Home

Peta Laman |
 
  Perbankan Peribadi
  Perbankan Perniagaan
  Info Korporat
English   |   Bahasa Malaysia  
 




Perbankan Internet Korporat (eBanker)

 

Pengenalan
eBanker merupakan penyelesaian berasaskan internet yang membolehkan anda melaksanakan transaksi perbankan dan mengakses maklumat akaun secara online di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa. Dengan eBanker, anda kini boleh menguruskan keperluan perbankan harian perniagaan anda dengan cara yang paling mudah dan selamat.

 

Kelebihan dan Manfaat 

Akses tanpa had
Kami menawarkan perkhidmatan online bagi setiap transaksi yang dilakukan. Dengan eBanker, anda sentiasa mampu menguruskan kewangan korporat anda dengan mudah dan proses mengemaskini akaun kini terletak dihujung jari anda. 

Keselamatan Terjamin
Bank Islam mengetengahkan penggunaan teknologi keselamatan terkini dalam memastikan data transaksi kewangan anda sentiasa selamat. Bagi tujuan ini, setiap proses meluluskan transaksi di eBanker perlu menggunakan Kad Pintar atau USB Token yang dikeluarkan oleh Digicert Sdn Bhd. Dengan perlaksanaan teknologi yang mudah lagi selamat ini, ia pasti memberi ketenangan fikiran setiap kali anda mengakses sistem kami.

Fleksibel dan Mesra Pengguna
eBanker direkabentuk demi memenuhi keperluan anda dengan mengambil kira unsur fleksibel dan mesra pengguna. Ia boleh disesuaikan mengikut keperluan dan kesesuaian organisasi korporat anda. Ia seperti memiliki sistem anda sendiri.

Meningkatkan Kecekapan Proses 
eBanker sememangnya merupakan medium terbaik dalam melaksanakan pembayaran. Dengan berkonsepkan teknologi tanpa kertas, kini anda boleh menikmati keselesaan perlaksanaan transaksi dan memperoleh maklumat perbankan anda dengan mudah.

Ciri-Ciri

Transaksi Kewangan Secara Online
eBanker menyediakan kemudahan transaksi tanpa kertas. Hantarkan semua arahan kewangan anda secara online untuk :

  • Sistem Pembayaran Elektronik
  • Kemudahan Pengkreditan Gaji
  • Pindahan Dana antara akaun Bank Islam
  • Pengeluaran Cek
  • Kiriman Wang 

Kemudahan Pertanyaan Secara Online
Dengan hanya satu klik sahaja, anda dapat mengakses maklumat perakaunan terkini seperti :

  • Pertanyaan Baki Akaun<
  • Muat Turun dan Mencetak Penyata Akaun<
  • Pengurusan Cek<

 

Jenis Transaksi Caj Perkhidmatan
Caj Bulanan
  • Pertanyaan Secara Online –  RM5.00
  • Pakej Penuh (Pertanyaan Secara Online dan Transaksi Kewangan Secara Online) – RM30.00
Token Sekuriti
  • Peranti Token - RM 100.00 setiap unit
  • Yuran Tahunan - RM 130.00 bagi setiap sijil
Pindahan Dana ke Luar Negara
  • Amaun transaksi < RM5,000.00 – RM26.00 setiap transaksi
  • Amaun transaksi > RM5,000.00 – RM26.00 setiap transaksi - Pembatalan –  RM24.00
Modul Pembayaran
  • Pembayaran EFT - RM3.00
  • Pemindahan Intra Bank (Dalam Bank Islam) - FOC
  • Inter Bank Transfer (MEPS IBG) - RM 0.10
  • RENTAS - RM 2.00
Pembayaran Gaji
  • RM0.50 setiap transaksi
Perkhidmatan Kurier
  • RM5.00

Daftarkan akaun anda kepada kami
eBanker menyediakan kemudahan terbaik bagi anda mengurus akaun operasi anda (Akaun Semasa berdasarkan Kontrak Wadi’ah). Terdapat dua jenis perkhidmatan yang disediakan untuk pemegang akaun korporat iaitu :

Kemudahan Pertanyaan
Ia membolehkan anda memperolehi maklumat berkenaan akaun anda secara online pada masa yang nyata.

Kemudahan Kewangan
Dilengkapi dengan kemudahan yang membolehkan anda  memperolehi maklumat perakaunan anda dan pemindahan dana secara online.

Hubungi Kami
Perlu maklumat lanjut tentang sistem kami? Hubungi kami di talian 03-2782 1315 / 2782 1319 / 2782 1314 dan bercakap dengan pegawai eBanker kami yang mesra :

  • En Esmady Fazudin Mokhtarruddin
  • En Amirizalmi Abdul Rahman
  • En Mohd Akram Mohd Zain 
  • En Muhammad Zubir Jamalullail
  • Pn Robayah Bachik
  • Pn Ellina Abdul Mukti
  • Pn Khadijah Sanny Yap
Anda juga boleh emelkan sebarang pertanyaan anda kepada kami di ebanker@bankislam.com.my
 

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer versi 7 dan ke atas. © Bank Islam Malaysia Berhad (98127- X). Hakcipta Terpelihara.