Home

Peta Laman |
 
  Perbankan Peribadi
  Perbankan Perniagaan
  Info Korporat
English   |   Bahasa Malaysia  
 




 



Pengurusan Akaun Tabung Haji

 

Perkhidmatan Mesin ATM & Mesin Deposit Tunai Untuk Pelanggan Tabung Haji

Perkhidmatan yang ditawarkan

Caj

Deposit Wang

RM1.00 setiap transaksi

Pengeluaran Wang

RM1.00 setiap transaksi

Pertanyaan Baki

Tiada Caj

 


Pendaftaran Akaun Tabung Haji Bagi Bukan Pemegang Akaun Bank Islam

  • Bawa kad pengenalan dan buku simpanan Tabung Haji ke cawangan Bank Islam
  • Buka Akaun Simpanan atau Akaun Semasa Bank Islam dan dapatkan kad ATM Bank Islam 
  • Isi ‘Borang Pendaftaran Akaun Tabung Haji’ 
  • Setelah mendapat pengesahan daripada sistem Tabung Haji, kad ATM Bank Islam anda sedia digunakan di mesin ATM/Mesin Deposit Tunai kami.

 

Pengaktifan Akaun Tabung Haji Bagi Pemegang Akaun Dan Kad ATM Bank Islam

  • Bawa kad pengenalan, buku simpanan Tabung Haji dan kad ATM ke cawangan Bank Islam 
  • Isi ‘Borang Pendaftaran Akaun Tabung Haji’ 
  • Setelah mendapat pengesahan daripada sistem Tabung Haji, kad ATM Bank Islam anda sedia digunakan di mesin ATM/ Mesin Deposit Tunai kami
     
     
 
Panduan Melakukan Transaksi Tabung Haji Di Mesin Deposit Tunai Bank Islam


Dengan Penggunaan Kad ATM
  • Masukkan kad ATM dan nombor PIN
  • Pilih “Tabung Haji”
  • Pilih “Deposit Wang” atau “Pertanyaan Baki”
  • Sekiranya anda memilih “Deposit Wang”, pilih nombor akaun Tabung Haji dan kemudian masukkan wang ke slot Mesin Deposit Tunai. Jika ”Lain-lain” dipilih, sila masukkan nombor akaun (mesin akan mempamerkan nama dan nombor akaun pihak ketiga) dan kemudian masukkan wang ke slot Mesin Deposit Tunai
  • Sekiranya anda memilih “Pertanyaan Baki”, pilih nombor akaun Tabung Haji dan tekan butang “Ya” untuk mendapatkan resit urusniaga
  • Urusan ”Pertanyaan Baki” hanya boleh dilakukan oleh pemegang kad ATM Bank Islam
     

Tanpa Penggunaan Kad ATM

  • Pilih “Tabung Haji” 
  • Pilih “Deposit Wang”
  • Masukkan nombor akaun Tabung Haji sendiri atau nombor akaun lain-lain(mesin akan mempamerkan nama dan nombor akaun) dan kemudian masukkan wang ke slot Mesin Deposit Tunai
  • Tekan butang ”Ya” untuk mendapatkan resit urusniaga

* Bagi transaksi deposit, akaun penerima akan dikenakan caj RM1.00 untuk setiap transaksi

 

 

 
Panduan Melakukan Transaksi Tabung Haji Di Mesin ATM
  • Masukkan kad ATM dan nombor PIN
  • Pilih “Tabung Haji” 
  • Pilih ”Pengeluaran Wang” atau ”Pertanyaan Baki” 
  • Sekiranya anda memilih “Pengeluaran Wang”, pilih nombor akaun Tabung Haji dan masukkan jumlah wang dikehendaki 
  • Sekiranya anda memilih “Pertanyaan Baki”, pilih nombor akaun Tabung Haji dan tekan butang “Ya” untuk mendapatkan resit urusniaga 

 

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi kami di talian 03-26 900 900 atau anda juga boleh hubungi Tabung Haji di talian 03-6207 1919

 

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7 dan ke atas. © Bank Islam Malaysia Berhad (98127- X). Hakcipta Terpelihara.