Hotline Call Center 603 26 900 900

Bank Islam
Bank Islam

Promotions Print | Bookmark
 
Cash Rebate

Terma dan Syarat : Rebat Tunai 

  1. Rebat Tunai adalah untuk semua Ahli Kad Utama Bank Islam. Peringkat Rebat Tunai adalah seperti berikut:
Jenis Kad Rebat Tunai
Klasik / Emas / Platinum 0.3%
World 0.8%
  1. Rebat Tunai untuk setiap pembelian runcit akan dikira setiap bulan dan dikreditkan ke Akaun Kad pada bulan ke 13 dengan pembaharuan Keahlian Kad.

  2. Potongan Caj Perkhidmatan akan diberikan keutamaan, semasa Rebat Tunai dikreditkan. Sekiranya terdapat sebarang lebihan, transaksi debit dan kredit akan berlaku dalam Akaun Kad.

  3. Kelayakan Rebat Tunai adalah termasuk semua transaksi Tempatan dan Luar Negara tidak termasuk transaksi petrol, pengeluaran tunai dan pindahan baki.

  4. Rebat Tunai diperolehi Ahli Kad Tambahan akan dikreditkan ke Akaun Kad Ahli Kad Utama.

  5. Rebat Tunai tidak boleh dipindahkan kepada Akau Kad yang lain dan tidak boleh ditukar dengan apa-apa barang sekalipun.

  6. Sekiranya terdapat pelarasan atau transaksi chargeback selepas Rebat Tunai dikreditkan ke Akaun Ahli Kad, pihak Bank akan mengenakan jumlah caj debit yang sepatutnya dalam Akaun Ahli Kad.

  7. Bank mempunyai hak mutlak untuk menukar, memadam dan menambah Terma dan Syarat tanpa sebarang notis kepada Ahli Kad dan Ahli Kad bersetuju dengan semua pertukaran.

  8. Ahli Kad dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat Rasmi yang terkandung di sini, termasuk keputusan yang dibuat oleh pihak Bank Islam yang dianggap muktamad, terikat dan menyeluruh.

  9. Sebarang surat-menyurat, bantahan dan rayuan tidak akan dilayan. Bank Islam juga mempunyai hak eksklusif untuk menukar, meminda dan memotong atau menambah kandungan dalam Terma dan Syarat ini tanpa sebarang notis kepada Ahli Kad dan menjadi sah pada tarikh yang dimaklumkan oleh Bank Islam. Ahli Kad bersetuju untuk terikat dengan perubahan sedemikian.

  10. Pihak Bank Islam berhak untuk membatalkan, menamatkan atau menggantung Rebat Tunai ini tanpa sebarang notis. Untuk mengelakkan keraguan, pembatalan, penamatan atau penggantungan kempen ini oleh pihak Bank Islam tidak melayakkan Ahli Kad untuk membuat sebarang tuntutan atau pampasan terhadap pihak Bank Islam disebabkan sebarang kerugian atau ganti rugi yang ditanggung atau dialami oleh Ahli Kad disebabkan kesan langsung atau tidak langsung pembatalan, penamatan atau penggantungan ini.

  11. Kandungan Terma dan Syarat ini adalah tambahan dan tanpa prejudis kepada Terma dan Syarat yang dinyatakan dalam Perjanjian Kad. Sekiranya berlaku pertikaian di antara terma dan syarat yang terkandung di sini dengan terma dan syarat dalam Perjanjian Kad, Terma dan Syarat ini akan digunapakai setakat yang berkaitan dengan Rebat Tunai.

English  |   Bahasa Malaysia

Internet Banking
Login for Internet BankingLogin for Corporate Desktop BankingBank Islam Card Secure Code
Talk To Us
Customer Service HotlineHotline Numbers 
 
Promotions
References
Amanah Saham Bank Islam (ASBI)

  7 September 2010

ASBI

Net Asset Value (NAV) / Buying / Selling
(RM)

BIMB i Growth (Al-Mubin Fund)

0.2847

Al-Fakhim Fund

0.5208

Al-Munsif Fund

0.5299

Al-Falah Fund

0.5568

BIMB Invest Money Market Fund

1.0004



TOOLS
Express Online Application
Express Online Account Opening
Financing Rates
Deposit Rates
Fees & Charges
Financial Calculator
Financial Reports