Home

Peta Laman |
 
  Perbankan Peribadi
  Perbankan Perniagaan
  Info Korporat
English   |   Bahasa Malaysia  
 




 



Jelajah Dengan Kereta Idaman Anda

 


 

Terma dan Syarat -  Jelajah Dengan Kereta Idaman Anda

  1. Penganjur
    Visa Jelajah Dengan Kereta Idaman Anda ("Peraduan") dianjurkan bersama oleh Visa Worldwide Pte. Limited ("Visa") dan PETRONAS Dagangan Berhad "PDB".

     
  2. Kelayakan
  1. Peraduan ini terbuka kepada pemegang Kad Kredit-i/Debit-i Visa Bank Islam yang sah dan sedia ada, dengan kewarganegaraan Malaysia berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas tertakluk kepada Terma dan Syarat yang terkandung di sini ("Peserta").
  2. Golongan individu berikut adalah tidak layak untuk menyertai Peraduan ini:
  • Pekerja Tetap / Kontrak Visa dan ahli keluarga terdekat mereka (bapa, ibu, isteri dan anak-anak);
  • Pekerja Tetap / Kontrak Kumpulan Petroliam Nasional Berhad ("PETRONAS"), dan ahli keluarga terdekat mereka (bapa, ibu, isteri dan anak-anak);
  • Peniaga stesen PETRONAS; dan
  • Kakitangan media, agensi pengiklanan dan promosi bagi Peraduan ini untuk kedua-dua Visa dan PETRONAS.
  1. Tempoh Peraduan
    Peraduan ini akan berlangsung dari 15 Jun 2013 hingga 14 September 2013 (92 hari), kedua-dua hari adalah termasuk ("Tempoh Peraduan").
     
  2. Mekanik Peraduan Tahap 1 untuk Memenangi Hadiah Harian
  1. Untuk layak memasuki Peraduan Tahap 1, peserta perlu membuat pembelian minima sebanyak RM50 dalam satu resit menggunakan Kad Kredit-i/Debit-i Visa Bank Islam di mana-mana Stesen PETRONAS (tidak termasuk tambah nilai Touch & Go, rokok, tiket bas Transnasional dan perkhidmatan E-pay).

  2. Bagi setiap RM50 yang dibelanjakan dalam satu resit menggunakan Kad Kredit-i/Debit-i
    Visa Bank Islam, Peserta layak untuk satu (1) penyertaan. Sebagai contoh, pembelian RM100 akan melayakkan Peserta kepada dua (2) penyertaan.

  3. Bagi ahli kad Mesra PETRONAS, bagi setiap RM50 yang dibelanjakan dalam satu resit menggunakan Kad Kredit-i/Debit-i Visa Bank Islam dan kad Mesra PETRONAS, Peserta berhak untuk dua (2) penyertaan. Bagi contoh, pembelian RM100 akan melayakkan Peserta untuk empat (4) penyertaan.

  1.  Mekanik Peraduan Tahap 2 untuk Memenangi Hadiah Utama
  1. Untuk layak memasuki Peraduan Tahap 2, Peserta perlu membuat perbelanjaan jumlah kumulatif sebanyak RM500 sepanjang Tempoh Peraduan menggunakan Kad Kredit-i/Debit-i Visa Bank Islam di mana-mana Stesen PETRONAS (tidak termasuk tambah nilai Touch & Go, rokok, tiket bas Transnasional dan perkhidmatan E-pay).

  2. Bagi setiap jumlah RM500 dibelanjakan menggunakan Kad Kredit-i/Debit-i Visa Bank Islam, Peserta berhak untuk satu (1) penyertaan. Sebagai contoh, pembelian RM1,000 akan melayakkan Peserta untuk dua (2) penyertaan.

  3. Bagi ahli Kad Mesra PETRONAS, bagi setiap jumlah RM500 dibelanjakan menggunakan Kad Kredit-i/Debit-i Visa Bank Islam dan Kad Mesra PETRONAS, Peserta berhak untuk dua (2) penyertaan. Bagi contoh, pembelian RM1, 000.00 akan melayakkan Peserta untuk empat (4) penyertaan.

  1. Hadiah Peraduan
    Hadiah Peraduan adalah seperti berikut:
Hadiah Harian (Tahap 1)

 
23 x Samsung Galaxy S4
23 x Beg Tangan jenama Coach
23 x Mini iPad
23 x PETRONAS Gift Card bernilai RM1,000
Hadiah Utama (Tahap 2) 1 x Lexus IS 250
(Tidak termasuk aksesori, cukai jalan, pendaftaran kereta, perlindungan insurans dan perbelanjaan sampingan lain.)
  1. Lain-lain
  1. Pengumuman pemenang akan dibuat pada akhir Tempoh Peraduan.

  2. Calon pemenang akan dipilih melalui sistem pemilihan elektronik yang telah ditetapkan. Tiada borang penyertaan diperlukan. Keputusan Penganjur 'ke atas semua perkara yang berhubungan dengan pemilihan Hadiah, pemenang dan Peraduan adalah muktamad dan termaktub. Tiada pertanyaan mengenai pemilihan pemenang akan dilayan.

  3. Calon pemenang akan dihubungi melalui telefon dan dikehendaki untuk menjawab soalan yang telah ditentukan berkaitan dengan Visa atau PETRONAS. Jika calon pemenang gagal menjawab soalan dengan betul, Penganjur akan menghubungi calon pemenang seterusnya.

  4. Sekiranya Penganjur tidak dapat menghubungi calon pemenang kerana apa-apa jua sebab seperti panggilan berada di luar liputan, tidak berjawab atau di luar perkhidmatan, Penganjur boleh pada budi bicaranya membuat percubaan kedua untuk menghubungi calon pemenang. Jika percubaan kedua tidak berjaya, Penganjur dengan ini mempunyai hak untuk memilih calon pemenang seterusnya di mana proses yang sama untuk memilih pemenang akan diulang sehingga calon pemenang baru dikenal pasti, seperti yang ditetapkan dalam Fasal 7.2 dan 7.3.

  5. Juruaudit Luar akan dilantik oleh Penganjur untuk tujuan pemilihan dan penentuan pemenang.

  6. Pemenang akan terikat dengan terma dan syarat yang ditentukan oleh pihak Penganjur mengikut budi bicara mutlaknya.

  7. Nama pemenang akan disiarkan di www.mymesra.com.my.

  8. Penganjur berhak pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu, untuk menggantikan Hadiah Peraduan dengan barangan lain yang sama nilai atau lebih tinggi.

  9. Hadiah Peraduan tidak boleh ditukar dengan wang tunai atau perkara dan pakej lain.

  10. Hadiah Peraduan mesti dituntut dalam tempoh masa yang ditetapkan yang dinyatakan dalam pengumuman pemenang. Pemenang dikehendaki untuk melengkapkan borang perakuan yang dipanggil Perjanjian Pemenang. Sekiranya sesuatu Hadiah Peraduan tidak dituntut dalam tempoh masa yang ditetapkan, Hadiah Peraduan akan dibatalkan tanpa sebarang notis dan Penganjur tidak akan membayar pampasan atau bertanggungjawab atas kegagalan pemenang untuk menuntut Hadiah Peraduan. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

  11. Hadiah Peraduan tidak boleh dipindah milik.

  12. Dengan menyertai Peraduan ini, Peserta dengan sepenuhnya dan tanpa syarat bersetuju menerima semua Terma dan Syarat yang terkandung di sini dan bersetuju bahawa keputusan Penganjur mengenai Peraduan dan segala perkara yang berhubung atau berkaitan dengannya adalah muktamad dan termaktub dan tiada pertanyaan, atau rayuan surat-menyurat akan dilayan.

  13. Ketidakpatuhan oleh Peserta dan / atau pemenang dengan mana-mana Terma dan Syarat
    yang terkandung di sini akan memberi hak kepada Penganjur untuk membatalkan sebarang penyertaan dan / atau membatalkan sebarang Peraduan Hadiah yang diberikan.

  14. Penganjur berhak untuk membatalkan, memendekkan, melanjutkan, menggantung atau menamatkan Peraduan pada bila-bila masa sebelum tamat Tempoh Peraduan tanpa memberikan notis awal terlebih dahulu. Penganjur juga berhak untuk meminda, mengubahsuai, membatal atau menukar mana-mana Terma dan Syarat yang terkandung di sini pada bila-bila masa mengikut budi bicara mutlaknya tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pembatalan, pelanjutan, penggantungan atau penamatan Peraduan oleh Peserta pada bila-bila masa sebelum tamat Tempoh Peraduan tidak melayakkan Peserta untuk menuntut apa-apa pampasan daripada Penganjur untuk sebarang dan semua kerugian atau kerosakan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta akibat daripada pembatalan, pelanjutan, penggantungan atau penamatan itu tadi.

  15. Penganjur berhak untuk menggunakan nama, alamat, gambar-gambar, maklumat dan dokumen Peserta dan / atau pemenang dalam iklan dan lain-lain bentuk publisiti untuk tujuan pemasaran semasa dan masa hadapan dari masa ke semasa. Penyertaan Peserta dan / atau pemenang dalam Peraduan ini secara langsung telah memberi kebenaran, tanpa notis selanjutnya, bayaran atau pertimbangan.

  16. Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tuntutan kerugian atau kerosakan kepada harta benda atau sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa oleh Peserta, pemenang dan / atau mana-mana pihak akibat daripada atau yang timbul daripada atau berkaitan dengan Peraduan atau Hadiah yang diberikan di bawah Peraduan ini.

  17. Terma dan Syarat yang terkandung di sini akan mengatasi mana-mana peruntukan atau representasi yang terkandung dalam mana-mana risalah atau bahan promosi lain yang diiklankan di bawah Peraduan ini.

  18. Penganjur adalah pihak muktamad untuk membuat keputusan mengenai tafsiran Terma dan Syarat ini dan mengenai apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan Peraduan ini.

  19. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Mesralink di 1300 22 8888 atau layari laman web di www.mymesra.com.my.

 

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7 dan ke atas. © Bank Islam Malaysia Berhad (98127- X). Hakcipta Terpelihara.