Home

Peta Laman |
 
  Perbankan Peribadi
  Perbankan Perniagaan
  Info Korporat
English   |   Bahasa Malaysia  
 




Pembiayaan Modal Kerja Dagangan-i

 


Ini adalah kemudahan pembiayaan di bawah kontrak Murabahah dan Bai’ Dayn bagi membiayai perdagangan domestik dan antarabangsa bersandarkan Surat Kredit atau Pungutan Bil-bil Masuk atau secara Akaun Terbuka. Ia membolehkan anda melunaskan bayaran dengan lebih mudah dan membantu pengurusan aliran tunai. Ia memberikan sehingga 100% pembiayaan ke atas nilai invois dan memastikan harga jualan tidak akan terjejas berikutan turun naik Kadar Pembiayaan Asas. Kami menyediakan kemudahan untuk kedua-dua belian dan jualan.

Pembiayaan Modal Kerja Dagangan-i (Surat Kredit)
Kemudahan pembiayaan untuk membiayai perdagangan domestik atau antarabangsa bersandarkan Surat Kredit yang dikeluarkan oleh pihak Bank.

Pembiayaan Modal Kerja Dagangan-i (Belian)
Kemudahan pembiayaan untuk membiayai perdagangan domestik atau antarabangsa bersandarkan Pungutan Bli-bil Masuk atau secara Akaun Terbuka.

Pembiayaan Bayaran Balik Langsung Secara Tunai.
Kemudahan pembiayaan diberikan untuk sebarang pendahuluan yang telah dibuat kepada pembekal. Pihak Bank akan membuat pembayaran sehingga 100% dari nilai invois ke atas pendahuluan yang telah dibayar kepada pembekal. Dibawah Pembiayaan Bayaran Balik Tunai Langsung, dokumen yang perlu dikemukakan sebagai bukti pembayaran yang dibuat kepada pembekal adalah seperti berikut:-

  • Salinan borang permohonan Pemindahan Telegrafik yang telah disahkan oleh Bank Pembayar; atau

  • Salinan cek dibayar kepada pembekal disertakan dengan salinan penyata Akaun Semasa sebagai bukti bahawa pembayaran telah dibuat

Pembiayaan Modal Kerja Dagangan-i (Jualan)
Kemudahan pembiayaan untuk membiayai transaksi jualan/eksport perdagangan domestik atau antarabangsa bersandarkan Pungutan Bil-bil Keluar atau secara Akaun Terbuka.


Manfaat menggunakan produk-produk kami:

  • Membolehkan pelanggan menyelesaikan tanggungjawab pembayaran kepada penjual atau mendapat pembayaran balik serta-merta ke atas pendahuluan yang dibuat kepada penjual atau mendapat tunai serta-merta untuk jualan terma kredit anda

  • Membantu pengurusan aliran tunai yang sesuai bagi perniagaan anda dengan adanya ciri pembiayaan berkadar tetap sepanjang tempoh pembiayaan

  • Mempunyai asas yang tepat dan boleh dipercayai dalam menyediakan unjuran perniagaan memandangkan harga jualan tidak akan terjejas oleh turun naik Kadar Pembiayaan Asas

  • Memberikan pembiayaan sehingga 100% daripada nilai invois.

  • Untuk memanfaatkan dana masuk yang tidak dijangka, pembayaran balik awal adalah dibenarkan
     

 

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7 dan ke atas. © Bank Islam Malaysia Berhad (98127- X). Hakcipta Terpelihara.