Home

Peta Laman |
 
  Perbankan Peribadi
  Perbankan Perniagaan
  Info Korporat
English   |   Bahasa Malaysia  
 




 



Pembiayaan Kenderaan-i

 

 

Pembiayaan Kenderaan-i adalah berlandaskan Murabahah (Murabahah to the Purchase Orderer “MPO” ) bagi mengurangkan beban anda apabila memiliki kereta impian.
 

CIRI-CIRI

Margin Pembiayaan

  • Sehingga 90% bagi model kereta nasional dan bukan kereta nasional.

Tempoh Pembayaran

  • Sehingga 9 tahun

Kadar Pembiayaan

  • Tetap dan kompetitif

Deposit Jaminan

  • Dikecualikan

Kelayakan

  • Warganegara/bukan warganegara
  • 18 tahun dan ke atas

Dokumen yang diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan
  • Slip gaji terkini selama tiga bulan.
  • Surat pengesahan jawatan
  • Borang B/EA
  • Penyata KWSP terkini
  • Lesen memandu
     

Manfaat

  • Harga jualan diketahui dan mudah merancang masa depan.
  • Peluang mendapatkan pulangan kira-kira 25% setahun* atas Takaful motor
  • Tiada caj lain/caj tambahan
  • Kelulusan cepat

 

Ta’widh (Gantirugi)

  • Pelanggan dengan ini bersetuju untuk membayar kepada Bank caj lewat bayar dengan cara ta’widh (gantirugi) seperti berikut:
    1. Sebelum tarikh matang Kemudahan:
      Suatu jumlah yang bersamaan dengan satu peratus (1%) setahun dikira ke atas tunggakan ansuran sehingga tarikh penyelesaian penuh;
    2. Selepas tarikh matang Kemudahan:
      Suatu jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam dikira ke atas baki Kemudahan iaitu baki Harga Jualan setelah ditolak ibra’ (jika ada);
    3. Hutang Selepas Penghakiman:
      Suatu jumlah yang bersamaan dengan kadar semasa semalaman harian Pasaran Wang Antara Bank Secara Islam ke atas jumlah asas penghakiman dikira dari tarikh penghakiman sehingga tarikh penyelesaian penuh.

    DENGAN SYARAT kadar ta’widh (gantirugi) boleh diubah dari semasa ke semasa oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan akan dikenakan sebagaimana yang diluluskan oleh BNM.

 

*Tertakluk pada terma dan syarat.

 

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7 dan ke atas. © Bank Islam Malaysia Berhad (98127- X). Hakcipta Terpelihara.