanan selagi ianya kekal dorman. Caj perkhidmatan akan dikenakan sehingga
baki akhir dihantar ke Pendaftar Wang Tidak Dituntut.
6.4 Sekiranya baki kredit di dalam akaun simpanan kurang daripada RM10, baki
kredit tersebut akan ditolak sebagai bayaran caj perkhidmatan tahunan dan akaun
simpanan tersebut akan ditutup.
7. Pengisytiharan Pemegang Akaun Bersama
Kami dengan ini mengesahkan dan bersetuju SALAH SEORANG/KESEMUA kami perlu
menggunakan akaun tersebut dari semasa ke semasa. SALAH SEORANG/KESEMUA
tandatangan pada sebarang resit pengakuan atau pada sebarang bentuk dokumen lain
yang diberikan kepada Bank adalah sah dan efektif sebagai lepas tanggungan
kepada Bank bagi semua dana dan perkara-perkara yang berkaitan dengan Akaun
Simpanan-i Al-Awfar kami. Sekiranya berlaku kematian salah seorang daripada kami,
Bank diberi kuasa untuk membayar sebarang baki kredit yang tinggal dalam Akaun
Bersama ini kepada individu yang masih hidup sebagai pemegang amanah kepada
benefisiari yang telah meninggal dunia itu.
8. Pembekuan dan Penutupan Akaun
8.1. Sekiranya berlaku kematian, hilang akal atau muflis dan sebaik sahaja
menerima notis sebenar, Bank akan dengan segera membekukan akaun itu.
8.2. Bank
berhak menutup akaun pelanggan jika sekiranya jumlah Lebihan Penggunaan tidak
dibayar lebih dari jangka masa yang ditetapkan oleh pihak Bank dari semasa ke
semasa.
8.3 Sekiranya,
pihak Bank mengesyakki akaun pelanggan di gunakan untuk atau terlibat dalam
aktiviti penipuan, pihak Bank akan memberi notis bertulis kepada pelanggan untuk
penerangan atau pengesahan transaksi tersebut. Sekiranya pelanggan gagal member
penjelasan memuaskan Bank, pihak Bank berhak untuk menutup atau membekukan atau
bebaliknya mengendalikan akaun pelanggan tersebut sebagaimana diperlukan oleh
Bank.
9. Untung dan Rugi
9.1 Keuntungan yang dijana oleh perniagaan dikongsi bersama mengikut terma dalam
kontrak dan kerugian (jika ada) akan ditanggung hanya oleh pendeposit dan Bank
tidak akan bertanggungjawab menanggung sebarang kerugian kecuali atas salah laku
dan salah urus oleh Bank.
9.2 Sekiranya
keuntungan sebenar yang diisytiharkan adalah lebih tinggi daripada yang dijangka,
pelanggan hendaklah mengetepikan haknya untuk menuntut perbezaan keuntungan dari
Bank (tanazul). Bank berhak ke atas lebihan keuntungan tersebut. Sekiranya
keuntungan sebenar yang diisytiharkan lebih rendah daripada yang dijangka, Bank
tidak boleh menuntut perbezaan keuntungan tersebut daripada pelanggan.
10. Cabutan Hadiah
Cabutan hadiah akan diadakan setiap bulan. Walau bagaimanapun, Bank mempunyai
budi bicara untuk mengkaji semula kekerapan cabutan hadiah itu.
11. Kelayakan Cabutan Hadiah
11.1 Hanya akaun yang aktif berhak memasuki cabutan. Jika pemegang akaun
meninggal dunia, akaun itu masih berhak memasuki cabutan dalam tempoh 12 bulan
dari tarikh kematian.
11.2 Setiap
RM100 pelaburan berhak mendapat 1 kelayakan cabutan.
11.3. Setiap
simpanan hendaklah kekal untuk tempoh tidak kurang daripada 30 hari dari tarikh
tamat cabutan hadiah bagi membolehkan pelanggan layak memasuki cabutan hadiah.
12. Tuntutan Hadiah Wang Tunai oleh Benefisiari daripada Akaun Si Mati
Tuntutan Hadiah Wang Tunai hanya boleh dibuat oleh benefisiari jika hadiah
diterima dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian. Sebarang hadiah yang
diterima selepas 12 bulan dari tarikh kematian, hadiah itu akan dimansuhkan dan
akaun akan didebitkan jika hadiah telah dikreditkan ke dalam akaun Si Mati.
Benefisiari hanya layak menuntut baki terkumpul dalam akaun itu.
13. Saya/ Kami dengan ini mengesahkan dan mengisytiharkan bahawa saya/ kami
bukan:-
a. Kakitangan tetap dan / atau kakitangan kontrak Bank Islam;
b. Keluarga
yang hampir dengan kakitangan tetap dan/atau kakitangan kontrak Bank Islam; atau
c. Wakil dan/atau
ejen (termasuk ejen pengiklanan dan promosi) Bank Islam.
14. Pemberitahuan Pemenang
Pemenang hadiah utama akan diberitahu melalui surat dan/ atau menerusi panggilan
telefon. Selain daripada kaedah pengumuman yang dinyatakan di atas, pemenang (termasuk
Hadiah Utama) akan dimaklumkan melalui laman-web Bank Islam www.bankislam.com.my
dan/ atau akhbar-akbar utama terpilih.
15. Keputusan Pemenang
Keputusan pemenang adalah muktamad. Sebarang rayuan dan surat menyurat tidak
akan dilayani.
16. Pengiklanan dan Promosi
Bank Islam mempunyai hak untuk menggunakan nama dan gambar pemenang dan maklumat
lain bagi tujuan pengiklanan dan promosi..
17. Hadiah
Hadiah wang tunai akan dikreditkan ke dalam Akaun Simpanan-i Al-Awfar dalam
tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pengumuman pemenang. Bagi Akaun Pelaburan-i
Al-Awfar (pelanggan yang tidak mempunyai Akaun Simpanan-i Al-Awfar), Bank akan
membuka Akaun Simpanan-i Al-Awfar untuk tujuan pengkreditan hadiah wang tunai.
18. Pembayaran Zakat
Bank akan membayar zakat perniagaan atas jumlah nisab yang wajib dikenakan zakat,
termasuk simpanan pelanggan yang telah menjadi modal untuk aktiviti perniagaan
Bank. Oleh itu, pelanggan tidak perlu lagi membayar Zakat atas simpanan/
pelaburan mereka.
19. Perubahan terhadap Terma dan Syarat
Bank mempunyai hak untuk menambah, menggugurkan, membetulkan atau mengubah
sebarang atau kesemua Terma dan Syarat pada bila-bila masa. Perubahan-perubahan
itu akan berkuat kuasa apabila notis dipamerkan di premis-premis Bank atau
dimaklumkan menerusi mana-mana jenis komunikasi lain yang Bank anggap sesuai.
20. Pertukaran Alamat
Jika terdapat sebarang perubahan alamat saya/ kami, saya/ kami akan memberitahu
Bank dengan segera. Ini penting bagi memastikan bahawa semua bentuk komunikasi
sampai kepada saya/kami tepat pada masanya.