Home

Peta Laman |
 
  Perbankan Peribadi
  Perbankan Perniagaan
  Info Korporat
English   |   Bahasa Malaysia  
 




 



Terma & Syarat

 

 

A

 Piagam Pelanggan


1. Sekuriti dan Maklumat Sulit Operasi
Di Bank Islam, kami sangat komited untuk melindungi sekuriti dan kerahsiaan maklumat peribadi anda. Untuk tujuan ini kami telah mengambil langkah-langkah sekuriti yang tinggi untuk menghalang akses tidak sah yang mana boleh mengakibatkan pindaan, kemusnahan, kecurian data atau mengkompromi kerahsiaan data pelanggan kami. Perbankan Mudah Alih-i TAP kami menggunakan perkakasan sekuriti dan produk perisian yang telah dibuktikan keberkesanannya secara komersil didalam infrastuktur sistem rangkaian dan aplikasi kami. Produk sekuriti ini termasuk penghala, dinding sekuriti dan sekuriti sistem pengendalian yang tinggi. Kesemua penyambungan mesti melalui sekurang-kurangnya satu penghala dan satu dinding sekuriti sebelum ke sambungan pelayan. Peranti sekuriti memeriksa alamat sumber yang sesuai dan mampu menyekat trafik untuk pelayan yang ditetapkan.

Sila ambil perhatian bahawa anda memainkan peranan didalam sistem juga. Walaupun kami melaksanakan setiap usaha untuk menyediakan pelbagai jenis sekuriti, sistem yang boleh dipercayai dan selamat, kami tidak mempunyai kawalan atas telefon bimbit anda atau peralatan-peralatan lain yang digunapakai anda untuk laluan perkhidmatan kami dan selanjutnya transmisi keatas telefon tidak boleh dijamin, diberi jaminan atau mewakili untuk benar-benar terjamin. Anda TIDAK SEHARUSNYA berkongsi PIN TAP anda atau KATA LALUAN TAP dengan mana-mana pihak lain dan anda tidak sepatutnya mempamerkan maklumat akaun anda didalam satu keadaan , di mana ia dapat dilihat oleh orang lain.

2. Polisi Privasi
Di Bank Islam, kami menghormati setiap hak peribadi individu. Anda merupakan aset kami yang paling bernilai dan merupakan asas kepada nama dan reputasi kami. Kami memahami kepentingan anda, sebagai pelanggan dan pengguna Bank. Kami meletakkan privasi dan sekuriti maklumat yang secara peribadi mengenal pasti anda atau maklumat akaun anda. Kami merujuk dan meletakkan maklumat ini sebagai "maklumat peribadi". Kami melanjutkan polisi privasi berikut kepada anda. Sila rujuk polisi privasi kami untuk butiran lanjut mengenai komitmen kami ke arah memastikan privasi pelanggan kami.

3. Perkhidmatan Berkualiti dan Dipercayai
Di Bank Islam, kami sentiasa komited ke arah menyediakan perkhidmatan berkualiti dan dipercayai kepada pelanggan-pelanggan kami. Kami akan memastikan semua kakitangan yang terlibat dalam menyediakan perkhidmatan ini mempunyai kepakaran dan kemahiran yang diperlukan. Kami akan hanya menawarkan perkhidmatan dan produk-produk yang memenuhi keperluan anda. Kami akan mencapainya dengan memahami sepenuhnya matlamat dan objektif anda dan memastikan piawaian perkhidmatan yang konsisten dan cekap.

4. Ketelusan Produk-produk dan Perkhidmatan
Kami akan berusaha dengan wajar untuk memastikan bahawa huraian kami dan butiran produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh kami jelas dan benar. Kami amat mengalu-alukan sebarang maklum balas daripada anda mengenai produk-produk dan perkhidmatan kami dan segala maklumbalas amda akan kami pertimbangkan sewajarnya. Produk dan perkhidmatan kami yang direka agar jelas dan mudah difahami . Bagaimanapun dalam keadaan apacara sekalipun sekiranya anda tidak yakin, tidak jelas atau memerlukan butiran yang lebih lanjut mengenai produk atau perkhidmatan yang ditawarlan, anda boleh menghubungi kami di talian 03-26 900 900 atau memberi kami cadangan anda menerusi laluan"Hubungi Kami" pada laman web Bank Islam, atau anda boleh mengunjungi mana-mana daripada 113 cawangan kami diseluruh negeri.

5. Maklumbalas Segera untuk Soalan-soalan dan Aduan-aduan
Kami menyambut baik dan menggalakkan pertanyaan, maklum balas dan aduan-aduan daripada pelanggan. Ini akan membantu kami mengenal pasti dan memperbaiki mana-mana kelemahan servis yang kami sediakan. Dalam usaha untuk mengatasi sebarang masalah atau menjawab sebarang soalan pelanggan-pelanggan yang mungkin timbul, kami berusaha untuk memastikan bahawa kami mempunyai kakitangan terlatih untuk member jawapan yang memuaskan dengan segera.

 

B

 Kenyataan Sekuriti

Pernyataan Sekuriti ini digunakan untuk Perbankan Mudah Alih Bank Islam yang dimiliki dan dikendalikan oleh Bank Islam Malaysia Berhad (kemudian daripada ini dirujuk sebagai "Bank Islam").

Bank Islam komited untuk melindungi privasi maklumat kewangan dan peribadi. Untuk tujuan di sini, semua perkataan dan ungkapan-ungkapan akan mempunyai semakna sebagai mana dalam Terma dan Syarat untuk Perbankan Mudah Alih-i TAP , kecuali di mana sebaliknya khusus dinyatakan.

Bank Islam bermatlamat untuk mengekalkan prosedur-prosedur dan piawaian ketat , serta mengambil perhatian yang sewajarnya untuk menghalang akses tidak sah bagi maklumat peribadi dan melindungi sekuriti maklumat peribadi anda semasa transaksi. Bank Islam sentiasa mengawasi perkembangan sekuriti dan teknologi maklumat sulit dan akan mengkaji semula dan mengemas kini proses-prosesnya sejajar dengan piawaian industri. Bank Islam telah mengambil beberapa inisiatif sekuriti seperti mengatur perkakasan teknologi dan perisian, polisi-polisi dan prosedur-prosedur , serta mengemukakan isu-isu pengendalian sekuriti.

Kewajipan Pelanggan
Sebagai pelanggan, anda memainkan satu peranan penting dalam memastikan sekuriti transaksi perbankan mudah alih anda. Untuk menjamin sekuriti maklumat yang dihantar antara telefon bimbit peribadi anda dan Perbankan Mudah Alih-i Bank Islam , anda memerlukan mPOD.

Bank Islam bermatlamat untuk mengekalkan prosedur-prosedur dan piawaian ketat serta mengambil langkah yang sewajarnya untuk menghalang akses tidak sah bagi maklumat peribadi anda , dan melindungi sekuriti maklumat peribadi anda semasa transaksi. Bank Islam sentiasa mengawasi perkembangan dalam sekuriti dan teknologi maklumat sulit dan akan mengkaji semula serta mengemaskini proses-prosesnya sejajar dengan piawaian industri.

Bank Islam telah mengambil beberapa inisiatif-inisiatif sekuriti seperti mengatur perkakasan teknologi dan perisian, polisi-polisi dan prosedur-prosedur , serta mengemukakan isu-isu pengendalian sekuriti.

Perbankan Mudah Alih-i TAP dikawal dengan satu sijil digital untuk membolehkan komunikasi lebih selamat dengan pelanggan-pelanggan kami. Ciri-ciri sedemikian dapat memastikan privasi dan integriti mesej.

Selain daripada itu, matlamat kami adalah untuk melindungi privasi dan sekuriti maklumat anda, oleh itu Bank Islam, telah melaksanakan ciri-ciri sekuriti seperti berikut:

  • PIN TAP dan Pengesahan Kata Laluan TAP

  • Maklumat Sulit data yang dilindungi ( Encryption )

  • Penjanaan Kunci Sesi

  • Dinding Sekuriti & Sistem-sistem Pengesanan Pencerobohan

  • Polisi Dalaman & Garis-garis Panduan
     

1. PIN TAP dan Pengesahan Kata Laluan TAP
Maklumat peribadi yang dibekalkan oleh anda melalui Perbankan Mudah Alih-i TAP kami akan digunakan dalam menyediakan perkhidmatan Bank Islam. Bank Islam mungkin akan menggunakan maklumat peribadi anda untuk memasarkan produk dan perkhidmatan Bank Islam kepada anda berpolisikan kepentingan anda dan terutamanya membantu Bank Islam dalam membuat tempahan dan menyampaikan perkhidmatannya melalui produk-produk yang mungkin menarik bagi anda.

Bank Islam tidak akan menggunakan atau mendedahkan semua atau mana-mana daripada maklumat peribadi anda termasuk maklumat yang didapati melalui aplikasi ( -cookies- ), selain daripada untuk tujuan yang telah dimaklumkan kepada anda, satu matlamat yang anda akan jangka, satu matlamat yang dikehendaki, membenarkan atau dibenarkan oleh atau di bawah undang-undang, atau satu matlamat sebaliknya dibenarkan oleh anda.

Anda bersetuju yang Bank Islam tidak akan mendedahkan maklumat peribadi anda melainkan dalam keadaan berikut :

  1. Pengesahan
    PIN TAP anda dan Kata Laluan TAP akan digunakan sebagai pengesahan anda untuk Perbankan Mudah Alih-i TAP semasa proses pendaftaran.

    PIN TAP anda dan Kata Laluan TAP akan digunakan sebagai pengesahan untuk Perbankan Mudah Alih-i TAP semasa mengakses masuk. Bagi memastikan integriti PIN TAP dan Kata Laluan TAP anda, Bank Islam menasihatkan anda mengubah Kata Laluan secara berkala dan tidak sama sekali anda mendedahkan kata laluan anda kepada sesiapa. Anda tidak harus mendedahkan kata laluan anda kepada mana-mana kakitangan Bank Islam walaupun anda diminta berbuat demikian. Apabila memilih kata laluan, jangan memilih kata laluan yang berkait dengan apa sahaja informasi peribadi anda seperti nama, tarikh kelahiran, nombor telefon anda atau perkataan-perkataan yang biasa didengar bagi memastikan kerahsiaan kata laluan anda.

     

  2. Akaun Dikunci
    Pengguna tidak sahih akan dikunci keluar oleh sistem Bank Islam selepas tiga (3) percubaan akses masuk yang salah.


2. Maklumat Sulit Data Yang Dikod ( Encryption )
Teknologi kad SIM (U) terdiri daripada satu bahan yang dipatenkan sejajar untuk berfungsi sebagai satu perantaraan "tanda sekuriti" antara kad SIM yang sedia ada dan penyambung kad SIM telefon mudah alih. Ia mengandungi satu mikrocip yang menyediakan maklumat sulit data yang dikod ( -Encryption- ) dan storan data selamat yang memenuhi piawaian sekuriti antarabangsa dan disahkan oleh CCEAL5+ dan EMV.

Semua permintaantransaksi menggunakan mPOD akan dikodkan menggunakan enjin kod perkakasan sedia ada dan menyampaikan maklumat menggunakan SMS sebagai saluran komunikasi. Mesej akan dikodkan menggunakan "Ever Changing Session Keys" yang dihasilkan menggunakan piawaian industri "Algoritma Open Authentication (OATH) ". Tambahan kepada penghasilan kod, setiap SMS sedemikian juga mengandungi kod sekuriti mewakili integriti SMS yang boleh disahkan oleh enjin didalam mPOD.

Algoritma kod – mPOD menggunakan "algoritma kod Triple DES (3DES) " dengan satu kata kunci 168 bit. Setiap pengguna mPOD akan mempunyai kunci rahsianya sendiri yang digunakan untuk dikod dan dinyahkod mesejnya dan dengan itu menambahkan sekuriti serta melindungi identiti setiap pengguna mPOD.

3. Penjanaan Kunci Sesi
MPOD kami menggunakan algoritma "PIN OATH One Time Session" dengan satu kata kunci 168 bit. Algoritma ini menghasilkan kunci sesi yang unik dan secara rawak yang akan digunapakai oleh algoritma kod 3DES untuk melindungi data.

Selain dari itu sistem pembayaran Perbankan Mudah Alih kami menggunakan “TrustFieldTM Cryptographic Key Server (CKS)” untuk melindungi, menguruskan dan mengesahkan pengguna sebelum pengguna akhir dibenarkan mengakses rangkaian Bank. CKS ialah satu penyelesaian “cryptographic” yang menyimpan, mengawal dan memproses kunci rahsia setiap pengguna mPOD.


4. Dinding Keselamatan & Sistem-sistem Pengesanan Pencerobohan
Dinding Sekuriti bertindak sebagai penapis yang mencegah maklumat dari masuk atau keluar daripada rangkaian yang dilindungi. Bank Islam juga mempunyai satu sistem pengesan pencerobohan dimana secara automatik melumpuhkan serangan-serangan penggodam. Sistem mengesan pencerobohan memaklumkan kakitangan sekuriti Bank Islam tentang kemungkinan serangan yang sedang dijalankan dan Bank Islam menyimpan log-log audit untuk tujuan penyenaraian maklumat.

5. Permohonan Anti Virus 
Dengan wabak virus menerusi Internet, ia adalah kritikal bagi Bank Islam untuk mempunyai aplikasi-aplikasi antivirus. Bank Islam telah melaksanakan aplikasi antivirus mengikut piawaian industri bagi memastikan sistemnya selamat daripada serangan virus. Untuk memastikan setiap sesi Perbankan Mudah Alih-i TAP selamat, anda perlu memastikan pelaksanaaan perisian antivirus pada telefon bimbit peribadi anda sebagai perlindungan tambahan.

6. Soalan dan Aduan
Sentiasa pastikan untuk membuat pemeriksaan keatas mesej yang berjaya selepas anda selesai setiap sesi perbankan mudah alih anda. Sekiranya anda mengesyaki mana-mana aktiviti luar biasa sedang berlaku, sila hubungi Bank Islam dengan kadar segera menggunakan maklumat perhubungan yang tersedia di atas.

 

C

 Polisi Privasi

  1. Bagi Bank Islam , maklumat peribadi yang akan kami ambil adalah maklumat peribadi yang diberikan oleh anda sewaktu pendaftaran. Anda boleh, pada bila-bila masa semasa peruntukan perkhidmatan, melihat maklumat peribadi yang kami simpan tentang anda dengan menyerahkan satu permintaan kepada cawangan kami untuk melihat butiran peribadi pada rekod yang sediada.
     

  2. Maklumat peribadi yang anda berikan kepada kami hanya akan digunakan untuk tujuan tersebut, dan hanya akan digunakan oleh kami, ahli-ahli lain kumpulan syarikat-syarikat Bank Islam atau pihak ketiga beroperasi dan menyampaikan perkhidmatan “Mobile Alert” bagi pihak kami, atau sebaliknya membantu kami dengan perkhidmatan ini. Maklumat peribadi anda akan dipindahkan untuk dan kepada pelayan web kami di Malaysia. Ia hanya akan digunakan dan disimpan oleh kami, atau bagi pihak kami. Selepas penamatan atau tamat tempoh perkhidmatan, untuk apa juga alasan, kami akan mengekalkan rekod-rekod penggunaan perkhidmatan yang tidak pasti, supaya kami boleh menentukan berapa penggunaan telah dibuat dengannya , dan dinegara mana.
     

  3. Kecuali seperti yang dijelaskan dalam perkara 2 di atas, kami tidak akan mandedahkan mana-mana daripada maklumat peribadi anda kepada mana-mana pihak ketiga tanpa persetujuan anda. Bagaimanapun, kami boleh dari masa ke semasa memberi maklumat perangkaan yang data kandungannya tidak boleh dikenalpasti kepada pihak ketiga atau atas permintaan pihak berkuasa.
     

  4. Kami tidak menggunakan aplikasi atau perisian untuk mengutip maklumat pengguna melalui telefon dan kami tidak akan mengutip apa-apa maklumat mengenai anda kecuali ianya diperlukan untuk pentadbiran sistem pelayan bergerak dan juga sebagaimana yang telah diterangkan di atas.
     

  5. Jika kami memutuskan untuk mengubah Polisi Privasi ianya akan dimaklumkan disini. Bagaimanapun , jika kami membuat perubahan bahan bagi cara kami menggunakan maklumat peribadi anda kami akan mendapatkan persetujuan anda untuk berbuat demikian melainkan kami diperlukan di bawah mana-mana undang-undang relevan untuk mengeluarkan maklumat seperti itu.

     

Peraturan-Peraturan Didalam Operasi Perkhidmatan Perbankan Mudah Alih-i TAP

  1. Terma dan Syarat Perbankan Mudah Alih- i TAP

  • Terma dan syarat berikut berkait dan tertakluk kepada akses dan penggunaan pelanggan bagi perkhidmatan Perbankan Mudah Alih Bank Islam dan perkhidmatan disediakan di sini oleh Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam). Dengan mengakses Perbankan Mudah Alih Bank Islam dan / atau menggunakan perkhidmatan tersebut, pelanggan dengan ini bersetuju untuk mengikut terma dan syarat ini tanpa had atau kelayakan
     

  1. Kontrak Ijarah

  • Saya / Kami dengan ini bersetuju untuk menggunakan servis Perbankan Mudah Alih Bank Islam dengan menggunakan kontrak Ijarah dan saya / kami dengan ini bersetuju untuk dikenakan caj bagi perkhidmatan yang diberikan oleh Bank tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa yang berkaitan.
     

  1. Umum

  • Maklumat, bahan, produk-produk dan perkhidmatan yang dihuraaikan atau ditawarkan dalam Perbankan Mudah Alih tidak ditujukan untuk pengedaran , atau penggunaan, mana-mana orang atau entiti dalam sebarang kuasa atau negara di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan atau yang akan menguasai Bank Islam bagi sebarang sekatan dalam bidang kuasa sedemikian atau negara.

  • Pelanggan dinasihati untuk mendapatkan penasihat undang-undang,kewangan atau lain-lain yang bebas dan berkecuali sebagaimana perlu sebelum membuat sebarang keputusan berpolisikan kan sebarang maklumat seperti itu, bahan, nasihat atau kandungan seperti itu.

  • Maklumat, bahan, kandungan dan perkhidmatan disediakan didalam perkhidmatan Perbankan Mudah Alih mungkin akan berubah dari semasa ke semasa mengikut budi bicara pihak Bank Islam.

  • Terma dan Syarat di sini dan semua tambahan, pindaan dan variasi-variasi akan secara kolektif membentuk satu perjanjian antara pelanggan dan Bank Islam dan akan digunakan atas perkhidmatan Perbankan Mudah Alih.

  • Terma dan Syarat beroperasi sempena syarat-syarat akaun berkenaan (sebagaimana dinyatakan selanjutnya) dimana pelanggan mengakui yang dia telah membaca, memahami dan bersetuju untuk menjadi terikat bagi penggunaan perkhidmatan Perbankan Mudah Alih-i TAP tanpa kelayakan terikat atau had.
     

  1. Penafian

  • Maklumat dan bahan-bahan dalam perkhidmatan Perbankan Mudah Alih, termasuk tetapi tidak dihadkan kepada perkhidmatan, produk-produk, maklumat, data, teks, grafik, atau barangan lain diperuntukkan oleh Bank Islam pada asas 'sebagai tersedia'. Semua bahan-bahan dan maklumat sedemikian (termasuk teks, grafik atau bahan-bahan lain) tertakluk pada perubahan tanpa notis mengikut budi bicara sepenuhnya Bank Islam.

  • Rujukan maklumat dan bahan yang terkandung dalam Perbankan Mudah Alih akan meliputi apa-apa maklumat dan bahan yang disediakan oleh pihak ketiga yang diberi kuasa. Pelanggan dinasihatkan untuk melawat, menelefon, e-mel, faks atau menulis kepada pihak sedemikian untuk maklumat lanjut atau pengesahan maklumat yang terkandung.

  • Bank Islam tidak membuat sebarang jaminan yang jelas atau tersirat, representasi atau sokongan termasuk tetapi tidak dihadkan bagi mana-mana waranti kepada geran, tidak pelanggaran, kebolehniagaan, kegunaan, operasi, kesempurnaan, semasa, ketepatan, kualiti memuaskan, kebolehpercayaan, kesihatan untuk tujuan tertentu yang berkaitan dengan perkhidmatan Perbankan Mudah Alih, material, maklumat dan / atau fungsi-fungsi di dalamnya dan dengan nyata menafikan liabiliti untuk kesilapan dan kelalaian dalam bahan-bahan , maklumat dan / atau fungsi-fungsi sedemikian.

  • Dalam implikasi dan tidak dalam pengurangan di atas dan / atau terma dan syarat perjanjian-perjanjian boleh digunakan merangkumi semua produk dan perkhidmatan Bank Islam, tindakan yang berpatutan telah diambil oleh Bank Islam bagi memastikan ketepatan dan kesahihan semua maklumat berkaitan dengan transaksi dan produk Bank Islam.

  • Bank Islam tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau kerosakan dialami oleh pelanggan atau mana-mana orang lain akibat menggunakan Perbankan Mudah Alih.

  • Selanjutnya, Bank Islam tidak menjamin atau mewakili akses bagi keseluruhan atau sebahagian perkhidmatan Perbankan Mudah Alih, bahan-bahan, maklumat dan / atau berfungsi terkandung di dalamnya akan disediakan tanpa gangguan atau bebas dari kesilapan atau mana-mana kecacatan yang dikenal pasti akan dibetulkan, atau tidak akan ada kelewatan, kegagalan, kesilapan atau kehilangan maklumat yang dihantarkan, bahawa tiada virus atau bahan lain yangb boleh mencemari atau memusnahkan akan dihantar atau tidak ada kerosakkan yang akan terjadi pada sistem telefon mudah alih anda.
     

  1. Tanda Niaga

  • Semua tanda dagang, tanda perkhidmatan , dan logo yang dipamerkan dalam perkhidmatan Perbankan Mudah Alih ialah harta Bank Islam dan / atau pihak ketiga Bank Islam.
     

  1. Pengecualian Liabiliti

  • Bank Islam tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian atau kerosakan yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian, liabiliti tegas atau mana-mana asas lain, termasuk tetapi tidak dihadkan untuk, ganti rugi yang langsung atau tidak langsung, gantirugi khas, gantirugi sampingan, gantirugi berbangkit , gantirugi punitif atau kehilangan keuntungan atau kehilangan simpanan yang timbul disebabkan oleh akses atau penggunaan atau ketidakupayaan untuk mengakses perkhidmatan perbankan mudah alih oleh pelanggan, mana-mana kerosakan teknikal, gangguan, kesilapan, kelalaian, kelewatan operasi atau sebaliknya, sama ada Bank Islam telah dinasihatkan mengenai kebarangkalian atau kehilangan sedemikian. Klausa pengecualian ini akan berkuatkuasa sepenuhnya seperti yang dibenarkan oleh undang-undang.
     

  1. Ganti Rugi

  • Pelanggan akan melindungi dan memberi perlindungan kepada Bank Islam daripada semua liabiliti, tuntutan, kerugian dan perbelanjaan, termasuk mana-mana yuran guaman yang boleh dikenakan oleh Bank Islam berkaitan dengan timbul disebabkan oleh:

    • Penggunaan atau penyalahgunaan perkhidmatan pelanggan yang disediakan di sini; atau

    • Perlanggaran Terma & Syarat oleh pelanggan dalam keadaan bagaimana sekalipun.

  1. Penamatan

  • Bank Islam mempunyai hak untuk menamatkan dan / atau menggantung akses pelanggan bagi Perbankan Mudah Alih dan / atau penggunaan perkhidmatan Perbankan Mudah Alih pada bila-bila masa, atas apa jua alasan. Secara khususnya , dan tanpa had, Bank Islam boleh menamatkan dan / atau menggantung akses pelanggan sekiranya pelanggan melanggar mana-mana daripada terma dan syarat ini, atau melanggar hak Bank Islam, mana-mana pengguna lain, atau mana-mana pihak ketiga.

  • Pelanggan mengakui yang penamatan tidak akan menjejaskan liabiliti pelanggan atau kewajipan dalam menghormati arahan yang telah diproses dan / atau dikuat kuasakan oleh Bank Islam bagi pihak pelanggan.

  1. Pengecualian

  • Kegagalan Bank Islam mempraktik atau menguatkuasakan sebarang hak atau peruntukan terma dan syarat ini tidak akan membentuk satu pengecualian kepada hak atau peruntukan sedemikian.

  • Jika mana-mana bahagian terma dan syarat ini telah ditentukan sebagai tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan dalam mengikut sebarang undang-undang yang digunapakai, peruntukan tidak sah dan tidak boleh dikuatkuasakan akan dianggap digantikan oleh satu peruntukan yang boleh dikuatkuasakan secara sahih yang paling hampir dengan peruntukan asal danperuntukan-peruntukan selebihnya bagi terma dan syarat ini akan diteruskan dan dikuatkuasakansepenuhnya.
     

  1. Perubahan terma dan syarat

  • Bank Islam mempunyai hak untuk mengubah, meminda atau menambah mana-mana daripada terma dan syarat dengan mengeluarkan notis dalam cara sedemikian yang dianggap sesuai oleh Bank Islam dari masa ke semasa. Pelanggan boleh melihat terma dan syarat yang dipinda dengan mengakses panduan pelanggan Perbankan Mudah Alih dan pada laman Perbankan Internet Bank Islam dan seterusnya dianggap sebagai penerimaan pelanggan bagi perubahan-perubahan, pindaan-pindaan atau penambahan-penambahan.
     

  1. Undang-undang dan Bidang Kuasa

  • Terma dan Syarat ini ditadbir oleh dan akan ditafsirkan sejajar dengan undang-undang Malaysia. Oleh itu dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan di sini oleh Bank Islam, pelanggan dengan ini bersetuju untuk dikemukakan kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah di Malaysia dalam semua pertikaian yang timbul daripada penggunaan perkhidmatan Perbankan Mudah tersebut.

  • Bank Islam tidak membuat sebarang representasi yang berkaitan dengan bahan-bahan, maklumat-maklumat, fungsi-fungsi dan / atau perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan pada Perbankan Mudah Alih sesuai atau boleh didapati untuk digunakan dalam bidang kuasa selain daripada Malaysia.

  • Jumlah maksima satu transaksi dan tujuan yang ia dicajkan adalah pelbagai/ ditentukan dari masa ke semasa pada budi bicara mutlak Bank Islam mengikut undang-undang dan peraturan-peraturan negara di mana transaksi itu dilakukan atau dipohon (atau berpolisikan arahan sedemikian oleh Bank Negara Malaysia).

  1. Takrif dalam terma dan syarat ini:

  • 'Akaun' bermakna satu akaun diatas nama pelanggan di mana operasi akan dibuat oleh pelanggan melalui penggunaan mPOD ketika melakukan transaksi Perbankan Mudah Alih.

  • 'Bank' atau 'Bank Islam' bererti Bank Islam Malaysia Berhad.

  • 'Bank Islam mPOD' bererti chip yang dikeluarkan kepada pelanggan Bank.

  • 'Pelanggan' bererti mana-mana individu yang pihak Bank telah mengeluarkan mPOD.

  • 'PIN' bererti Nombor Pengenalan Peribadi yang dipilih oleh pelanggan apabila menerima mPOD yang boleh ditukar oleh pelanggan kemudiannya jika terdapat keperluan untuk menukar.

  1. Maklumat Akses

  • Maklumat akses ialah maklumat yang dikehendaki daripada pelanggan sebelum memasuki bahagian-bahagian tertentu perkhidmatan tertentu yang pelanggan telah mendaftar, yang mungkin terdiri daripada nama pengguna, kata laluan, nombor telefon mudah alih pelanggan atau mana-mana atau peranti pengiktirafan yang serupa.

  1. Akaun

  • Pelanggan dikehendaki mengekalkan baki yang mencukupi di dalam akaunnya.

  • Pelanggan boleh tertakluk kepada adanya dana dalam pindaan akaun sehingga maksimum RM5,000.00 ke akaun pihak ketiga dalam satu hari. Pemindahan dana untuk akaun pelanggan sendiri boleh dilakukan oleh pelanggan tanpa sebarang had.

  • Bank mempunyai hak mutlak untuk meminda had pengeluaran atau had transaksi, pada bila-bila masa dan notis bertulis akan diberikan kepada pelanggan dalam sebarang bentuk atau kaedah ditetapkan oleh Bank.

  • Sekiranya berlaku transaksi untuk perkhidmatan pembayaran bil-bil dan pemindahan dana kepada pihak ketiga, Bank tidak akan bertanggungjawab untuk mana-mana nombor akaun yang salah dimasukkan oleh pelanggan untuk transaksi yang ditujukan.

  • Rekod Bank bagi transaksi yang diproses oleh penggunaan mPOD adalah muktamad dan terikat untuk semua tujuan.

  • mPOD tidak boleh digunakan selepas pembatalannya atau atas penutupan akaun oleh Bank atau pelanggan.

  1. PIN

  • Pelanggan diperlukan untuk memasukkan nombor 4 digit yang diinginka sebagai PIN untuk membolehkannya mendapatkan laluan bagi perkhidmatan Perbankan Mudah Alih.

  • Pelanggan pada sepanjang masa dan di bawah apa juga keadaan tidak patut mendedahkan PIN atau menyebabkan PIN terdedah kepada mana-mana pihak ketiga termasuk kakitangan Bank.

  • Pelanggan harus memberitahu Bank dengan serta-merta jika PIN telah terdedah atau disyaki terdedah kepada mana-mana pihak ketiga dan didalam keadaan tersebut, chip harus diserahkan kepada Bank untuk tujuan penggantian chip tertakluk kepada peruntukan klausa 4.6 dengan ini. Bank mempunyai hak untuk mengenakan caj bagi pengeluaran atau penggantian chip.
     

  1. Fi Perkhidmatan Cip dan Caj lain-Lain

  • Bayaran perkhidmatan untuk mPOD ialah RM8.00 setiap tahun. Ini adalah tambahan kepada lain-lain caj dikenakan ke atas pelanggan berpolisikankan transaksi yang dilakukan oleh pelanggan melalui Perbankan Mudah Alih di sini. Bank boleh, mangikut budi bicaranya dan tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa berkaitan, mengubah caj-caj yang difikirkan wajar dari masa ke semasa.

  • Pelanggan harus memastikan yang dia mempunyai baki akaun yang mencukupi untuk Bank mendebit bayaran perkhidmatan secara aotomatik daripada akaun itu.

  • Bank akan mengenakan fi perkhidmatan untuk Perbankan Mudah Alih pada hari permohonan dibuat dan ulang tahun berikutnya selagi mPOD kekal sah untuk digunakan didalam perkhidmatan Bank.

  • Tertakluk kepada klausa 16.3 di atas, pelanggan perlu membayar untuk mPOD yang dikeluarkan sebagai penggantian mPOD yang dilaporkan hilang, rosak, salah letak atau sebarang alasan apapun. Bank boleh mengikut budi bicara mutlaknya tidak mengeluarkan sebarang pengganti mPOD tanpa member sebarang alasan. Setiap penggantian Chip akan ditadbir oleh terma dan syarat yang dipersetujui.
     

  1. Tanggungjawab Pelanggan

  • Mana-mana pelanggan yang ingin menggunakan perkhidmatan Perbankan Mudah Alih di sini akan dikehendaki untuk membuka akaun Bank Islam sekiranya tidak mempunyai akaun Bank Islam yang sedia ada. Bank kemudian akan mengeluarkan mPOD Bank Islam kepada pelanggan itu.

  • Pelanggan akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua transaksi yang dibuat melalui penggunaan atau penggunaan yang ingin dilakukan pada mPOD dan tidak akan mempertanggungjawabkan pihak Bank, pekerja-pekerjanya atau ejen-ejen bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau kerosakan dialami oleh pelanggan yang timbul daripada mana-mana kegagalan yang teknikal, elektrik atau elektronik atau kecacatan mPOD atau untuk sebarang alasan.

  • Bank tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang pengeluaran yang dibuat melalui mPOD pelanggan daripada akaun tersebut. Pelanggan haruslah memberitahu Bank secara bertulis dengan serta merta jika berlaku kehilangan, kecurian atau kemusnahan mPOD. Bank tidak akan bertanggungjawab untuk apa-apa kerugian atau kecurian mPOD bersama dengan PIN.

  • Hakmilik mPOD adalah kepunyaan Bank. Pelanggan akan memastikan yang pemproses mikro, jalur magnetik dan / atau data didalam mPOD tidak diubah atau diusik dalam apa-apa cara sekalipun dan tanpa menjejas pemilikan mPOD pelanggan, pelanggan dengan ini bersetuju yang Bank mempunyai hak untuk mengekalkan pemilikan mPOD diatas permintaan Bank untuk pelanggan menyerahkan kembali mPOD sama ada untuk tujuan pengesahan, pembetulan atau pengesahan data yang tersimpan di dalamnya atau sebaliknya.

  • mPOD dikeluarkan semata-mata kepada / untuk penggunaan pelanggan sahaja dan tidak boleh dipindah milik. Pelanggan tidak boleh menggunakan mPOD sebagai satu jaminan dalam mendapatkan kemudahan kredit.
    Bank hanya akan melekatkan mPOD bagi SIM pelanggan atas kebenaran pelanggan. Bank tidak akan bertanggungjawab bagi sebarang kerosakan kad SIM pelanggan khususnya dalam proses melekatkan mPOD bagi pengaktifan perkhidmatan Perbankan Mudah Alih.

  • Bank berhak untuk mengubah masa beroperasi bagi perkhidmatan Perbankan Mudah Alih tanpa notis terlebih dahulu kepada pelanggan.

  • Perbankan Mudah Alih ini boleh dibuat oleh mana-mana individu yang berusia 18 tahun dan keatas.

  • Pelanggan hendaklah menyemak dan menandatangani slip pengiktirafan apabila menerima mPOD daripada pegawai Bank.
     

  1. Lain-lain

  • Kecuali dinyatakan dengan jelas disini,semua terma dan syarat lain bagi operasi pentadbiran akaun dengan Bank akan kekal dan terikat serta diteruskan dan dikuatkuasakan sepenuhnya kepada akaun dan / atau pelanggan.

  • Walaupun bagi sesuatu yang bertentangan di sini, Bank mempunyai hak untuk menutup akaun tanpa memberikan apa-apa sebab/alasan tambahan.

  • Pelanggan dengan nyata setuju bahawa penggunaan mPOD tertakluk kepada risiko pelanggan sendiri. Pelanggan akan menanggung segala risiko yang berkaitan dengan atau timbul daripada penggunaan mPOD.

  • Bank akan pada bila-bila masa dengan notis kepada pelanggan berhak meminda, mengubah atau menambah kepada mana-mana daripada terma dan syarat ini. Pelanggan bersetuju terikat dengan sebarang pindaan, variasi-variasi atau penambahan sedemikian. Penerbitan mana-mana notis sedemikian dengan cara yang difikirkan sesuai oleh bank akan membentuk notis yang dikuatkuasakan kepada pelanggan.

  • Tajuk-tajuk dalam terma dan syarat ini dimasukkan untuk tujuan kemudahan sahaja dan harus diabaikan apabila menafsirkan peruntukan yang sama.

 

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7 dan ke atas. © Bank Islam Malaysia Berhad (98127- X). Hakcipta Terpelihara.